Shopping groceries dekat NSK Trade City ternyata lebih murah dari pasaraya Tesco. Ruang dia pun luas dan agak selesa lah. Bila masuk bahagian basah, daging ikan, sayur sayuran banyak gila choice! Ikan segar segar mata bebesar bulat cerah, daging ayam dah siap siap potong. Kau pilih je nak sekor, nak part isi saja, part tulang, part kaki, part peha, kepak? Pilih je laaaahhhhh.
Sayur dan barang barang kering pun banyak pilihan.
NSK adalah best untuk shopping barang barang dapur pasal walaupun ada jugak lah kedai kedai macam jual baju ke ape tapi tak berapa menarik perhatian. Jadi, duit akan terselamat dari spend dekat benda benda mengarut.
Tak macam tesco, elok elok nak beli garam gula beras sayur ikan, terbawak balik sekali patung mainan, seluar baju dan macam macam lagi lah. Kan? Dekat sini Cuma fokus barang makan sahaja. Walaupun terpengaruh terbeli botol air Nestea.
RM11 (kot) tak ingat dapatlah sebotol bekas ni dengan tiga paket nestea ni ha. Dia kata boleh gocang dengan air sejuk je. Jadi, balik basuh bekas tu terus la bubuh air, campur sepeket, goncang sepuas hati. Tu yang sampai berbuih tu. Tangan kecik tu pun sibuk lah nak minum jugakkkkk. Sedap memang sedap. Kandungan gula dia pun sedap la kan nak melepak dalam badan. Tapi sedap lah! Tak rugi beli.
Oh ye, jangan la tanya aku NSK tu ape pasal memang nama dia NSK dan tak tahulah NSK tu nama penuh dia apa. Dia tulis NSK Trade City. Yang kitorang pegi ni cawangan Selayang.
Oh ye, jangan la tanya aku NSK tu ape pasal memang nama dia NSK dan tak tahulah NSK tu nama penuh dia apa. Dia tulis NSK Trade City. Yang kitorang pegi ni cawangan Selayang.
No comments:
Post a Comment