Waktu Operasi Boat Noodle Sehingga Jam 1 Pagi

Sabtu lepas, Me, Pu3 & YM Dato' dinner di Boat Noodle. Before that, Avengers time dekat Paradigm Mall  tapi tak sempat tengok habis sebab salah timing. Ikutkan masa booking dia kata start 6:10pm, 1jam40minit means around 8pm lah habiskan. Tapi dah pukul 8pm tu masih tak habis. 8:10pm pun macam lama lagi nak habis, tak boleh jadi ni. Bergegas lah I keluar nak maghrib. Isyak kan awal jam 8:30pm. Tak apa lah, nanti nanti ada kat Astro boleh layan ending dia. Lagipun i banyak kali terkejut terkejut sebab action dia berdentam dentum. Haha. Hey tapi hero baru dia yang botak warna merah tu handsome & power okay! Macam well-you-know-who-you-are. Dah la kemmain masing masing baju melekat padat tayang body. Malu Ai Tawwww. Kokokoh. Tapi tu lah tak dan nak tengok habis.

So jam 9pm pergi lah ke Empire Damansara. Alhamdulillah berjaya sampai & tak sesat. Hahahah. Actually I tak berapa nak ingat the place sebab tak cam sangat. Pernah lah lalu tapi tak masuk kepala. Tanya housemates & google pun tak banyak membantu. Setakat Menara Hasil tu pernah lah pergi buat stamping.

Punya lah dari Paradigm tu tak henti henti dok Rabbi Yassir Wa La Tu'Assir mintak dipermudahkan dan tak sesat barat mencari kawasan tu, mudahkan dapat parking, mudahkan dapat tempat duduk & mudahkan semua lah. Sebab hari dah malam, masing masing lapar. Jadi nak segala nya lancar lah. Doa banyak banyak & yakin! And, guess what? Alhamdulillah mudah! Tak terbabas babas cari jalan walaupun hampir tersasar nak masuk Mutiara Damansara (Sorry Dato'). Then siap google  contact number & call tapi tak berjawab. Entah ya atau tidak number nya tu. Hahaha.


So back to the noodle story, akhirnya mudah cari tempat tu tak jammed dan like alhamdulillah mudahlah cerita dia.
Trademark : Mangkuk Botingkek tingkek

So, lokasi Boat Noodle cawangan Empire Damansara ni, dia berada dekat Damansara Perdana. Tahukan Menara Hasil, Menara Bata & Menara Mustapha Kamal (MK) dekat PJ Trade Center Dekat dekat One Utama, dekat dekat Tol LDP? So bila naik bukit nak masuk ke Damansara Persana tu ada traffic light. Sila ambil arah kanan. Dari traffic light tu pun dah boleh toleh belah kanan dan nampak signboard Empire Damansara. Bangunan warna hitam, ala ala english classic macam tu. Dia bersebelahan dengan 7E dan juga Texas Chicken. So bole ke depan sikit dan u-turn untuk parking. Easy peasy. Yang tak pernah datang macam kami pun senang cari dan tak sesat.

So lepas dah park, as been told by bloggers & cousins, memang kena tunggu giliran sebab orang ramai sangat dan kedai kecil. So okay, get our number & tunggu. Boleh tahan dekat 15minit++ juga lah. So lepak depan kedai & duduk dekat bangku depan 7E. Nak duduk dekat depan kedai tu macam gerimis. Takut demam pulak nanti.

Sabarlah menanti



Then yang bagusnya crew kedai tu dia akan panggil nama & nombor giliran sambil merayau2 depan kedai tu mencari tuan punya nombor. Cuak juga bila masa nak ambil number tu dia kata kalau tak dengar nasib lah. Eh jangan buat pasal. Semorang lapar ni hahaha.

So dapat tempat.

Dan yeah baru perasan yang on Saturday night, operation hours dia sampai pukul 1pagi. Hoyeah!! Mak suka! Terus makan slow2 hahaha.

Seronok tak? Only Empire Damansara branch saja ya. Jangan ingat semua pulak. Nanti pergi pergi tutup, blame i pulak. Tak elok okay? But Im not sure lah is it only on last weekend or every weekend. Er? Feel free to contact them at their official FB https://www.facebook.com/meesampan. Before this I pernah text them at thier FB Messager , dia kata on Friday & Saturday night closed at 10:30pm. Tak sangka pula last weekend datang, pukul 1 pagi dia nak tutup.  Alhamdulillah, rezeki namanya.


First timer, newbie. Tak reti weh nak order. Dan confuse kenapa menu yang sama ada dua? Rupanya beza dia pada soup. Mana lah nak perasan even though dekat belakang menu book ada tulis beza jenis soup dia. Dah la meja kami takde Newbie Guide book sobss. So pilih la berserta makanan beserta minuman.
Perbezaan soup. Kalau tak faham jangan malu malu nak panggil crew dia. Nanti diorang terangkan

Nah buat pedoman. Senarai makanan & minuman. Apa ni banyak out of stock amboi!
Did you notice "Bangkok Ommelette With  Sood Yot Sauce Rice" ? Kakakakakkah apa benda lah tu.
Actually nak bagi you try Kra-Pow Chicken Rice. Orang kata sedap tapi sebab dah rambang sangat so terlupa dah. Focus on noodle je ha

Cecara nak order dia senang saja. Pilih foods & drinks, write down dekat atas kertas ni, panggil crew dia dan pass.

Ini area buat air dan juga cashier di belah tepi/depan

First round.


Ya Allah green tea dia sumpah sedap! Jatuh cinta! For me yang bukan peminum green tea ni. Dia creamy2 macam mana entah. Tak apa, nanti kalau teringin boleh kirim dengan housemate yang kerja area situ hihi.*Tak sempat dah snap. Utamakan perut lols*

Mee dia sedap! Unik! But hey! Tipu sangat okay siapa yang kata sesuap dua je mee dia tu. I makan tiga empat suap juga nak habiskan semangkuk tu. Pu3 & YM Dato' too. Atau kami makan secara bersopan? Lolz.

So sebab dia makanan berkuah, tambah minum air lagi, makan menjadikan kami cepat kenyang. Me lah. Sengkak perut tapi sebab green tea dia obviously sedap, ah irresistable. Sedut jangan tak sedut kak!

Jadi, total of bowls yang kami makan adalah 10bowls sahaja untuk 3 orang. Hahaha tak rekod langsung. Macam manalah yang makan sampai 5 6 mangkuk sorang tu? I cannot brain. Lapar teruk eh? Then kami order beef meatball & yum kangkung. I kurang sket sebab dah kenyang & kangkung tu bergoreng dia berminyak & lawan pulak dengan ais dia jadi tak boleh masuk sangat, jadi YM Dato' tolong habiskan. 
Thai Popeye's Tempura a.k.a Yum Kangkung
Ada orang dah add into his favey food eh? Hihi

I order juga kuih yang femes ala ala tepung pelita tu sampai 2x repeat reminder sampai ke sudahhh tak kunjung tiba. Sedeeeyyhhh. Nasib dalam resit dia tak kira. Ke sebenarnya memang i berhalusinasi? Like aku rasa aku tulis tapi sebenarnya tak. Dalam kepala je order. Hahahahahha okay tak kelakar.

So total adalah RM65.05 untuk 10 bowls of noodle, yum kangkung, beef meatball, air kelapa, green tea dua. Termasuk service charge RM2.94 & tak lupa cukai GST RM3.69. Goverment, hey! Sila lah berterima kasih dekat kami sebab tolong up kan lagi kutipan GST nak cecah juta juta ni. No, bukan kami yang kena berterima kasih dekat kerajaan tapi kerajaan lah patut berterima kasih dekat kami sebab dah menyumbang berjuta-juta untuk negara tak sampai sebulan, no? Okay no politics here. Hahahahahaakugerammm.Tet!

So finally, balik dengan kekenyangan yang amat atas rezeki hari itu dan payah nak lelap sebab kenyang overdose. Hahahah. Kenyang air. Green Tea Creamy oh Green Tea Creamy, Come, Come To Mommy *ryhme jugak spell macam ni hahahah*

Alhamdulillah syukur.

Next place? Hihi.

N.


No comments: