Sabah Borneo : Day 2 - Kinabalu Park

04 Disember 2015

Singgah di Kinabalu Park. World Heritage Site!

Takde apa yang menarik sangat cuma merasai semangat pendaki pendaki. Bergambar di pelantar bermulanya starting point untuk pendaki. Sepatutnya dari sini boleh nampak view Gunung Kinabalu tapi sebab kabus tebal sangat satu apa pun tak nampak. Dah macam alam lain. Huuuu..

Heritage! 
Kalau pendaki-pendaki ni, mesti semangat juang tinggi ni nampak sign ni
Melepasi pagar ni dah boleh mendaki tapi dengan syarat ada permit lah. Tak dapek la kau nak on the spot mendaki kat situ.
Kelihatan pendaki pendaki baru turun. Hebat!
Kinabalu Park. 
This. Masa mula mula sampai lagi teruk kabus tak nampak apa. Ni tahan sikit.

So, itu je. tiada apa yang menarik kat sini. Tak lama pun dalam setengah jam dan beredar. 




Sabah Borneo : Day 2 - Pekan Nabalu

04 Disember 2015 

Masih on the way ke Kundasang. Melalui Pekan Nabalu masyaAllah. Breath taking view. Gunung Kinabalu yang seakan akan dekatttt sangat tapi i tak dapat nak snap sebab not at my side view. 

Singgah di Pekan Nabalu.  Pekan dia memang sangat sangat kecil je. Buah buahan dia sangat fresh dan sedap. Kerepek ubi bersos karamel yang sangat unik dan lazat.
This!!! Kerepek ubi sos karamel (I pandai pandai taruk sos karamel nama dia sebab rasa macam karamel. Sedap Ya Ampun!!! Menyesal tak borong!) Source - Link

Pengajaran! Next time kalau dah nampak benda tu sedap dan berbaloi untuk dibeli sila beli. 

Ini, padi bukit ke apa tak sure.






Berkenaan dengan Tshirt. Let me tell you one thing. 

TSHIRT DI SINI SANGAT BERKUALITI LEMBUT 100% COTTON I CAN SAY DAN DESIGNED CANTIK SERTA MURAH. BOLEH DAPAT RM15 SEHELAI BERBANDING DI KK RM20-RM25 SEHELAI SERTA KAIN TAK SEDAP. I DAH SURVEY MASA SINGGAH DI PASAR PHILIPINE TU. SO WAJIB BELI TSHIRT KAT PEKAN NABALU!

Tapi i was like ok nanti balik singgah kan so no need nak beli sekarang. Si Irsyad pulak (our tourist kata nanti hala balik singgah lagi so I macam chillex lah awal lagi nak shopping kannnnn) Out of my thought, esoknya balik dari Kundasang dah malam dah tak sempat singgah dan tutup. Ambik kau! Padannnn mukaaaa!!! Memang menyesal tak ada guna laaa cerita dia. Walaupun di KK (Pasar Philipine/Pasar Tamu) ada baju yang gambar sama tapi kualiti dia tak samaaaaa. Lepas tu tak ada long sleeve! Dah berkenan kot satu Tshirt hitam tu aduhai tak ada rezeki but then pujuk hati lah. Tak apa, kalau ada rezeki, dapat la Tshirt nanti. Dan ya, Alhamdulillah, siap dapat brand new Tshirt with Glow In The Dark lagi for brothers & Ad. Untuk Abah pun dapat superb quality. Thank you Allah. Terpujuk hati ini.

Contoh Tshirt.
Yang I Love Sabah tu design yang macam tu memang I takde jumpa di KK atau mana mana.
Mount Kinabalu tu long sleeve! Pun tak ada jumpa di KK. Aaaa Frust!!



MasyaAllah indah sangat!

So here is a view dari Pekan Nabalu. Hanya beli my fav fruit je, durian belanda lah apa lagi  then sambung perjalanan. Sampai sampai di Kundasang hari hujan...tergendala nak ke Desa Cattle lalu balik ke homestay.

Berehat kemas2 bag, baring sebentar dan abanglong gegas gegas nak juga ke Desa Cattle. 


Sabah Bornoe : Day 2 - Rumah Terbalik

04 Disember 2015 

Bangun subuh dan kemas2 baju untuk bermalam di Kundasang. I was so amazed bila jam 6 pagi cuaca dah seperti jam 9 pagi. Sangat terang benderang. Macam tak percaya pun ada hihu. 

