Ada sesiapa anak anak atau anak buah atau adik atau sendiri yang nak kena buat projek seni color rice? sand color? Meh nak ajar. Buat sendiri.
Actually ini untuk D punya project seni untuk exam. Dah macam kan susah sangat nak mencari orang jual bendalah ni. Meh kita buat sendiri.
Bahan:
Beras
Pewarna (water or oil based)
Cuka - nak bagi color lagi vibrant & tahan lama.
Cara:
Satu sudu besar cuka makan. Letak dalam bekas, titikkan pewarna suka hati nak banyak mana. Kalau kata merah nak terang, titikan banyak sikit. Kalau nak jadikan dia pink, campur air sikiiiittt je dan kaler merah tu sikit. Lepas tu masukkan beras gaul sebati. Serakkan atas kertas biar kering. Dalam sejam dua jam kering dah ni. Tapi nak lagi elok semalam pun dah ok. Then, cara aku nak senang bubuh dalam plastik nnt kalau nak curah dalam jar, just potong kecik je hujung tu dan tuang.
Kuning dengan orange shared satu color actually. Untuk kuning, jangan bubuh warna banyak sangat. Untuk orange, lebihkan pekat sikit. |
Nice gila kan?
So boleh la bubuh dalam botol macam gini. Niceeeee! Sila cuba. Comfirm dapat A+++ hihi :) |
No comments:
Post a Comment