Kek Karamel (Yang Tak Jadi)

Amacam? Jujur lagi ikhlas tak tajuk? Wahahahahaha. Nak kata apa, memang rupa paras dia hancur. Tapi rasa dia tak hancur, mind you! Ceh.

Last year, start kenal kek karamel ni dari Izza. Order dari dia. Balik rumah SIL kemaruk. So do i. Lepas Izza habis pantang, repeat order. 

Lepas tu SIL pindah. Jauh dan dah tak dapat nak rasa kek Izza. Dia beli dari kawan kawan dia pun rasa out. Tak sama macam Izza punya. So aku pun gigih lah mintak resepi dari Izza. Oh lovely! Dia tak kedekut resepi okay. Siap describe dan tunjuk ajar aku lagi macam mana nak buat dan apa yang dia ganti untuk make sure jadi rasa sama macam dia. Hey i love you la babe!

Kecuakan nak buat tu ada sebab nya aku pernah buat karamel tapi harammmmm keras kejung gula dia. Pelik. Lepas tu Izza kata memang la akan keras lepas tu nanti bila masuk oven dia cair la balik. Eyh? Bangang nya aku rasa. Bhahahahahaha. Ingatkan salah. Kahkahkah. Ok takpe, berdasarkan tunjuk ajar tu maka, kita test buat gula hangus dia dulu. Maka, berlakulah pembaziran tiga empat sudu semata mata nak test gula hangus. And yes, passed! Tak sabar nak balik kampung buat.

Maka, first time jugak lah buat meringue. Beli telur sampai sesarang, kau over tak? kahkahkah. Bukan la untuk kek je, untuk lain jugak. Tapi sebab cuak sangat takut tak jadi nak asingkan putih n kuning telur untuk meringue tu maka aku gigih la beli banyak2.

Bibik sibuk sibuk nak tolong buat aku rasa nak menangis bila dia asingkan tak jadi. Badan dah la penat. Dah la first trial. Dia sebookkkkkk la tengok step by step. Dok tanya tanya lepas ni mau buat apa etc etc. Pandai ya buat kuih. Haah kuih sangat laaaaahhh~~~~ Ggggrrrr.

Lepas dah siap batter dia semua, nak sengih dah ni tengok not bad walaupun kaler purple dia pelik! Tak kesah la.
Ingat nak bubuh kaler merah tapi SIL tak bawak balik pulak dah tertinggal kat sana
Masuk oven, pegi join abang dengan adik tengok Tanda Putera sambil dok tunggu kek siap. Masa tu jam pukul 1 lebih. Gigih sangat tengah malam buat. 

Lepas tu oven macam buat hal. Aku rasa dah sejam tapi tak bunyi TING! lagi. Pegi tengok timer dia macam tak betul. Hmmmm belasah je lah dah sejam. Bukan berkait dengan timer pun kan as long temperature dia ok. So, keluarkan. 

Tapi dah malam buta, kepala pun dah tak betul bangang tahap dewa kot. Orang kata tunggu betul betul sejukkkkkk baru terbalikkan dan bubuh dalam fridge. Or maybe like, dah sejuk, masuk fridge baru terbalikkan. Kot.

Yang aku haram tak sabar, terus terbalikkan dia. Kau ingat kau masak kek span ke ape cik kakkkkkk. Tak ingat dia ada karamel yang mencair kat bawah tu.

Elok je terbalikkan, tu diaaaaa meleleh leleh la kan. Terus telangkup kan balik dalam loyang. Hahahahaha sengal betul! Lepas sempat rasa eyhhh sedap ni. 

Frust dah ni sebab satu, timer bengong. Dua, pegi terbalik belum masanya. 

Malas fikir, tido. tido. 

Esok pagi bangun, bismillah....

Presenting.......karamel hancur nama dia.

Tapi, bila rasaaaaaa ommmaaaiii nak nangis! Sedap!!! Paksa SIL makan. Okey, she agreed sama macam Izza buat. Glaaaaaddddd! Tak apa lah, first trial memang macam macam *sedapkan hati* bhahahahhahah. 

The best part was, mak kata nanti kalau birthday boleh buat sebab tak jemu makan. Tak muak. Oh i love you mom! Pandai bodek anak dia yang kepucatan dan kefrustan that day. Hahahahaha. 

So, next month, birthday abah, boleh buat lagi ni. I'll make sure it perfect! Cewah. 

Resepi, bila dah jadi cantik tertarik kau memang da bomb baru nak bubuh. 

Bye.



Pil Urat

Ehem amboi lama betul bersawang bawang blog ni. Shosho.

So, raya haji haritu sangat lah tak raya. Bangun pagi, mandi, siap siap, makan. Tunggu orang balik solat dan entah tak ingat dah. Yang ingat nya telan ubat, masuk bilik dummmmm! Bangun bangun pukul 2. Menggigil. Tapi eh surprise lah senggugut hilang. Siyes tak sakit dah tapi effect dia macam laparrrrr. Biasa la tu. 

Mandi, makan n relax. Petang nak balik KL semula. Urghhhh seriously malas yang amat sangat tak payah cakap lah. 

Jadi mari saya nak introduce kan awak awak semua yang tiap tiap bulan sakit perut cramp tahap giga tu. Meh sini beli ubat ni:


Haa ini! Sila la call orang tu. Asalnya nama Pil Urat Hjh Rokiah. Tapi last time called, pakcik tu tak amik per runcit tau. Maknanya, kena beli sedozen macam tu. Gigih! Lepas tu google here n there jumpa  http://herbamalays.blogspot.com n https://www.facebook.com/HerbaMalays 

Katanya company ni take over dari diorang dan rebrand. Bad news, mahal sikit lah. Tapi tak cuba lagi beli dari owner yang baru ni. Tapi katanya sama je isi dia macam ni:

Ianya herba. Akar kayu. So bila makan ni akan rasa haus sikit lah. Memang kena minum air banyak. Ni kalau sakit badan, elok jugak la. Angin sesat? Mine lah tu. Memang angin suka masuk lepas tu sesat dalam badan tak reti nak keluar (-_-")

Mana jumpa ni?

Mak la. 

Dah lama mak suruh makan ni tapi biasalah si penakut ubat macam aku ni mana nak layan. Tapi haritu sebab tak tahu nak cekau ape dah nak makan bagi hilang sakit, hentam saja lah. Alhamdulillah it works well.

Mak kata ini ade orang datang jual jual dekat rumah. Mak makan benda ni dah lama since hmmmm tak ingat tapi masa kitorang pegi singapore tahun 2011 haritu pun mak dah makan ni. Dia bawak. Ye lah, kan banyak berjalan meredah imigresen bagai jalan sana sini of coz lah penat orang tua kan. Tapi malam before tido dia makan da esok cargassss macam biasa. 

Tengah tungguh testimoni dari Dato' jugak ni. Kalau okay, Alhamdulillah. Hopefully sangat ia nya berkesan. 

~

Home Sweet Home




Betul betul malam raya siap. Penat tak tau nak cakap~

Takut~

I just can't hold the tears..

Ya Allah...

I don't know where to start..

For a perfect man in my life.

Takut.

Yes takut. Takut kehilangan.Takut dia pergi.

Telah ku janji pada diri. Don't ever let him cry. Even a single tear.
Stop hurting him. Cukup. Cukup!
Bahagiakan dia. Temani dia. 
Rasai kesusahan dia. Ubati dia. Usapi air matanya. 
Raikan tawa dia bersama. 
Jangan ditambah kusut yang ada. 
Tekadlah dalam melaksana amanah, sumpah dan janji.

Dia lain...Satu dalam sejuta. Yang kau takkan jumpa di mana-mana.

Dia ibarat lilin. Tegar membakar diri  hanya untuk menyinarkan hidup orang lain.

Dia tabah. Tidak pernah ditunjuk dia lemah. Dia gagah.

Hanya aku yang tidak mengerti. Tidak memahami. Tidak menyelami.

Ku akui, perempuan... hanya tahu dipujuk dimanja.
Tapi aku lupa, lelaki juga punya rasa yang sama.
Lupa untuk berkongsi duka.
Lupa untuk bertanya keadaan dia.
Hanya gembira melihat dia tertawa.
Sedangkan aku lupa untuk mengusap air mata dukanya.

Bukan tidak peduli
Tapi risau andai diri ini terlalu mendesak ingin mengetahui
Lalu ku biar kau bersendiri
Ditemani sang puteri
Kerna aku tahu, dia bisa menghilangkan resahmu
Dia bisa menjaga dirimu.

Tapi,

Ya, salah. Salah aku membiarkan keadaan berlarutan
Sedangkan yang lain bersahutan menanyakan
Apa jadi? Sakitkah dia?Terlukakah dia?
Sedang aku, masih di situ menanti khabar
Memberi ruang
Memperbodohkan diri masih tidak mengerti tentang hati.
Itu salah sama sekali..

Mungkin ku tak bisa menyatakan
Apa yang terintas di benakku
Bukan kerana ku tak mencinta
Cuma kerana ku tak mampu menatap matamu

Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku

Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamu

Tuhan tolonglahku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harusku datangi
Agar terlerai kusut ini
~Takut by AmaliaAlias~

Doaku...harapku...
Agar dirimu kuat
Kuat menghadapi segalanya

Aku masih di sini.
Sedia mendengar
Sedia mengusap air mata
Sedia melihat kau tersenyum kembali
Kerana janjiku dulu,
Aku ingin sekali menjagamu, menemanimu,
Melihat kau tertawa bahagia.
Hapuslah derita..
Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karna bagiku engkaulah nyawaku

The Conjuring on Merdeka Day 2013

"Face Your Fear" - TPAA, Sept.2013

Gituuuuuu...

Kau ada tema tema bagai? Takde kannnn.

I is so penyeram. Memang tak lah nak tengok cerita cerita hantu ni. Cerita hantu lawak lawak tabah lagi la nak pegi tengok. Tapi hantu seram tahap Ju-on bagai tu terima kasih daun keladi, memang saya tak berani. Dulu, zaman kampus pernah tengok cerita hantu apa eh, Jangan Pandang Belakang kalau tak salah. Sudah lah tengok hari siang, tutup muka dengan bantal pula. Dasar penakut sangatttttt.

So, The Conjuring. Dato' pegi tengok with his cousins and said seram gila. Okay laaaaaa fineeee kalau dia yang pemberani tu kata that film adalah seram, that means seram lah. Seram gila. Dan I pun memang ok tak mahu tengok. Takut pejam mata je sudahnya karang.

Last friday, wechat with Baby, dia pujuk pujuk pegi lah tengok kak. Face you fear etc etc. Okay lah. Akak pegi la ni. Pegi ni. Check online TGV tengok seat banyak kosong *berpeluh* Showtime hanya pukul 1:55 pm dan 8:50pm. Memang tak lah nak tengok malam kan!

Pegi tak pegi tak pegi tak pegi. Ok. Pegi!

Maka pergilah. 

Sudah lah pergi sorang sorang, takde apa apa barang pulak tu nak lindung lindung muka like a box of popcorn ke.  Yang ada cuma botol air. Apa la nak gagau ni karang jap lagi kalau keluar muka hantu ni karang. Sebelah kanan chinese girl. Belah kiri seat kosong sampai ke hujung. Oh greaaaaaaattttt! My seat adalah betul betul center of the hall. Phewwwww.

OhyaOhya. Disebabkan hari merdeka, so masa iklan sebelum movie start kami dijamu dengan iklan iklan hari kemerdekaan. Seronok juga sebab 90% audience adalah kaum kedua terbesar di Malaysia. Biasanya kita kan dimomokkan dengan racist and all that so mari tengok ada tak adegan adegan yang tak sepatutnya.

...................
...................
...................
...................
...................
...................
...................
...................
...................
...................
...................
...................

Ok tak ada! They all behave. Bagus. 

Lepas tu right before movie start, mereka pasang lagu NegaraKu dan mintak audience berdiri. Mula mula semua cuak lah sebab tak penah berada dalam situasi macam ni kan. Lepas tu chinese boy and the gang baris depan I bangun. So automatically semorang pun bangun. Gooooooodddd! Kami sayang Malaysia. Habis je NegaraKu semua pun duduk diam anddd.....

Movie start. Relax.....Enjoy...

Online tix. Just scan the code via your smartphone ;)
 Ok lah. As conclusion I boleh! Yes! I faced my fear! Thank you Dato' Thank you Baby! Walaupunnnnnn kerassss kejunggggg masa klimaks part exorcism tu. Memang keras kaku atas seat tak bergerak. Serious!

Tidak lah I menjerit jerit dalam tu. Tidak lah melatah sakan. Tidak lah pejam mata. Tidak lah terlompat macam tengok Zombi haritu. Good! Cuma terperanjat yes.

I actually okay with the seram seram scene yang macam expected even though benda tu tak jadi pun. Macam kita akan expect orang tarik kaki, akan expect bila budak tu jengah bawah katil akan ada benda benda pelik, belakang pintu, atas almari and so on. Benda yang kita boleh ready nak menggelabah. Nak tutup mata ke muka ke. I am okay with that.

Cuma yang tak okay nya bila benda tak expect macam masa Mak dia terkurung dalam cellar tu masa mula mula cerita. Tiba tiba lah pulak ada suara nak main hide&clap lepas tu clap tepi telinga dia. Hooooooooiiiiiii!!!!! Menjerit lah masa tu okay. Gugur jantung sekejap. Budak budak lelaki cina baris seat depan dah gelak gelak cover terkejut. Hahaha.

Lain lain accepted cuma nya i am not okay, a big no dengan muka muka hantu buruk ni. Rambut kusut masai panjang panjang hoihh..  Ya Tuhannnnn can not go betul la. Takut lah weh muka pelik pelik ni. Lepas tu dia muntah darah yaaakkkkksss terus rasa nak muntah dekat situ.

Masa part exorcism tu I dah gelabah takde arah. Nak capai apa ni nak cover muka? Kecik kecikkkkkkkkkkk mata tengok. Nak pejam karang takut rugi. Berpeluk tubuh kawkaw sampai keras. Minum air la apa. Gelabah tak yah cakap. Memang keras sungguh.

So bila movie dah habis ok fiuhhhhh cepat cepat nak keluar dari hall. Takmo duduk lama lama dengar muzik yang seram tu. So bila dah keluar. Hah legaaaaaa~

Lepas tu do shopping groceries terus lupa dah la pasal cerita hantu tu. Ok good tips ni. Kalau nak tengok cerita cerita hantu, better watch movie siang siang lepas tu sibukkan diri shopping atau apa apa so that lupa lah scene scene yang menakutkan tu. Amacam? Ok kan? Hahaha. 

So lepas ni boleh lah lagi nak pegi tengok cerita cerita seram cuma please lah jangan keluar muka muka buruk. I cannot tahan T____T