Dekat rumah sekarang ni semua orang nak berpenyakit. Demam, sakit perut, kembung, demam. Nasib lah aku dah makin sihat dan kuat. Dari emak aku, membawak kepada abang dan anak anak buah aku.
Budak kecik kalau demam setau aku memang tak elok kasi ubat. Jangan dok biasakan. Jadi, macam mana nak hilangkan panas diorang tu?
Ni petua mak aku kasi lah. Bangun pagi pagi dalam pukul 7 pagi macam tu terus mandi. mandi air sejuk ok. Kalau air panas lagi ke demam aku rasa. Nak nak kalau yang stok kampung kampung macam aku ni boleh la cebok air kolah tu. kolah simen tu memang hilang akal mandi pagi pagi. Sejuk dia dah macam duduk dekat antartika. ecewah bercakap macam pernah pegi sana. Hahahah. tapi sumpah sejuk menyucuk tulang ok. tapi, bila dah basuh kepala tak rasa apa kot.
Mandi pulak jangan lah terus cebok kepala. jirus dulu kaki naik slow slow kat badan baru la badan kau orang tak terkejut. dan kalau tak salah aku nabi pun ajar cara mandi macam ni kan. betulkan kalau salah ye :)
Mak aku punya gigih angkut anak buah aku dua dua tu masuk bilik air jirus pagi pagi buta. Dia orang punya menangis meraung jangan cakap la. boleh terkeluar anak tekak isi perut bagai kot. dengar sampai selang 4 5 buah gamaknya pagi pagi buta tu. Mak aku kata bila dah jirus air tu boleh rasa wap panas tu keluar. Eh bila dah segar macam tu telan ubat komfem tido lama dia orang tu.
Lepas tu nanti malam, lepas pukul 7 malam macam tu mandi lagi sekali. kaedah yang sama mandi air sejuk. InsyaAllah, dua hari macam tu baik lah. Hilang la panas. Tak payah makan ubat beria ia. Cuma kalau dah pegi jumpa doctor n doctor kasi antibiotik telan je lah.
Tapi aku rasa macam susah nak apply memandangkan rumah kau orang sekarang masing masing ada air panas canggih canggih kan? Kehkehkeh.
Ini salah satu cara nak mengubat lah. Cuba lah mana tau serasi. Kalau tak kebah jugak, sila la jumpa doktor ye :)
7 comments:
kat hostel mandi kat shower room pukul 1 tengah hari
huhuhh
kolah sgt
@Anisa Hang Tuahhahahahah hostel tu 1 tengahari pun rasa macam 7 pagi kannnn.
wah fes time dengar, haha
sungguh benar petua ni..
kak rai kalau affan tak demam pun memang pagi-pagi lagi dah bagi dia mandi..
mandi ayaq sejuk!
dari dia baby lagi
tu pasai dia jarang demam..
orang laen sampai anak umoq 3 tahun duk bagi mandi ayaq hangat..tu yang tak sehat tuh!
@melle.lepas ni tau dah kan boleh praktis kalau demam :)
@LadyRyebiasa la.takut anak sejuk mandi pagi pagi. hahaha padahal tu la yang fresh kan. ha tau dah esok beranak mandi air sejuk je baby.
oh! baru tau.. selalu kalau demam, mak bagi mandi air suam.. hoho
Post a Comment