Sagat Tembok

Hahaha. 
Macam tu lah, nak boleh ke cekap. Macam macam lah dilanggar, disagatnya.

Terbaru, ambil cuti hari selasa haritu, saja je lah. Tiba tiba Abah ajak pegi somewhere near Jerantut untuk berubat kampung. I macam biasalah, tempat tak pernah pegi, harus cuak lebih. So pergi dengan redha gila ni sebab call call orang yang ada contact pakcik tu tak berjawab jawab. 

So pergi dengan Abah, Mak & Mek, jiran depan rumah.

Sampai je kampung tu, ok lah singgah kat sekolah kebetulan budak2 baru balik so ada lah parents yang ambik. So I stop lah kejap, mak keluar tanya parents kat situ rumah pakcik tu. Ok then bila dah tahu, I pun nak gerak lah.

Sumpah serious tak perasan & tak nampak langsung tembok kat tepi bustop tu. Sekali bila langgar bunyi dia jangan cerita lah terseret tersagat nya macam mana. I dah blank & blur. Tapi I malas nak turun, lantak lah nak jadi apa I tak nak tengok. Nanti moody. Hahahha. Sekali budak-budak sekolah tu pun dah tunjuk tunjuk kat depan kereta like adalah kot benda yang teruk tu. 

Then pergi lah rumah pakcik tu, salah jalan pulaaakkkk boleh termasuk jalan mati. Nak reverse tu Ya Tuhan hazab sangat rasa sebab I memang failed gila. Orang memang takde nak mintak tolong reverse. Jenuhhhhhhhh.

Then masa tu turun tengok yang tersagat tu, eh takde apa pun?? Yang bebudak tu tunjuk haritu yang calar tersagat awal tahun aritu. Sekali mak tengok betul betul dia kata skirting renggang. Uhhhhhh. Takpelah, boleh betulkan je tu. I raba bawah skirting tu memang habissss tapi tak nampak lah sebab kat bawah kan. So I okay je

Balik singgah workshop tutup pulak. Nanti weekend ni balik rumah Abang mintak dia betulkan.


Crack

Haritu hujan lebat dan malam. I cepat resah kalau nak start bawa tengah hujan, unless kau dah on the way takpe. So nak keluar rumah tu nak hantar Mak Abah balik, have to lah keluar juga tengah hujan sebab nak balik rumah awal, nak tido awal esok pagi nak balik KL.

Tapi Mak minta singgah rumah makcik kejap. Call call takde berjawab anak beranak. Dah la jalan depan rumah dia tu sempit nak reverse untuk amateur driver macam I neh. Mak kata takpe, berkat sangat kereta ni memang beli untuk Mak Abah je yang banyak naik nya. 

Mau taknya, elok je beli, after 5 years Abah elok elok stabil kat rumah, dah start masuk hospital balik, boleh kata tiap-tiap bulan. So then memang berjasa sangat lah kereta ni ulang alik hospital, bawak Abah balik, bawa Mak Abah pegi klinik semua lah. So lagi pulak mak kata berkat, aminnnn..

Tapi yang kelakarnya, dalam dok berkat-berkat tu, malam tu I tak sedap hati nak pegi rumah Makcik tu, tapi tak sampai hati nak kata kat Mak sebab dulu kan dah pernah kena langgar bumper sebab nya ter-tak nak bawa  Mak keluar. 

So this time, memang tak tolak, tapi 30/70 lah nak perginya tu. Dah la tersilap selekoh, tersilap simpang, banyak betul lah tersilap malam tu sebab malam tak biasa sangat jalan tu & hujan lagi, nak marah juga apa benda tak hafal2 jalan, then Abah tanya, I nak jawab slow-slow dia tak dengar, nak menjerit kang macam kurang ajar, sudahnya gitu lah. 

Elok je sampai depan rumah dia takde orang, kitorang pun gantung je lah plastik yang nak bagi tu kat pagar then I reversed. Reverse punya reverse dengan kepala tengah tak betul, malam gelap dan hujan, eventhough dah bunyi sensor tapi I rasa macam boleh lagi pegi sekali nak pusing tu kena pili bomba. Apa lagi sedap lah bunyi dia.

Berhenti kat R&R nak ke toilet, check takde apa, pastu balik rumah suluh punya suluh, cover lampu cracked & pecah.

Beria sedapkan hati okay. Hhahahaha. Its okay, setakat cover lampu tak payah nak merempan sangatlah. Allah uji takat tu sebab dia tahu takat tu je I boleh hadapnya. Nak banding dengan ada extended family sorang ni, gaji berbelas ribu, tapi Allah uji dia macam-macam lah, salah satunya I perasan dia kerap juga lah ter accidentnya start dari pakai kereta kecik sampai lah kereta besar. Tapi dia mampu ada duit boleh repair & so on, so ya.

So, setakat kereta kau yang cover lampu pecah tu toksah nak merempan sangat. Terima je ok? 


Poliklinik Rajesh, Temerloh

Lanjutan daripada checkup di Klinik Kesihatan haritu, nampaknya langsung tak membantu. Bila call KK minta result sample kahak haritu, ditolak tolak pula kata kena call Doktor. Satu kerja pulak but then I thought takde apa lah kot eh? Kalau ada mesti diorang call. So cool je lah. 

Berlarutan lagi dua minggu.

Bila balik Temerloh, petang Ahad tu entah macam mana tiba-tiba terbatuk teruk pulak. Terus Mak & Kaklong paksa pergi klinik petang tu jugak. Since Kaklong dah pindah rumah, Poliklinik Rajest tu memang boleh kata depan rumah je lah sebab tu laluan masuk utama. 

Okay lah, okay lah. I pergi. 


Tapi kesian juga eh staff kat klinik ni, kalau hari Ahad tu, buka pukul 9am-1pm tutup then buka balik jam 5pm-9pm. Wah, bertabah lah kau kerja. Bukan apa, elok elok dah balik jam 1 tu, petang nak masuk balik? Lemau ok. 


Yang kelakarnya, diorang check-check kata I punya record takde. Padahal pernah je datang, er last 3 years? Hahaha. Okay lah buat record baru.

Masuk-masuk jumpa Dr. Raven tu dia check memang A++ lah, details. Lama betul mendengar nafas & apa entah lagi kat belakang badan kita guna stethoscope tu lepas tu dia kata ni batuk lama ni. Lepas tu dia suruh staff dia prepare apa entah. I kalau boleh malas nak neb. Mahal satu hal lagipun kat rumah ada kot baru je beli semalam ubatnya.

Mana tahu, dia suruh staff dia prepare ubat, makan terus kat depan dia. Oh my, first time ni jumpa doktor prepare ubat terus kena makan depan dia. No wonder lah service tip-top. Yet ramai lah comment, kata charge dia mahal. 

Ye betul, klinik ni mahal. Despite of ubat dia berkesan, service dia pun sangat bagus. 

Tapi yang tak bestnya, ubat dia boleh buat jadi lalok n shaking. Sudahlah Ahad tu I tak lunch sebab heavy breakfast pagi tu, so bila perut agak kosong doktor bagi ubat (masa tu terlupa tak makan) memang tak betul lah cerita dia. 

Esoknya tu lepas breakfast kena pegi KDN Putrajaya & Indonesia Embassy, kepala dah tak betul sampai tertinggal tinggal files. Nasib lah tak hilang. Hm.

But still, Poliklinik Rajesh is the best in Temerloh town. Cumanya, next time kalau pergi lagi, I need to demand for 2 days leave. Kepala terbengong bengong penangan ubat dia.

Till then~


Unwell

It's been two weeks. Batuk, kahak, selesema. Memang kali ni malas betul nak ke klinik. So ambil ubat pharmacy saja. 

