Bekal

Milo  + Roti Telur Hancur + Roti Nutella



Tiba tiba sekarang dah makin rajin nak bawak bekal pegi keje. Sebab pertama, jimat lah! Sebab kedua, kadang kadang nafsu makan dekat kedai membuak buak. Semua nak makan. Pastu nanti lunch keluar makan lagi. Nafsu tak leh tahan lagi. Kang kang elok elok da kurus sikit, gemuk balik. Isk! Tanak ah. Sebab ketiga, ok apa sarapan ringan ringan je macam ni. Takde nak berminyak apa bagai. Sebab ke empat, tak amik masa yang lama pun. Dan sebab kelima, motivasi untuk bangun awal sikit dari biasa. Ok lah tu lima sebab. Kau nak banyak mana lagik?

Politik Ofis

Bekerja secara Satu Malaysia memang agak mencabar. Oh bukan lagi satu malaysia, malah antarabangsa! Sedangkan sesama bangsa sendiri pun masing masing nak mencaras satu sama lain, ini kan pulak berbilang bangsa. Kalau kena yang racist, lagi lah teruk dan nampak sangat.

Kemuncaknya, my indian colleague resign. Tak tahan dengan ke-racist-an yang melanda. It was so obvious ok. Bila part aku menimbun nimbun kerja kau kasik. Tapi time dia? Lenggang kangkung. Lepas tu kata dia influence sana sini. Nonsense!!! Lepas tu semua kerja kau nak keep as P&C. P&C jadah ape entah. Aku boleh tau, that indian tak boleh pulak. Kejadahnya satu team pun nak bersorok sorok berahsia rahsia. Itu yang depan. yang cakap bahasa mereka belakang belakang entah la!

Ada pulak internet bergerak dalam ofis lagi lah parah. Depan cakap macam ni belakang cakap macam ni memang tau dia neh!!! Ah sekarang nak buat buat baik dengan aku. Eh maaf lah, aku ni sombong! Lebih lebih lagi kalau aku dah tau kejap lagi karang habis kau canang satu donia ape benda cerita kau dapat dari aku. Jadi, tumpang lalu sikit ye. Aku pulak selalu playsafe. Orang tak cari pasal dengan kita, kita tak payah hegeh hegeh nak pegi cari atau buat masalah. Simple je peraturan hidup ni. Macam tu lah. Abang abang dan bekas bekas pekerja syarikat tu pun banyak jugak brainwash aku bagi guideline itu ini jadi, cepat lah sedaaarrrr.

Hujung bulan nanti, daripada empat orang best colleagues ni, mungkin tinggal aku sorang sebab satu persatu dah nak cabut. Pekerja bersilih ganti sampai dah takde orang nak pelik. Jangan kata pekerja, manager pun sama. dah tu macam mana? Aku chill aja sebab awal awal dah kasi remind dekat bos, i work here only for temporary. At least 3 - 4 months. Pasal ada perancangan nak pindah. So as for now, aku ok je. Macam aku kata lah, takde pasal jangan gedik nak cari pasal. Buruk padah dia nanti!

Sekarang, orang suruh kerja kita kerja. Thats all. Kalau nak mintak benda tak munasabah tu tak payah nak ikut sangat. *Tiba tiba aku dah takde idea. Kbai*





Jom Bali Cafe...Jom!!!

Tadi pegi The Curve. Ingat nak karok jem plak nak masuk ada wall climb event jadah apa tah. Aku dah macam lapar gila nak period kot asik lah nak makan je keje. Masuk la Tesco jap. Tak tahan terus masuk Jom Bali Cafe sebelah KFC, depan King's. Order, makan dah walawehhhh sedap!!!!
Aku sebenarnya rambang mata. Perut lapar dan menu sungguh mengancam jadi macam lupa diri. Actually nak makan lamb chop dekat Uptown tapi masih awal. Belum bukak kot. So tibai la Lamb Chop kat sini. Not bad. Sedap!! Air Soya Gula Melaka pun sangat maveles!! Menu Air dia semua tak boleh tahan. Semua sedap sedap. Isk. Nasi Lemak  dia Ummmphhh!!! Dah la rasa santan dia tu pekat, baru harum daun pandan lagi, sambal sedap gila dan nasi banyak sungguh serta murah tak sampai rm10 pun sepinggan tu. Sampai chinese sebelah kitorang mintak add on sambal sebab tengok kitorang sampai mintak tambah padahal dia makan langsung takde kaitan dengan sambal tumis. hahahhaha.  Nasi lemak tu banyak sampai kitorang makan sorang sikit empat empat orang. Hahahaa.

Dah banyak perangai, macam ni lah!

Oh ada beg baru cute!! Silap2 lepas ni boleh buat koleksi. Ngeee~

Elok je pun surau dia...

Wah wah wah kau kak rye laju rembat entry aku. Kahkahkah.

Nih nak cerita, aku bersyukur gila lah surau dekat stesyen minyak ni selesa. Boleh tahan luas. Takde bau busuk. Tak kotor. Ada telekung kalau terdesak sangat tak bawak telekung macam aku. Hoi Big Baby, tolong bawak telekung aku esok! Ada cermin besar kau nak tacap tacap mekap mekap, ada kipas angin. Hah. cukup lah tu. Kau nak apa lagi kan?


Atas sebab sebab tertentu tak payah lah aku cakap ni stesyen minyak apa, tapi kalau kau orang familiar, tahu lah stesyen apa. Yang aku pasti, satu hari nanti sebelum berhenti kerja, aku akan pegi cari Manager stesen minyak ni aku nak ucap terima kasih banyak banyak sebab sediakan surau yang lengkap macam ni. Sumpah aku akan cari dia. Sumpah! Kalau tak jumpa, aku pesan je la kasik nota kat pekerja dia.

Tempat wudhu dia nampak macam buruk berkulat kan? Padahal tak ok! Dia jenis yang batu batu tu. Bukan simen bodo. Lagi kau tak bersyukur ke? Tak payah kau nak pegi amik wudu kat tandas ulang alik masuk tempat solat. Tak payah!  Tu ha tong sampah pun siap ada. Lantai, lantai dia marmar bhaaaiiiii. Sekali lagi, bukan simen bodo! Siap ada ayat ayat suci tergantung. Lepas tu ada hanger kain telekung lagi. Ada penyidai. Ada para kau nak letak bebedak maskara lipstik blusher eyeshadow kau bagai supaya tak susah payah bangun duduk bangun duduk nak mekap, cermin gedabak gila besar dia letak. Boleh la belek jerawat. Tu ha kalau agak nak pahala lebih, amik penyapu tu tolong lah sapu surau tu ha. Esok aku buat. Arini tak sempat. 

Lagi kau nak apa? Jarang nak dapat tempat best macam ni. Yang penting bau busuk takde! Aku nak je beli freshner letak dalam tu. Sedap jugak apa ada bau wangi wangi sikit. Tapi kang seram pulak masuk bau bau wangi ye dak?

Aku pun takde lah baik mana, tapi bila dah tua ni, kadang kadang rasa tak sedap hati tu ada bila kau tak mengadap Dia. Nak nak lagi time kau dalam keadaan yang huru hara tengah serabut kepala, susah hati, tak tenteram, neves nak hadapi benda baru dan lain lain lah. Mulut tu kemain lagi pandai sangat Ya Allah Ya Tuhan Kau bantu lah aku Hamba Mu ini dalam kesusahan dan kebuntuan Ecewahhhh...mulut tu pandai sangat bercakap, tapi takat cakap kosong nak merintih bagai tak payah derrrr. Anak sedara aku pun pandai Ya Allaahhhhh...

Sekarang kau cakap dengan aku, apa lagi alasan kau nak kasi untuk tak payah menapak lima minit untuk pergi solat??



Kot ye pun tak solat, tok sah la tunjuk sangaaatttt

Selama aku kerja ni memang tak masuk ofis. Lepak site je. Dan memang tak tau rupa bentuk ofis camana pun. Pastu a friend of mine kasitau kat ofis tu kalau nak solat kat bilik meeting je tu pun agak was was lah. So better pegi petrol station sebelah ofis je. Ok fine.

Pastu tadi bos suruh masuk ofis, then aku pegi la. Waktu lunch, lepak dengan akak akak melayu yang dari pandangan mata kasar memang baik lah. Takde lah sosial apa pun. Fun & funny. Tudung pakai so ok lah. Lepas tu, aku saja lah tanya nak solat macam mana dan kat mana. Tiba tiba one of them cakap "Ni lagi sorang tanya. Humm...tempat solat takde (maklum lah company cina) tapi kalau nak solat kat bilik meeting macam was was. Takut orang pijak apa apa entah then kotor.  Kalau nak jugak solat dekat stesyen minyak"

Aku mula mula memang sentap ah. Pasalnya, aku memang tak pernah jejak kaki kat kat ofis, jadi boleh tak kau assume yang aku tak tau langsung takde tempat solat (eventho aku tau dari mulut orang mmg takde tempat solat). Lepas tu boleh tak kau jawab je soalan aku tanpa ada perkataan yang macam menyakitkan hati?

Eeeyyyy nak je aku sound "Oh habis tu kau orang bertahun keje kat sini memang tak solat lah?"

Please lah. Kalau nak sound orang, jangan lah nampak kita ni hina dan bodoh sangat :)