Tarikh : 30 November 2013
Tempat : Rumah Atok.
Calon : Amir Hakim (10yrs), Addin (10yrs), ArRizq (9yrs), AzZiqr (8yrs).
So, hari tu hujan dari pagi. Pukul 8 lebih aku dah sampai rumah TokBah. Calon calon riang gembira. Kena sembur air dan sebagainya.
Lenjun! |
Lepas tu, lap kering kering bawak naik rumah. M/A datang. Alat alat pun dah ready.
Seram? |
Tengah-tengah rumah. |
First, Hakim. Ceria sungguh muka. Mama Abah dia dah ready nak pegang. Kami semua kat dapur, intai dari jauh. Seriau okey.
Mama Abah dia dah ready pegang tangan semua.
Sekali, warggggghhhhhhh sakiiitttttttt!!!!! sakit bahhhhhhh!!!!
Hoiiiii dia punya menjerit! Dengar sampai ke jalan besar. Kuat gila! Seram kitorang. Yang lagi 3 orang tu tak payah cakap la terkejut & cuak nye."Nak jadi perempuan lah tak payah sunat!" -AzZiqr. Hahahahaha.
Lepas dah menjerit kaw kaw tu sementara ubat bius nak jalan tu, then ok. Diam. Siap main game kat handphone sementara nak kena sunat. Masa jahit pun senyap. Hahahaha. Lepas tu dok atas tilam main PS T____T
Second, patutnya Addin. Tapi, sebab dia dah cuak ketar gilaaaaaa dengar Hakim menjerit bagai nak rak, tukar turn dengan ArRizq.
Cewah, ArRizq pun steady je naik atas meja.
"Subhanallah subhanallah subhanallahhhhhh" ok goodboy! Tak nangis kena cucuk.
Then,
"Ingat tawaran lumayan! Ingat tawaran lumayan!" LOL!!!!
"Ayish, apa tawaran lumayan tu?" kitorang tanya
"Nek Ma kata kalau tak jerit, tak nangis, nanti Nek Ma kasi Lego" Hahahhahahahah lorhhhh dasar pen-lego!
Ok cool.
Sekali masa nak jahit, dia ngilu agaknya kena angin. Apa lagi....menangis!
Dengan haku haku terlibat pi tenangkan dia.
Cuak jugak kot ubat bius tak jalan. Tapi M/A kata okay. Then okay lah even dia meleleh air mata.
Third. Addin!
Hahahahah yang ini paling win!
Dia dah dengar Hakim menjerit meraung, dah dengar ArRizq menangis apa lagi, dah la dia jenis lemah semangat. ArRizq belum sudah lagi dia dah meleleh air mata. Menangis nangis tak mahu. Jenuh gila la nak pujuk.
Naik meja, turun. Naik. Turun. Tak tau berapa puluh kali. Orang nak letak ubat pun dok kejap, kejap. Tak tahu nak kira dah. NekMa, Atok, Ummi Babah dia pujuk habis tak jalan.
Dia punya drama, propa memang win gila!
Habis memory card semorang dok record dia sorang. Kaakakakakah!
"AdDin!!! Tak sakit. Nak cuci je ni!"
M/A baru letak ubat dah menjerit. M/A baru letak pengepit dah meraung.
"Sakit?" M/A tanya.
"Sakiiittttttttt!!!!!"
M/A lepas pengepit.
"Sakit?"
"Sakitttttttt!!!"
Lol!
Kau nampak sangat propa. Dah lepas pun sakit lagi? Bhahahahahahha
"Doktorrrrr!!! Taknakkk!!!Jangan guntingggg!!!!"
"Takkkkk tak gunting. Ni gunting semua PakNgah pegang ni. Doktor cuci je" abang aku amik sebeban gunting tunjuk ke dia. Bhahahahahahah
"Betul ni tak gunting?"
"Iyaaaaa tak gunting! Doktor cuci je"
Dan dia percaya. Bhahahahahhahaha!!!
"Ikut Ummi kira 1 sampai 60. Tahan sakit tu. Kejap je" Mak dia kata
"Satuuuuuu Duaaaaa Aaaarggghhhhh Sakitttt!!" Lol! Tak dan sampai tiga.
"Istighfar Addin. Mengucap!"
"Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah selamatkan lah aku Ya Allah. Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!
Warghahahhahah pitching last sekali naik meninggi! Sakit perut kitorang gelak. Habis keliling meja semorang. Aku tak tau la M/A tu camana rupa tergelak ke stress ke ape tah tau lah.
"Heyyyyy jangan gigit! Sapa gigit kaki ni! Pakcu gigit!!!!!" LOLOLOLOLL!!! Dia punya ngilu abis kaki kaki rasa sengal! Dah tu tuduh orang gigit kaki dia. Takde keje! Kahkakahkah. Padahal PakCu Jat dia relax je duduk kat kepala dia tengah record ke apetah. Hahahah. Kami punya gelak kalah Maharaja Lawak Mega.
Dekat sejam ade dia sorang. Dasyat sungguh anak buah sorang ni. Hadoi!!!
Last sekali, AzZiqr.
Ini paling senang dan kuat semangat. Senyap! Dari mula sampai sudah. Cuma ade la sikit sikit mengerang pedih. M/A sampai letak jari kat hidung cek okay ke tidak budak ni. Hahhahah.
Overall, AdDin paling win! Paling havoc! Paling kecoh! Serious!
Relax main PS. ArRiqz masih mood sakit. |
Tee hee hee. Lama tak tengok memori kain gantung gini. Last two years kezen pakai clamp. So relax je lah takde begini. |
Iman Adam menganga nganga tengok. Tunggu lah nanti turn dia pulak dengan Syahmie & Rifqi. Hihi.
Hadoi, pecah perut.
Dah boleh jadi dewasa dah okay adik & anak anak buahku~
1 comment:
Ni mmg ruih sekampung ni. Haha
Post a Comment