Trip Ke Perak : River Cruise Kuala Sepetang

Lepas dah habis melawat paya bakau, kitorang di bawa pulak untuk river cruise sepanjang kampung nelayan & eagle feeding (tak feeding pun actually just duduk tengah sungai/laut tu suwit2 panggil helang datang tapi tak ramai datang. Tak bangun tido lagi kata tour guide sebab pagi lagi lols). Bagus tour guide yang  bawak bot ni, dia siap baca doa sebelum start jalan. Alhamdulillah.

Kesian ya tengok kampong nelayan tu. Daif sangat. Jamban depan rumah je nak mandi terjun sungai depan rumah. Hmm syukurnya kita hidup serba ada sekarang ni. 

Kami tak ambil pakej tengok dolphin kalau tak boleh ke depan sikit dan hunting for dolphin. I was blur. Hah? Kat sungai ada dolphin? Oh, sini still air masin kata tour guide so memang ada musim dolphin akan port kat situ. Gila best tak Malaysia ku? Tak payah sesusah pegi oversea nak tengok dolphin. Pegi Perak pun boleh okay. Gila hebat kampong u Dato’? Eh. Then nak tengok Panda pun tak payah sesusah pegi China. Pegi lah Zoo Negara. Hebat kan Malaysia? Kakakakakah apa aku merepek niiiii. Back on track shooshhh shoosshhh!
Dalam bakul tu penuh kerang. Geram oi nak mintak sikit hahahhaha

Hujung tu apa ya? Bangau?

The view. Subhanallah cantik sangat. Hujung tu dah boleh masuk kawasan air masin yang kata nak pegi tengok dolphin tu. hahahah. Entah bila lah nak memboleh datang lagi tengok dolphin semata?

Cantik kan? 

Nah, dapat lah sekor. Hhahahahhaa Jadi lah. Tak, actually ada lah dekat 10 ekor helang keluar buat show lols. Tapi i record video. Mana entah video nya lupa nak copy still dalam camera. Later, kalau rajin, tepek sini.

Ahli rombongan paling kecik paling tak banyak ragam dan paling penting tak mabuk hahahha Tq Baby Fia ;)

Jom, pegi melawat kilang arang pulak.

End.


Trip Ke Perak : Melawat Paya Bakau

So, aktiviti pertama adalah melawat paya bakau. Not bad. Menarik juga. Banyak benda baru dapat tahu. Dapat lah kenal macam mana rupa pokok kayu bakau, apa kegunaan dia & so on.
Sejarah Kuala Sepetang



Proses memilih pokok / kayu bakau untuk dijadikan arang

Proses penyediaan untuk dibakar
Ini relau. Macam igloo pun ada. Tempat nak  bakar kayu bakau untuk jadi arang. So sini replika je. Nanti kejap lagi karang dia akan bawak kita ke kilang

Contoh arang yang dah siap bakar. Alah macam yang kita selalu guna untuk buat BBQ tu ha kekdahnya

Ni dalam relau tu. Notes yang stands dekat tepi tu actually bukan nampak pun nak baca sebab dalam relau ni gelap. Harapkan flash camera je pun sebenarnya

Ni cecara dia. Kayu bakau dia masukkan kat lubang ni untuk bakar first step cemtu

Antara produk hasil arang ni. Kata Pak Abu & kawan dia tu, Japanese yang paling ramai demand arang ni sebab tempat diorang mana ada then macam macam yang diorang guna dari arang ni. Kita balik balik BBQ ye dok? N tambah sikit mak buat letak dalam peti nak hilangkan bau tak best peti. .


Last, kenal ke tidok pokok baku? Nah, yang spesis ni paling terbaik katanya:-
Bakau Minyak.
Tengok kaki kaki dia buat cengkam ke tanah tu ha.

N. Lols. Tak reti pun nak cerita, kira okay lah tepek gambar untuk sesapa yang nak cari bahan. Hahhaha. 

End.


Trip Ke Perak : Kuala Sepetang

So, lepas dah mandi & breakfast di R&R Sungai Perak, kami pun bertolak ke Kuala Sepetang. In planned, nak melawat kawasan paya bakau (which tak sudah sudah iklan sayangilah paya bakau kita yang dekat tv tu dok mengasak kepala dah kenapa entah), melawat perkampungan nelayan, bagi makan helang, melawat kilang arang dan seterusnya makan tengahari.

Mula mula tour pasal Paya Bakau. Menarik. Tak dengar sangat pun penerangan. Sibukkan jaga Fia & ambik gambar je untuk reference budak budak sekolah sesapa yang nak cari info nanti I tepek karang. Tapi seronok tengok pokok bakau. Lain dari yang lain. Tiba tiba teringat twilight dalam hutan eh. Oh Edward Cullen! Jacob tak boleh ye. Itu pujaan hati Yang Tuan Terutama Dato’. Eh!? *grin*
CikPia pun bersemangat!


Ramai dayang & hulubalang hulubalang CikPia nampakkkk

Pak Abu sedang khusyuk memberi penerangan ye anak anak
Kemudian, di bawa river cruise ke kampong nelayan

Perkampungan nelayan.

Perkampungan nelayan lagi. Captured dari dalam bot
Dah habis mabok sungai *terasa jugak la pening sikit main dengan bot oleng oleng tu*, tour guide, Pak Abu. Kemmain nama, Pak Abu uols! Bawak kami ke Kilang Arang.
Abang dah kenapa?

Lepas dah setel tu, pegi lunch pulak. Diorang sediakan nasi putih, ayam masak merah, sayur campur, tembikai dan air sirap soda. Sedap! Dan sesiapa yang nak merasa Mee Udang Banjir Makteh, boleh lah. RM10 semangkuk. It depends. Ada yang dah pernah pegi lain lain gerai ada yang RM13 ada yang Rm7 semangkuk.. Tapi udang memang heaven! Bebesar dan banyak. Memang banjir lah! Actually tak adalah special mana, ia more like mee bandung tapi takde telur camtu. Tapi yeah, sedap!


Mee Udang Banjir Makteh, Gedabak gedabak udangnya


Then, bergerak ke Bukit Merah. Tak dan 10minit bas bergerak, semua tumbang. Penat apa entah.

N.


Trip Ke Perak, 2014

#Throwback Trip bulan lepas ke Perak, ngam ngam soi sebelum banjir.

Last minute, plan berubah. Itinerary nya adalah seperti berikut:-

19/12/2014 (Jumaat)
11:30 malam - Berkumpul (Khamis malam)
12:00 malam - Bertolak dari Temerloh
6:00 pagi - Rehat di Hentian Sungai Perak / Solat subuh / Minum pagi
7:00 pagi - Bertolak ke Kuala Sepetang
10:00 pagi - Dijangka sampai ke Kuala Sepetang (Aktiviti river cruise - eagle feeding, perkampungan nelayan / melawat kilang arang, melawat paya bakau / makan tengahari & mee udang)
5:00 petang - Bertolak ke Kuala Gula
7:00 malam - Makan malam di Restoran Terapung Kuala Gula
9:00 malam - Check-in di Suria Apartment, Bukit Merah Laketown

20/12/2014 (Sabtu)
7:00 pagi - Minum pagi / Acara bebas
10:30 pagi - Check-out, berkumpul di lobi / Acara bebas di sekitar Bukit Merah
12:30 tenghari - Bertolak ke Kuala Kangsar / Makan tengahari / Solat Jamak
2:30 petang - Bertolak ke Batu Gajah/Kelly's Castle & ke Air Panas Trolak, Sungkai
7:00 malam - Bertolak pulang / Makan malam di R&R / Solat Jamak

**Disebabkan banyak aktiviti yang sudah awal, banyak plan yang terpaksa dirombak.

I ni, dah la khamis lepas kerja tu bergegas balik ke Temerloh, tidak lah kan nak tunggu dekat KL pukul 2 pagi even diorang akan lalu & masuk tol sungai buloh ni. Seram ya 2 pagi. Kalau 2 petang mak on saja! Dah sampai bergegas2 pegi ambik kunci rumah, balik rumah mandi siap siap dan gosok baju, pack barang zasss berkumpul. Pukul 12 lebih  baru gerak, still on plan.

Dalam bas bukan boleh nak tidur pun, sebab penat teramat berkejar-kejar, dengan kejap kejap anak orang tu nangis, anak orang ni nangis, so I pun tido tido ayam je. Kejap kang baru nak lena, bas berhenti dekat R&R pulak. Gagah sangat pukul 2 pagi makan nasik lemak nasik goreng bagai. Baru nak lelap lagi, dah sampai R&R Sungai Perak. Tak kira, nak mandi jugak. And the journey begin...


Baymax!!

December 29th,

Happy 5th birthday my handsome baby, Iman Adam! Tengah tengah mamai on the way nak balik kampung jumaat tu, Makde bagi gift suruh bukak. Dia pun dengan susah payah nya bukak, dan mata makin membesar, membesar dan tadaaaaa!!! Woaaa Baymax!! Hilang terus mengantuk dia hahahaha.

I promised him nak carikan Baymax kaler white since yang merah robot tu dah ada. So ni kira birthday present lah. Nah Baymax boyot. Ekekeke. 

Sebolehnya semua nak diusung
Thanks to Rara! Even masa nak beli tu dah habis stock, dia kata boleh booking with payment dulu. Okay lah. Zasss online payment. Book on 18/12 sebab katanya sampai on next week tu. Harap sangat sempat lah dapat sebelum 26/12 jumaat tu. And then, hari rabu tu sajalah tengok instagram Rara manalah tahu kot2 stock dah sampai. Sekali, ya alhamdulillah. Dah sampai. Baru je bajet bajet nak text dia, alih alih Pos Laju sampai. Eh eh? Gila pantas Rara ni! Hahhaha suka betul rasa!

So, sapa sapa yang berhajat nak beli dengan Rara boleh lah pegi tengok dekat FB atau IG dia. Search je thelilycious. Macam macam ada. Comel comel pulak tu. Elsa Olaf Angela Doll eh macam macam lah. Service pun tiptop. 
Tiptop!!!
Be good boy ya. 

GSC, Alamanda Putrajaya



Makdeloveyousoverymuch

N.