Jam 7 pagi kami keluar sarapan. Not sure lah area mana tapi dekat dekat area Giant. Tapi Giant dia deretan kedai. Pun boleh...Okay siap ada nasi goreng gila? Lulz! Tapi nasi lemak dekat sini sangat sedap dan banyak gila!

Lepas makan, teruskan perjalanan ke Kundasang dan singgah di  Rumah Terbalik.  Sini lagi sangat funny dan pening especially bila semua barang di dalam rumah cara nak tengok dia kena dongak ke atas. Mesin basuh, peti ais, katil, mesin jahit, set meja makan, set ruang tamu, pendek kata complete house lah semua nya digantung di atas siling (take note: mesin basuh, peti ais, meja makan, mesin jahit semuanya peralatan sebenar ya. Bukan replika. Bayangkan macam mana beratnya tergantung?) which sebenarnya kalau terbalikkan rumah tu, dia akan jadi normal. Cannot imagine? I cant help cause taking photos is prohibited. Cuma boleh bergambar di luar rumah sahaja. 

Siap duit duit syiling bertaburan, bilik anak lelaki with patung ultraman, monopoli, bilik tidur utama dengan selimut tuala nya atas katil dan ya! A complete house. tapi versi terbalik lah. Serious pening kepala mendongak. Unik sangat.

Entrance

Anak anak & Upsidedown Kancil. Real punya kereta digantungnya

Upsidedown house. 

Garden. Kereta sorong & tools pun real

Toilet!?




Fav Souvenir!

Acah acah kumpul postcard sekarang ni.
Dan sebelum keluar dari kawasan , sempatlah membeli souvenir. Poskad & FM (wajib! lulz)



Sabah Borneo : Day 1 - KK

03 Disember 2015

Jam 10 pagi boarding dari KLIA2. Okay, rasanya tak adalah jauh mana pun waiting area dia. J3. Tak jauh. Yang jauh sampai ke hujung dunia sana Malindo Air maybe.

Luthfia - First time. Okay, takde masalah cuma waktu balik sangat moody biasalah penat. 


Alhamdulillah cuaca sangat baik. Thank you Allah. Dapat lah snap few moment atas awan but then dah nak sampai KK cuaca mendung dan hujan sekejap sekejap. Masuk dalam awan agak bergegar. 

Subhanallah

MasyaAllah! Dah macam gula gula kapas. Indah sangat. Kalau dunia serba luas mata memandang ni pun dah cantik macam ni, terfikir, macam manalah nanti dalam syurga Allah? Allahu...cantik sangat. Segala puji bagi Allah Yang Maha Hebat ciptakan pemandangan macam ni.

Kemudian cuaca mendung, dah kami agak lama berada dalam awan

Melepasi kepungan kepulan awan

Alhamdulillah, safe & smooth landing. Good job Pilot! Khusyuk sangat snap gambar, tak sedar bila mana landing. 

Ya, you are now in Sabah bah. Welcome to KK!




Immigration checked! Pengganti passport valid for 3 months.
Hilang kertas sehelai ni menangis lah kau tak balik KL. Please lah buat kertas tebal sikit dan kaler lain. Ini dah macam nak sama dengan resit je. Karang terbuang sekali haru biru cerita dia. 
Jam 1 petang. Sampai KK pun cuaca masih terang dan cerah. MasyaAllah sangat cantik langit biru.

Lepas check out semua bag dan cop keluar masuk imigresen kami keluar untuk makan tengahari di Restoran Kak Nong. I order  Mango Soursop. I thot it was a drink tapi desert rupanya. Desert yang sangat sedap! 5 bintang! Sedang makan, hujan turun lebat selebat lebatnya.


Win!


Kemudian ke Masjid Negeri untuk solat.

Source 

Kemudian,  di Pasar Philipine. Rambang mata serious!! Semua kedai jual benda yang sama mostly. Bawak perangai look around baru nak shopping memamg tak patut. Ada juga yang kena tinggal ni karang. Dah la mendukung Fia yang ketiduran. At the end, jumpa satu kedai ni dia ada jual gelang yang sangat cantik!! Gelang baby pun cantik. RM5 satu. Terus sarung dua pasang kat tangan budak kecik tu. And mine, gelang mutiara kristal kaler peach. Sama macam my sis Pu3. Jenuh nak anggarkan size dia. Harap muat lah sebab adik tu boleh custome made on the spot. Gelang ni boleh juga dapat murah di Pasar Tamu tapi pilihan dia tak secantik dia sini. 

