Crack

Haritu hujan lebat dan malam. I cepat resah kalau nak start bawa tengah hujan, unless kau dah on the way takpe. So nak keluar rumah tu nak hantar Mak Abah balik, have to lah keluar juga tengah hujan sebab nak balik rumah awal, nak tido awal esok pagi nak balik KL.

Tapi Mak minta singgah rumah makcik kejap. Call call takde berjawab anak beranak. Dah la jalan depan rumah dia tu sempit nak reverse untuk amateur driver macam I neh. Mak kata takpe, berkat sangat kereta ni memang beli untuk Mak Abah je yang banyak naik nya. 

Mau taknya, elok je beli, after 5 years Abah elok elok stabil kat rumah, dah start masuk hospital balik, boleh kata tiap-tiap bulan. So then memang berjasa sangat lah kereta ni ulang alik hospital, bawak Abah balik, bawa Mak Abah pegi klinik semua lah. So lagi pulak mak kata berkat, aminnnn..

Tapi yang kelakarnya, dalam dok berkat-berkat tu, malam tu I tak sedap hati nak pegi rumah Makcik tu, tapi tak sampai hati nak kata kat Mak sebab dulu kan dah pernah kena langgar bumper sebab nya ter-tak nak bawa  Mak keluar. 

So this time, memang tak tolak, tapi 30/70 lah nak perginya tu. Dah la tersilap selekoh, tersilap simpang, banyak betul lah tersilap malam tu sebab malam tak biasa sangat jalan tu & hujan lagi, nak marah juga apa benda tak hafal2 jalan, then Abah tanya, I nak jawab slow-slow dia tak dengar, nak menjerit kang macam kurang ajar, sudahnya gitu lah. 

Elok je sampai depan rumah dia takde orang, kitorang pun gantung je lah plastik yang nak bagi tu kat pagar then I reversed. Reverse punya reverse dengan kepala tengah tak betul, malam gelap dan hujan, eventhough dah bunyi sensor tapi I rasa macam boleh lagi pegi sekali nak pusing tu kena pili bomba. Apa lagi sedap lah bunyi dia.

Berhenti kat R&R nak ke toilet, check takde apa, pastu balik rumah suluh punya suluh, cover lampu cracked & pecah.

Beria sedapkan hati okay. Hhahahaha. Its okay, setakat cover lampu tak payah nak merempan sangatlah. Allah uji takat tu sebab dia tahu takat tu je I boleh hadapnya. Nak banding dengan ada extended family sorang ni, gaji berbelas ribu, tapi Allah uji dia macam-macam lah, salah satunya I perasan dia kerap juga lah ter accidentnya start dari pakai kereta kecik sampai lah kereta besar. Tapi dia mampu ada duit boleh repair & so on, so ya.

So, setakat kereta kau yang cover lampu pecah tu toksah nak merempan sangat. Terima je ok? 


No comments: