Burgerak, Kuantan

Elle was sooooo histeria about this burgerak. Dari haritu lagi kecoh dekat Wasap pasal burgerak. Tak boleh jadi ni, kena pergi. Jumaat malam tu jugak dengan gigihnya sampai sampai nak makan kat sini. Lepas keluar dari TC misi mencari inai tu, pegi lah Burgerak Air Putih pukul 12 lebih, brader2 tu elok je baru tutup. Diorang suruh try dekat De Mall. So ke sana lah pulak. Tapi pun tak jumpa. Frustttttt. 
*rupanya dekat dalam restoran De Mall tu. Manalah tahu. Kabo dekat belakang De Mall. Ahye!*

So esok malam, lepas balik dari Taman Gelora outdoor photoshot, nak jugak! Tapi tergolek kepenatan dulu masing2 magrib tu. Dengan hujan lebat yang bagai tak merestuinya. So lepas mandi dah layu sangat mata sebab sejuk hujan kan & Ayong & Zaty nak balik Temerloh dah. Me & Fara gigih jugak lah dah pukul 9 tu dah reda sikit hujan. So bergerak ke burgerak lah kita.

Sampai sampai kat sana, gila lebat. Sejuk menggigil gigil. Basah basah seluar.

Gini lah rupaya masa tu. Gambar google:

Ha kau. Time mintak order  kat depan tu basah habis la. Brader2 ni tak offer pun masuk tunggu kat tempat duduk makan tu cissskek kau.
Siang. Dah rupa logo MAS dah logo  nye ha.

So this is mine. DOUBLE BURRITO MUTTON.  Tamak kan! Tapi lazat tak terperi. Daging banyakkk. Fara got standard chicken burrito. Minah tu mana makan banyak & mintak tak pedas. Orang kata burrito ni pedas. Ni mesti kes Fara yang mintak, alih2 dia buat sekali yang tak pedas untuk I. Ceh.




Pisang Cheese




Sumpah sedap! Tak sama langsung macam yang pisang cheeese biasa. Kkakakakakakah. Kau! Over! Padahal baru petang tadi kot rasa pisang cheese dekat depan umah Fara tu terus gigih nak compare. Tapi siyes! Dia deep fry macam kentang tu, lepas tu grill, then macam ada letak air gula sikit & nutella. Sila lah woi telan air liur sekarang!Wajib repeat ni kalau pegi Kuantan lagi ok!

Dan, air teh ais kedai sebelah dia memang terbaik. Kawkaw!

Check out thier insta : http://instagram.com/burgerak

N.

Friends, Kuantan, Kemaman, Lilawadi & Mango Cheese Cake!

So, lepas kenduri-party Aufa haritu, plan-plan-plan via whatsapp dengan budak budak ni, end up takde kata putus, me along & zana ke ECM. Karaoke sejam dua.

Lepas magrib barulah dapat decide nak lepak mana. Me actually nak makan ikan bakar, sotong & all that yang fresh2 lah kan tapi pegi mention dekat budak budak ni nak yang bakar bakar. Sekali diorang bawak lah ke Lilawadi, steamboat & buffet. Hahhahaha hentam lah labu. Dekat 2 jam jugak lah lepak sini. Fun habis korek cerita lama. Yang rahsia pun habis terbongkar e.g. cerita aisyah frust dengan jemir, sumpah tak tahan, nak patah pinggang gelak okay.

So yeah, dah pukul 11 lebih macam tu, bergerak lah balik, tidur rumah Along.

Superb!!!


Ni nak kata, Lilawadi punya makanan superb! Their signature dish, Mango Cheese Cake seriously terbaik. Other than that, kitorang ambik set untuk grill/steamboat Beef Supreme sebab dalam tu ada seafood sekali, ada lamb sekali. Heh. Rasanya mintak tomyam soup, dah kenapa dalam resit jadi chicken soup T___T. Then budak budak kuantan suggest try air Pandan Cooler. Sedap! Ada rasa pandan+vanilla+lemongrass tapi dah sejuk tu macam tawar sikit.  Then ada nasik sikit & try dessert. Durian cheese cake + mango cheese cake + toblerone chees cake. Siapa entah buat lawak toblerone dah macam kuih kole kacang. Hoih!
Yang menjadi idaman ramai.
Housemate so excited nak suruh bawak balik tapi tak dapat der. Semalam buat experiment ngan Fara, pegi repeat tapau makan and tinggalkan sikit. Dah sampai KL tengok mencair. Meleleh. Kalau nak jugak kena bawak ice box letak dalam tu. Gigih sangat dah tu. 

With Pandan cooler. 

Durian Cheese Cake Terpaling Sedap!

Seafood.! Yang beef snap blur.



Jemput tengok, otak otak & sata sedap!