Nice. Nampak modern & chic. Takde lah Datin Datin sangat lol!

Fia punya. Oh so very niceeee tapi sekejap sekejap dia cabut T___T


Kemudian bercadang ke Tanjung Aru Beach untuk sunset view tapi hari dah agak petang, hujan dan jammed jadinya tak sempat. 

Kemudian kami pusing2 bandar dan singgah makan seafood. Alhamdulillah sedap. I was so excited tengok ikan yang sangat fresh. Warna biru! Amazing ciptaan Allah masyaAllah..

Dengan longgokan ikan di depan gerai, 

Aneka seafood. Speechless.
Food yang sangat sangat sedap! Fresh! Terasa rasa lagi rumpai hijau yang crunchy tu. Masa kami datang tu orang masih tak ramai. Baru jam 7 malam kalau tak salah. Tapi last day pergi, orang dah ramai, takde pilihan dan seafood (kepah, ikan) yang dah siap masak berbau busuk! Memang tak boleh nak makan. Sedih sangat. Please make sure sebelum beli tu check dulu like hidu bau ke atau macam mana. Terpulang.

Lepas dah kenyang, gerak ke homestay nearest UMS. Kondo Apartment Jalan Universiti. Agak sempit tapi facility tip top! Kelengkapan dapur ada. Hanger tempat jemur baju ada dan mesin basuh juga. Ada sabun basuh so malam tu juga mendobi dah alang alang Luthfia menapak kaki kan baju I. Alhamdulillah esok pagi nya kering. 

Terlupa nak snap gambar apartment tapi view dia lebih kurang macam dekat link ni [Link 1] & [Link 2]

Berita kurang gembira, line Umobile dan Maxis very poor.


Tragedi Oktober

October 17th, 2015
12.43am
Terminal Gombak, Kuala Lumpur
Alone.


Sepatutnya malam ni I berada di KLIA menyambut ketibaan makteh & wan pulang dari Mekah. Tapi entah mana silapnya, hari menjadi terlalu panjang dan meletihkan. Sepanjang petang tak sempat duduk melepas lelah gara-gara boss mintak 8 set documents by 5pm. Sebelumnya kata tak rushing so I dah siapkan 3 set cuma belum binding and all. Client demand confusing tukar itu ini. Alih alih jam jam tu nak siapkan balance dan nak kerah otak buat surat. Jammed jadinya. Sangat memenatkan.

Plan asal adalah nak balik jam 5.30 atau 6 tepat lah paling tidak pun. Nanti boleh sekali dengan abang ke KLIA. Jam dah hampir 6.30. Nak ke serdang bukan dekat so macam mana ya? Abang kata jam 7.30 dah nak gerak . Tak apa lah. Takde rezeki nak pergi. Its ok lah walaupun hmmm sedih.

In my thought kalau arrival jam 8.30, urus itu ini nak keluar dari clearance area tu setelkan luggage this and that paling2 cepat pun setengah jam. Or worse, sejam sebab orang tua tahu tahu ajalah. Tak selaju kita orang muda. So it might be jam 9++ baru settle all. So tak apa lah lewat sikit. Tapi ya lah, I tak suka nanti rasa bersalah pulak if anything.

So thats it! Jam 9 tgk dalam whatsapp group flight delayed. Jam 10pm baru expected for arrival. Tung tang tung tang jam 12am baru clear. You know how was my feeling? Hmhm

Then jam 12++am yes am I ada di Terminal Gombak waiting them to fetch. Lepas ni nak balik kampung terus.

12.53am
Pakcik-pakcik taxi dah balik semua.
Ada sekumpulan budak lelaki dekat hujung sana. 
I am scared actually. Very!
Telinga bersumbat Yaasin ni.
Thanks to Pu3 ingatkan to keep zikr.

I googled. 1 hour KLIA - Gombak? 
So near 2 am baru sampai sini?
O Allah, please protect me...

Penat.

Astagfirullahal'azim.
La Hawla Wa La Quwwata Illa Billa Hil 'Aliyyil 'Azim

*Jam 1.30 pagi baru family dapat ambil. Jam 3.30 pagi sampai kampung. Alhamdulillah walaupun tengah jalan hujan lebat somewhere I'm not sure.