[Review] - Ninjavan Malaysia

Pernah dengar tentang courier service/delivery nama Ninjavan?
Haha, me first time kot. 
Masa beli barang dekat Lazada.
Biasa kan Pos Laju, Skynet, GDex, Ta-Q-Bin kan? Biasa lah nampak van van diorang tu.
Ni Ninja? Mende neh?
Nampak delivery services tu?

Tengok website comel je logo dia. 

Comel benor 


Kesahnya, I order barang dari Lazada ahad malam tapi menghampiri Isnin jam 12.00am++ macam tu.
Lepas tu kau Isnin & Selasa dah nak meroyan barang tak sampai hahahhaa.
Takde lah, kalau macam kita order barang online seller kan, kalau macam Isnin tu kita bayar pagi, kalau dia pos before 1pm hari yang sama, selalunya 98% I akan dapat barang the next day. Gituuuu~
Tapi kesahnya sekarang Lazada stock banyak gila okay takde nak melayan karenah kau sorang.
Nak kena verifiy dulu etc etc.

So back to Ninjavan ni.
Bila nya Lazada dah update Isnin malam tu kata "Your item(s) has been shipped with our logistic partner" haruslah mak tasabarrrr kan. So selasa tu keep refresh website dia, pukul 11am baru barang nya ada. 
Kan rabu public holidayyyyy, so haruslah gelabah.
1) Macam kan tak penyabar sangat nak tunggu hari Khamis
2) Letak nickname je, acana kalau dia nak nama dalam IC macam kes pendrive haritu?
3) Handphone kan hilang, acana kalau dia call?

Oh Ohhhh I dah panic.
Terus lah buka website dia dan contact by call tak jawab, hantar general customer support.
Apa yang bestnya, support team diorang reply email kita within half an hour! Wowww!
Biasa kan kalau service2 ni jenuh sikit lahhhhh.
Support team diorang memang best! Melayan je soalan soalan I lepas tu diorang tolong update kan alternate number.
Lepas tu I tak puas hati lagi ni. Dasarrrrr~
Hantar lagi kat website dia nak mintak juga hantar barang tu hari tu juga sebab dalam kepala I alah barang dah ada kat office dia then office dia Subang je, bukan jauh punnnn.

Pun diorang reply dengan sabarnya, mintak maaf tak boleh hantar hari yang sama, kena tunggu Khamis sebab esoknya Rabu public holiday. 
Kau neh, paham tak procedure tu apa maknanya? 

Koser lah nak melayan kau sorang ok.
So I pun pasrah dan menyerah lols!
Tunggu lah Khamis.


Tiba tiba Khamis pagi, around 11am macam tu, Ninja datang hantar barang. 
Weeehooo!!
Happy gila mak.
Tapi kau jangan blur blur pulak macam mak ni, excited punya pasal lupa  nak bayar hahahah.
Bayar dulu, kau kan buat COD. Ha bayar baru ambik barang.
Ok dah dapat, puas hati!
Haruslah pergi email lagi, hantar kata-kata puji-pujian sikit sebab bagi good service kan.

Masa ni dah gumbira dah barang dah transit

Yang ini tak perasan dia update around 10am lah kot?

Lepas dah terima barang dia update terus.
Retrieve proof of delivery  tu gambar tandatangan yang kita sign kat electronic device masa receive barang tu


SO, APA YANG BESTNYA DENGAN NINJAVAN NI?
1) Support team pantas & sabar reply email
2) Support team sangat membantu
3) Janji ditepati. Kata nak hantar hari Khamis, ok Khamis I dapat
4) Icon comel! Lol.
5) Process delivery yang mudah. Takde fill up apa apa, bagi nombor IC & sign kat electronic device
6) Tracking proses update each process
7) Packaging yang kemas

Okay, so to Ninjas, selamat maju jaya. 
Semoga setanding DHL on fine day!

Ikhlas dari hati, 
Satisfied customer.


No comments: