Berakhirnya Cinta Sejati


18022014 Selasa, 08:28Pagi

Arwah Tokbah menghembuskan nafas terakhir kat rumah sendiri.

Pagi tu, mummy whatsapp video arwah around 2-3pagi. Sesak. Nafasnya kuat. 8:30pagi, nampak notification tapi tak peduli, tak baca, pegi ofis. Sampai ofis belum sempat duduk Fara called. First thing first "Katne? Dah tau ke?"Terus teringat arwah. Something bad happened.

Balik. Kemas kemas. Call Ayong Tak berjawab dekat sejam. Kecoh. Last last dapat. Datang pulak tebiat dia nak charge hp dalam kelas. Jauh pulak plug nya. Lepas satu satu hal, pukul 11 baru bertolak. Singgah isi minyak, drive thru lagi, pegi LRT Gombak ambik Ayong. Pukul 12 ngam ngam gerak dari Gombak. Half jalan cousins kata dah bawak ke kubur untuk tanam before zuhur. Menggelabah kitorang. Tak sempat! Speed up to 160km/j. Memang gila. Sampai sampai orang dah siap baca talkin. Yang bukan family pun dah nak beransur balik. Sedekahkan Alfatihah, jiruskan air mawar, balik kemas rumah untuk tahlil dan yasin malam. Esok pagi ziarah lagi kemudian balik KL.


Kami gelarkan cinta sejati kerana lepas arwah wan meninggal, arwah tokbah memang tak berdaya. Lemah...makin lemah..terus lemah...akhirnya genap enam bulan lepas arwah wan pergi, arwah tokbah menyusul. Usia perkahwinan yang menginjak 62 tahun menjelang 19 Mei 2014.

Berakhirlah sudah kisah cinta sejati Pakwe Kasim & Makwe Jarah. 



Bersemadilah dengan tenang wahai sayang...


Alfatihah buat kedua nya. Semoga mereka ditempatkan di kalangan-kalangan hamba hambaNya yang soleh dan beriman. Amin Ya Rabb...

Sama cantik sama padan

 Cucu cicit Kasrah, Seandainya korang tak pernah sempat dan tak ingat macam mana rupa arwah moyang, ini dia. Ma De tinggalkan untuk kalian. 


No comments: