Tahun Baru 2014 - Iris House Resort, Cameron Highlands

Kahkahkahkahkahkah.

Ok cukup.

Dah masuk Februari baru nak tahun baru bagai. Jadi la dari takde ye dak?



So, new year haritu di Cameron Highlands. Damai sekejap. Dentam dentum mercun pun takde. By 12am++ dah lalaland. Bagus.

Ikutkan tak mahu cuti, tapi kaklong ajak tengok rumah sebab katanya penyewa before complaint kotor n so on, so ikutlah. Sampai sampai takde ape yang pelik yang kotor pun. Hairan eh. So dari Temerloh-Bentong-Cameron ikut jalan Felda Sg. Koyan semua tu dalam 4-5 jam jugak lah. Gerak pukul dua lebih macam tu & sampai dekat dekat pukul 7. Itu pun sebab nyinggah beli sayur nak masak dinner. Tapi okay lah than Tapah tak berlengkar jalan cuma few la lagi 20mins nak sampai tu jalan dah macam luar & adam muntah. Mula mula dia dah lain macam.. "nak baring kat ummi" tak lama lepas tu habis segala isi perut. Dengan mak mak dia sekali kena. Nasib lah anak kan. Redho kay. Hahahaha. Nasib jugak lah parking dekat dengan lift & tak lalu lobby nak ambik kunci. Keluar keluar lift pulak terus masuk rumah kat tepi. Settle.

Lepas sil mandi,  masak dinner. Simple dish yet delishhh. Ikan sardin, ikan masin, telor dadar, sayur fresh

Settle dinner keluar pegi Pasar Malam. Tapi sebab pegi dah pukul 9 lebih, tambah lagi weekdays, so dia nak tutup dah. Capai je lah apa yang sempat.
Cino. Payah nau nak suh senyum. Mahai!

Dah lah Adam buat drama kat sini. Beli Spiderman sweater untuk tiga orang tu, ada hoodie. Sekali dia ingat hoodie tu macam mask baju ultraman dia agaknya. Tarik tarik tak tutup muka. Apa nak kata, meraung bagai nak rak. Hilang mood semorang. Naseb la PakTeh pujuk apa entah.

Kiri : Happy la dapat topi efen.
Kanan: Heh lepas dah tantrum menjerit menangis mengamuk macam hape, diam dah.


Superman pun ada. Ehem! Nice one. Kain sedap. Tapi untuk budak je la eheh.
Lepas tu pegi kedai runcit beli beras (macam balik kampung je kekdahnya hahahhaha). Hey, caramel pop corn dia sedap kay. Kalau pegi Cameron sila beli. Lepas tu tak nak balik masing masing, pegi minum kat Steamboat & Snack Corner. Ada steamboat tapi masing masing kenyang, so tak payah. Minum je. Lepas tu balik sembang sembang melayan budak budak, tido. As simple as that.

Elok dah tiga orang spiders ni.


Besoknya, lepas subuh...Ya Tuhankuuuuuuuu sejuk menggigil gigil! Pukul 6:30am bukak sliding door balcony perggghhhhh nak terkencing dia punya sejuk. Campo angin lagi. Clear nampak awan kena bawak dek angin.



Yang best, masak nasik nak buat nasik goreng, nak sejukkan nasik tu selamba letak periuk dekat balkoni. Anak anak tak bangun lagi so memang selamat lah dok kat balkoni nasik tu hahahhahaha.

See?


Lepas dah semua makan mandi, kitorang keluar. Menggelitis masing masing nak pegi amik gambar depan Smoke House . Jalan jalan lah kami sementara nak tunggu big boss settle hal dia.

Rombongan Cek Kiah

I just love this pic so much! Sebab ada macam macam cerita dalam satu gambar. Hahahha yang belakang tu satu hal. Otromen satu hal. Macam macam la anak

Meraung! 
Sebab? Hahahhahahah Ancik terjatuh kan Angry Bird Bubble dia. Lepas tu dah la jatuh kat celah celah jambatan tu, Patah pulak kepala Angry Bird. Mana tau kecewa kawan tu? Hahhahahaha. Ancik biasa la dia "Entah. Mana Abang tau!" Gggggrrrr



Lepas tu ke favourite place, Big Red Farm Strawberry. Strawberry Cheese Cake sama Fresh Strawberry Juice dia walllaaaaweyhhh. Nikmat dunia.
Haih Iman Adam, hensem tapi penggayat! Tak lepas turun, nanges. Deeeeyyy!


My three little darling yummy strawberries

Nak balik dah. Pakteh layan main bubble. Suka sangatttttt
So begitulah permulaan tahun baru 2014. Semoga membawa lebih keceriaan dan kebahagian. Not only me, but family, friends, sayang(s)-youknowwhoyouare-and all of you.

Ohya, sesiapa yang nak sewa apartment untuk holiday di Cameron 3 bilik, bilik air sorang satu, ada astro, ada wifi, boleh memasak etc, sila ke http://irishouseresortcameronhighland.blogspot.com/ 

Thank you :)


No comments: