Raya 2014 - Day 3

Day 3.

Berhajat nak masak mee kari untuk orang datang rumah. Tolong2 kaklong masak. Lepas tu dah setel, masak kek pulak as request by mom. Resepi here.

Tengah tengah mengadun tu kena serbu, family Acu, Aicik & Makngah datang. And family Ayie too. Ecewahhhh Ayie dah ada family nampak. Ada wife kira berkeluarga la tu kan? Hhahahaha. Disebabkan mee kari tengah atas dapor, kek baru nak masuk oven, diorang lepak lepak. Pakcu & Akim siap manjat pokok manggis. 

Dah setel, I pegi mandi solat etc baru lah join them makan makan. 

Enjoiceeeee makan & lepak lepak kat beranda pasang kipas laju laju. Rasa nak baring pun ada


Ngam ngam lepas makan kek masak, terus hidang. Pakcu cakap kalau macam ni bole request lah lagi. Boleh masak on the spot ni. Hahhahahamboi. Tak kira I berlengas macam apa kat dapo tu. 

Dah petang, family Miktam pulak datang. Yang tu Hairul mengidam rambutan. Orang lepas pantang la katakan. Habis semua mengidam nak makan. Ha hambik la bawak balik 1 bakul.

Malam, pegi raya rumah Maklong pulak. 

Tu je lah dah lupa dah schedule raya campo malas nak update dah cerita raya. 

End.

Raya 2014 - Day 2

Day 2.

Makde & Fia. Mix je lah first & second raya's pic

My Darling Handsome Boy. Pun mix pic day 1 day 2.
Sil & Nephs & Niece. Iman Adammmmm bila nak nak berenti bantal busuk tu Ya Tuhankuuuuuu. Haram muka je hensem Hahhahahahhahahaha



Tunggu Abanglong, bersiap dan bergambar gambar dengan Cikpia & zasssss ke rumah Wan di kampung awah. Motif utama nak makan nasik lemak wan. Sekali wan tak buat nasik lemak Duhhhhhh!~ 

*Kenapa asik lupa nak snap pic rumah wan buat kenangan?*

Sampai sampai takde orang sangat. Macam biasa ada family Mak Anjang & MikTam. Tapi Abg Fitri, Dekna & Dekwan takde balik kampung mertua masing masing. 

Tak apa lah, takda nasik lemak, kita melantak ketupat palas wan yang ohsem lembut gila dengan serunding daging yang sangat sedap!

Alih alih pegi dapo I nampak seguni manggis, rambutan & duku. Heaven oi! Bersila tak tengok orang dah makan. 

Lepas zuhur, gerak pegi rumah Pakcu Jak. Lepak lepak kejap kat sana. Masa tu dah rasa lain macam. You know, bila sistem gastrousus dah buat hal, I dah tahu ada benda yang tak kena. Bila sakit perut memulas mulas, bila sendawa keluar bau gas busuk, okay thats it! Memang ciri ciri nak kena diarrhea teruk tu dah start. Oh myyyyy...Memang nak muntah sakit kepala sakit perut all in one. Menyesal tak guna dah masa tu. I know, makan buah tak ingat dunia tu lah punca nya. Punca! In before kan makan pulut kan? Sedap sangat lah tu dia punya combination. Bergabung meletop!

Dah petang sikit baru gerak pegi studio for photoshot. 
CikPiaCayang.jpeg

As usual, 3 bujang ni. Hahahhaha~

Settle, gerak pegi rumah Miktam.
*Ah sebenarnya dah lupa turn rumah sapa hari apa. Hentam je acitak? Hahhahaha*

Dah malam tu ingat nak singgah Bt 4 tapi tak jadi sebab CikPia mengamok macam nak runtuh kereta. 

Terus balik.

Layan Percy Jackson & The Sea of Monsters. Text Dato' Zzzzzzz.

Raya 2014 - Day 1

Disebabkan ada penambahan ahli baru, maka keterujaan untuk berphotoshot adalah melebih lebih. 

Tahun ni turn semua orang raya dekat rumah mak. Jadi, malam raya memang havoc anak anak tak mahu tido. 

Pagi raya mula lah moody menangis masing masing kena bangun awal. Tapi bangun jugak la ikut ke masjid.
 Pagi raya 2014. Moody. Nampak Iqi conquer remote tv? Hahhaha.

Oh yes, tema blue-pink sekali untuk studio photoshoot.

Tahun ni kami buat nasik lemak untuk menu raya pertama. Seperti sedia maklom, kalau nak makan bihun sup, rumah Mek Esah, laksa penang rumah Wak Sohot dengan Maklong Dayah, mee kari rumah Makcik Timah dan seterusnya seterusnya. Alih alih adik cerita, kawan kawan dia tanya, laaa kenapa tak menu spaghetti? Mak pun cakap anak anak Mak Piah tanya spaghetti.

Hahhahahahahaha. okay okay. Next year okay. Janji! Kalau panjang umur. Mak kata okay lah next year spageti. Tapi maksalah besarnya, resepi yang I guna for that spaghetti-year tu telah hilang ruyup tak tahu kemana. Macam nak gila dah korek kat google tak jumpa jugak. Kalau tak salah resepi tu ada sorang girl yang upload dia kata nenek dia yang ajar which pakai tepung tepung apa entah seriously lupa.

 So lepas orang balik masjid, as usual berkumpul bersalam salaman. Mula mula happy go lucky takde air mata. Alih alih kaklong la selalu buat touching okayyyy. Touching kan pasal SIL & Adik. Hukssss.

Lepas dah habis, bagi duit raya etc, sesi bergambar bermula.Yeay tahun ni Fia boleh collect duit raya dah. 

Kecoh pakai self-timer.

Nak mula dah nak mula dah sesi ultraman dia tiga orang tu...Mine mint green sebab yang nak pegi shoot nya esok jadi harini hentam hentam je tema

Iqi kenapa dah macam gongxi gongxi? Ancik apesal begitu?
Aku kata daaaaahhhhhhhhhh komfem ada tayangan perdana ultraman punya!!!! Spoil sungguh la Iman Adam tapi fun!!! Kerut kerut kening Fia hahahah
Beraya ke rumah Mek Esah, Mak Piah, Makcik Timah, Maklong Dayah, kemudian balik tido. Hahahah.

Budak baik ni memilk je la. Yang otai dua orang kat belakang tu dah menggugas rambutan nenek

Petang pegi rumah kawan kaklong. Rumah kawan I jugak. Kawan kaklong tu kawin dengan abang kawan I satu sekolah rendah, so pegi lah kejap beraya.

Malam, family adik adik abah datang.

Setakat tu je untuk raya pertama. 



Resepi Kek Marble Kaler-Kaler

Amacam? Lawo ke tidoookkkk
Raya haritu, mak suruh buat kek. Kek biasa je katanya. Kek marble. Teringin. I was blur. Ala, mana nak dapat resepi. Line terok. Text Dato' mintak dia google kan & screenshot. Resepi dah ngam sekali tengok I takde ovalette pulak. Takut jugak karang tak jadi.

Last last, mak turunkan resepi dia. Ceeeehhhhh saja je dera I sedangkan dia ada resepi tak nak kasi. hahahhahah.

Surprisingly, resepi dia sangat sangat mudah simple yang amat tak tahu lah nak cakap macam mana punya senang. Eceh!

Bahan-bahan:-
1 cawan majerin
1 cawan gula -
1 1/2  cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil cream of tartar 
Pewarna

Cara-cara:-
Putar telur sampai kembang
Masukkan gula  & putar lagi
Masukkan majerin, putar sampai sebati
Masukkan tepung, esen vanilla, cream of tartar & baking powder. Gaul atau putar bagi sebati
Asingkan ke dalam beberapa bekas
Titiskan pewarna, gaul sebati
Sapu majerin dengan loyan permukaan & kiri kanan
Tuangkan secara selang seli adunan bewarna tadi
Panaskan oven 10 minit suhu 180c
Lepas oven dah panas, masukkan loyang berisi adunan kek tadi.
Bakar suhu atas bawah, 40 minit, suhuh 180c.


**Latest experiment:-

1. I tukar cawan to kepada mug sebab masa balik KL, takde cawan yang pesen cawan orang minum teh tu, end up resepi menjadi dan gebu gila. Kalau guna mug, kena bakar selama sejam. Suhu sama je.

2. Blend kering dulu gula tu supaya texture lebih sedap


Aqiqah Safirah Luthfia

Excited sangat sangat sangat sangat tak boleh nak cakap apa. Jaw dropped habis bila tengok pelamin Fia depan mata.

Usai zohor, sesi menyembelih kambing dimulakan
Lepas siap lapah, Pakcik Mat/Tok Mat kunyitkan kambing tu
Lepas tu dia bakar macam salai. Katanya tak nak kambing tu nanti bila masak berbau. Gitu~

Dah siap tu baru lah masing masing melapah, sambil geng geng emak gotong royong siang sayur bawang etc.
Menunya, kurma kambing. Gila sedap oi! Pakcik Aziz (Chef Utama) kabo kalau  nak lagi sedap masukkan buah kurma.Tips okeh.
Lepas isyak, orang orang masjid datang untuk marhaban & zanji.

Pengantin kecik relax relax minum susu


Fia tak nak bagi kerjasama dengan Makde uhhhhhh.

Adam :  Makde Makde tak payah la amik gambar. Fia nangis tu.
Erghhh Abang Adam ni ponnnnn. Sayang sangat Adik Fia dia tu.

Pakngah Fia tu pura pura je sebenarnya

Epic betul gambar ni. Ummi kenapa fire Adam?? Hahhahahaha
Tiba tiba! Ultraman sesat pakai jubah datang. Hahahhahah


Yang tak peduli manusia lain dah bila dapat game. AbangCik & AbangIqi.