Besoknya, pagi pagi pukul 8 checkout. hahhahaha. Checkout katanya. Gerak dari rumah Along ke Kemaman. Teman minah tu appointment braces. Dah siap, misi mencari breakfast & misi menshopping keropok lekor, keropok keping & keropok sagu. Dan yang paling utama, Sata! Hoyeah dapat yang sedap!! Pueh ati den! Makan kat gerai gerai bodoh tepi jalan  je tapi tetap maveles okeh!

By 2:30pm, pegi terminal hantar Zana dulu. Mine pukul 4 tapi dia punya delayed kalah Air Asia. Pukul 6:30pm baru jalan. Macam nak pitam tunggu situ. Thanks A LOT to along & housemate sebab tunggu. Sayang ketat-ketat. Siap terserempak Linda lagi ha. 



Bila lagi ni entah nak pegi Kuantan ni? Yang penting kena pegi lagi before March next year nak redeem Swiss Garden voucher. Kalau tak mati kena bebel ngan bos. Mesti pegi lah nak repeat Kula Mango Cheese Cake, Burgerak & Sata. 



So YTTDTPAA, bila nya u nak pegi?



N.


Aufa Hanina 12th Birthday

Dah 12 tahun. Dah besar. Dah anak dara. Tapi masih melasak tak feminin langsung T___T 

10hb Oktober. So the kenduri-party was on Sat. 

Yeah, disebabkan salah date tu lah tak jadi booking stay dekat Swiss Garden. Next year! Next year!

Sampai dah malam, lepas dah mandi makan semua, tolong-tolong apa yang patut, hias-hias apa yang patut, by 2am tidur & right after lepas subuh esoknya, dah start membizi. Deco & buat buat apa yang patut. Dok buat captain much biscuit & potong buah untuk dipping dengan coklat, sedar sedar dah pukul 12 lebih. Pass kat orang lain, mandi lagi n gosok baju terus zuhur n jemur baju (sempat okeyh) terer mak! Lepas tu semua orang datang, layan & sembang dengan families, dah dekat pukul 4 baru zana & along datang. Dah tahap kebuluran dah. Hujan pulak tu ha T____T. After majlis, zasss gerak nak mini reunion dengan geng diploma & tidur rumah Along. 

Pictures:-

Fia & Maklong Zaty

Hip Hip Hooray!

Ada bakat tak I? Eheh.

Gigih kennnnnnn
Welcome board by Mummy
Ni lah bendalah nya yang beria sangat nak buatnya. Jenuh nak coat dengan white choc, lepas tu sprinkle dengan color rice tu dah tu tak reti reti nak keras, I bubuh dalam freezer 5 minit, settled! Biskut guna captain munch yang coklat tu.
Dip dip & dip sampai puas

Siblings
Kids. Line up nak sign guest book 
Ikutkan mak dia, semua nak pink, tapi okay lah untuk kek dengar lah permintaan kakak nak kaler biru Ehehehehe

So yea, happy birthday Aufa. Semoga menjadi anak yang baik, yang dengar kata, yang taat & hormat orang tua. Semoga cemerlang dunia akhirat. We love you! Muah!



Dataran Putrajaya

Weekend, Sabtu malam. Lepas maghrib.
Siap siap ke Putrajaya.
Motif, saja nak bawak Adam riadah.
Riadah katanya.

So sebelum pegi riadah, baiklah isi perut dulu. Makan dekat Selera Laman Perdana. Konsep dia macam foodcourt jugak lah tapi more like gerai gerai kedainya satu satu. Order, bayar, bawak gi tempat duduk dan makan. Ada gerai rojak, western, mee, nasi ayam, beger, gerai air & apa lagi entah. So I order beef steak, abang lamb chop, sil mee goreng & adam nasi ayam. Boleh la rasa dia. Takde lah meletop sangat. Harga pun not bad. Mee dalam Rm5 camtu. Lamb chop & steak dalam Rm12-Rm15 entah lupa dah.


Apa pesen entah.



Dah siap makan, gerimis sikit. Alhamdulillah sekejap je. On the way nak ke dataran, alah, depan sikit je pun tapi jammed Ya Tuhankuuuuu ramai benar orang.
Tak sabarrrrrr. Sampai gigit gigit jari. Oh sulam nama dekat topi tu buat masa pegi Indonesia. Kat mana entah. 

So abang drop kitorang, bawak turun dengan motor dia bebagai. Motor dah la gedabak. Merepek nak main skateboard budak ni. Macam kan la besar. Abang bagi try, terpukang dekat situ dengan skateboard skateboard sekali.




Sekarang kerasukan Boboiboy ye. Topi nak senget ketepi macam Boboiboy Taufan. Nak pakai kasut macam BoboiBoy. Tak kesah lah kasut hijau walaupun BoboiBoy kasut merah. Yang penting kasut. Lepas tu kecoh nak ambik I punya spek sebab nak fefeeling jadi Fen. 