Two weeks yang hectic gila. Abah masuk hospital, kali ni teruk dari selalu, Mak dah risau call semua suruh balik, empat hari balik kampung ulang alik hospital, balik KL kerja pejabat lagi, then hujung minggu balik lagi ada bacaan Yaasin pulak.

Isnin, ambil cuti uruskan ubat abah. Hospital reject, kena ke Klinik Kesihatan. End up, alang alang dah ke klinik kerajaan terus lah jumpa doktor minta ubat sekali. 

Bila doktor tahu dah 2 minggu tak elok batuk, dia suruh bagi sample kahak untuk check kalau-kalau ada jangkitan kuman even though lungs, dada semua clear. 
Tiga papan guys antibiotik nak kena habiskan 


Dah la sebelum masuk jumpa doktor tu dah selambak kahak keluar sebab batuk.  Lepas tu nak menunggu ada kahak balik seksa betul. Sikit je dapatnya. Lepas hantar ke makmal, gerak balik.

Ke Mentakab-Temerloh-Mentakab-Balik. Longgar lutut rasa dengan hujan lebatnya. 

Esok pagi nak balik KL boleh pulak terbangun lambat, kelam kabut gila. Lagi berapa meter nak sampai R&R Lanchang, terbatuk batuk nak muntah kahak tapi cemana, melelong jugak kereta jap lagi, bertahan bertahan sampai parking terus muntah.

Dah cair kahak, selsema pulak. Lets pray supaya tak demam. 

Tunggu next week for the result. Harapnya takde apa lah. 


Lady Driver : Service Axia 20000KM

6 Bulan, kena service dah Axia Halilintar tu even though mileage baru 7K++ Ikutkan tak nak service tapi nak jaga warranty & all so hantar je lah. Mula-mula dah booking kat SC Temerloh tapi Abah masuk ward pulak, balik emergency. Ngam-ngam esoknya tarikh next service. Sama kes macam haritu Abah warded juga masa first service. So pagi hari service tu call SC yang terdekat tanya ada kosong tak then dia kata boleh datang, by 10:30 pergi lah sana bertemankan Adam. 

Sampai sampai, parking, masuk dalam register, serah buku servis dan tunggu. Service Centre sini pun menarik macam Temerloh. Luas, ada kuih muih, air, buat macam rumah sendiri lah cerita dia. 

Round tengok kereta. Semua kau tahu Axia baru lah apa bagai. Makde mintak ampun la memang tak tahu apa

Silakan makan

Macam biasa, biskut perodua
Hairan, housemates 2 orang guna Perodua tiap kali pergi service tak jumpa pun dia biskut ni. Errr.

Lounge

Siap ada tabung amal. Bagus betul!

Nun di hujung sana tengah mandi


Berhalus sangat buat kerja diorang ni. Siap alas tempat kaki & sarung kusyen dengan plastik perodua tak nak bagi kotor ke apa wow! And to my surprise, lepas dah service, diorang basuh sekali siap polish tayar!!! Wowww jimat duit  nak gi basuh kereta hahahhaha. Dah tu, service centre sini Sabtu dia buka full day. Wah, lepas ni memang service kat sini je lah. Dah la kawasan lapang gila senang nak parking. Suka betul.

So dalam sejam juga lah menunggu nak siap. Takde kerja, Adam pun melayan lah main snapchat. 
Goatee tu sytle betul lah,. Besar nanti kalau macam ni handsome!
Dengan gigi besar dan jarang, sajak sangat nak kau dengan rabbit tu!

Dah setel semua, dia suruh bayar & bagi estimation price untuk next service. Gila bagus layanan diorang ni. Siap bagi business card in case apa apa whatsapp je. Wah, terbaik betul!

Estimation price & parts to check/change by 20K mileage 

10K service done!

Total kena  bayar  +/- RM150

Next service, bulan 9 nanti. Itu lah  nak service, itu lah nak bayar roadtax insurance bagai. Serammmm, kumpul lah duit siap-siap ya~