Masa ni pukul 11pm dah start hujan sikit. Dan orang pun beransur ansur pulang

Secara kesimpulan nya, ya best lah juga tengok gelagat anak anak dan yang tak berapa anak. Main giant bubble, roller blade, skateboard, basikal, tricycle, kereta kontrol, motor, dan macam macam lagi lah. Ada family siap hampar tikar lagi menunggu anak anak. Me & sil, tukang tengok, tukang ambik gambar & vid, tukang komen & perhati orang. Next time, Ancik & Iqi cuti sekolah nak suruh diorang datang.

Vid:-

Sambal Sotong & Lempeng Kelapa

Lepas kenduri Bo haritu, cakap ngan makteh nak tapau makanan. Sebab sambal sotong sungguh banyak tak habis seperiuk, makteh suruh bawak lebih sikit. Apa lagi, Fara tapau untuk Bozo, I tapau untuk Dato'. Amboi kemain masing masing menapau tak ingat dunia dah dapat peluang. Nak tapau patin tapi sedihhhhh dah habis. Tu lah lengah lagi. Padan muka. Tapi Fara dapat last last. Cis. Takci!

Lepas dah bagi kat Dato' tu, dia tanya reti tak masak sotong ni? Huahahahhaha mana lah I pandai encikkkkkk. Itu pun mujur tak takut tengok sotong bebesar begitu. 

Lalu dia kata nanti try la masak. 

I pun apa lagi mula lah menanam azam di dalam hati. Ceh kauuuu.

Kemudian, sabtu haritu pegi cari barang alang alang masuk Econsave tengok tengok ada sotong tu. Nak beli ke tak? Nak try masak ke tak? Okay lah beli seekor dulu try.

Balik rumah, menuntut resepi kejap then esok nya subuh subuh sepi'e tu masak. Cellamak, celik mata masak sambal. Jangan memain! Kena rasuk dengan sotong kurita ke ape cerita dia ni? Hahahaha. 

Sementara nak tunggu kuah kering tu dah rasa nak frust dah. Ish kenapa macam tak sedap je rasa dia. Takpe la, first trial. Sedapkan hati. Sedapkan hati. Tak payah nak bagi alasan sangat lah first trial! Hahahhaha

Bila dah siap, dah pekat, nampak macam lazat je (diam kau, aku nak angkat diri sebentar ke dalam bakul)

Lepas dah settle tu, masak lempeng kelapa pulak.  Nampak tak tebiat sangat tu? Tak penah penah hayat masak lempeng kelapa. Mengidam punya pasal. Dapatlah 8 keping lebih kurang. Memang tak lah nak membantai makan semua tu. Ke Dato' lagi lah pegi nya. Housemate tarak semua balik kampung. Ya ampun, kau konfiden sangat ni nak bagi anak anak orang makan? Dah la first time masak. Tapi as usual, kita ada juri tetap yang akan jadi food tester. Katanya practice makes perfect. Katanya dah kawin nanti senang dah terer masak. I la kata. Tak gitu Dato'? *Grin*

Lepas dah jumpa intan payung (takde icon macam whatsapp lah hahahhahaha) & sembang sembang dengan Baby (Eh still tak boleh tahan teringat cerita kakak pasal sumpahan mummy tu) (Eh mati lah siapa baca ni ingat skandal I ke ape entah lantak lah situ). Dah tengahari petang camtu Dato' cakap sambal i menepati citarasa. Cukup rasa pedas manisnya. Ha kau! Boleh tak nak lompat bintang sekarang? Tak sangka. Ingat gagal! Ekekekekeh. Tepi sikit lah nak bawak diri masuk lift pulak.  Ke bintang peginya. Wahahhaha. Alhamdulillah. 

So ready? Mak nak tayang ni. Jangan terliur sudah.

Ini tajuk dia dimasak dengan penuh kasih sayang ok. Nak muntah? Pegi jauh sikit.


Nah resepi:

SAMBAL SOTONG
Bahan:
Seekor sotong kurita (yang basah) - basuh dengan air asam jawa dan cuci bersih, tos dan potong kecik kecik

2 senduk cili blend

4 biji bawang merah

3 ulas bawang putih
3 biji cili padi - ikut suka nak pedas boleh tambah
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Secubit perasa
1/2 cawan air asam jawa yang pekat
Air 2 cawan atau lebih
Cara:
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi
Tumis
Masukkan cili blend
Tumis sampai pecah minyak
Masukkan air 
Menggelegak masukkan air asam jawab, garam, gula, perasa
Masukkan sotong
Masak sampai kuah pekat, guna api kecik
Sambil tu boleh rasa kuah dia tahap pedas manis masam bagi seimbang
Siap!

LEMPENG KELAPA
Bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan kepala parut (yang putih)
1 sudu kecil garam
Secubit gula
Air
Cara
Campurkan semua bahan
Kacau adunan. Kalau boleh jangan pekat sangat supaya senang nak ratakan kat kuali
Panaskan nonstick pan, tak yah buh minyak pun takpe
Masukkan 2 senduk ratakan then bila dah nampak macam kering, terbalikkan
Api kecik
Siap!

**HappyLil~