Trip Ke Perak : Felda Residence Hot Spring, Sungai Klah

Lepas dah buat syarat bergambar di Kellie's Castle, then bergerak lah ke Sungkai. Dekat dekat pukul 5pm sampai. Sumpah kelam kabut gila. Sampai2 beli tiket naik tram laju laju ke toilet salin baju dan pergi solat, dengan Fia dah mengamok serupa apa lapar, dengan Amie yang bising tak nak mandi kolam. Eleh memang lah kau tak Nampak lagi. Yang kau Nampak semua pokok sawit macam balik rumah nenek je. Sekali dah tukar baju ambik, dia dulu meluru melulu masuk kolam air panas lepas tu merah habis muka then bising abang tak suka la kolam ni panas sangat. Hahahhahah. Dengan Fia Fia pun I celup. Mula mula kaki, lepas tu siram badan sikit sikit lepas tu rendam, angkat-celup badan. Then pegi bawak anak anak ke Mountain WaterPark. Barulah hiphiphoorey anak anak Syahmie lah terutama. Fia dah susu dah sedap kena air suam, otw nak ke waterpark tu boleh tido!? Hahahhah lawak betul anak dara ni.


Awal awal lagi dah bagi warning tssskkk

Location maps. Jangan sesat.

Harga Tiket. Okay lah.

Wristband. Eh ye ke panggil gitu?

Dah setel, masuk ikut sini untuk ke tram dan ke tempat mandi manda

As we can see, arah arah ke mountain springs pool/kolam air sejuk, egg boiling/tempat rebus telur/cafe, private jacuzzi, toilet, dan sebagainya tapi sebab kan kalut, reti snap je lepas tu dah lupa jalan. Hampir sesat lah cerita dia nak ke mountain pool tu

Lepas dah snap, baru perasan. Uh, rosak gambar haku

Yang duduk berpagar ni bapak la panasnya gamak eh?


Okay, sini kolam air panas. For us suam lah. Tapi for budak panas gamaknya. Semua tak tahan. Merah merah muka. Dah la takde slide.



Okay, jomlah bergerak ke kolam sejuk.  Syahmie dah melompat macam apa dapat jumpa kolam sejuk sekali slide. 

Tak ramai kan? Memey ar. Dah nak tutup. Dah pukul 6 petang masa ni hahahha.

Kolam budak belah kiri, kolam dewasa belah kanan 

Tak payah kira berapa puluh kali entah dia dok ulang slide ni. Sukalah. Asal bahagia sudah.

Sebenarnya, bawah slide tu agak dalam kalau tak reti nak slide down. Macam iols lah. Tenggelam sekejap dalam tu. Sakit hidung lemas. Kesian Iqi. Terabai sekejap lepas tu menangis tak reti turun. How bad lah i tak menjaga betul betul sobss

Main tepi tepi pun dah cool. Good boy!

Orang dah nak balik, baru bangun budak kecik ni. 

Okay sini tempat rebus telur. Dia siap jual lagi per small basket kalau tak salah.  Tapi sebab dah petang sangat so tak dapat nak tengok kemeriahan orang dok merebus. Tinggal lagi satu team je.
Senang nak set jam kalau dah ada sign gini ha.


Panas gila nih. Yang suhu dalam 38c ke ape entah macam tu adalah juga orang dok berendam tapi sebab kecik sangat dan air macam tak mengalir so errrr. 

Last, sedap oi bilas badan dengan air tempayan ni. Sejuk giler. Ni dekat sebelah kolam air panas tadik. 

So yeah, best sini! Next time nak pegi dalam keadaan bertenang tenang. 

Tapi yang tak syoknya, tak tahu lah siapa punya kerja berak dekat tebing air tu. Gila. Tahi ok? Besar pula tu. Yucksss! Management mana entah tak angkat buang. Bila dah nak tutup tu baru diorang buang. Yucks. Yang tu lah paling spoil!

By 7pm, orang ramai dekat toilet, nak tukar baju semua, last2 me, Kak Non & Sofia kena tinggal hahhaha jalan la kaki ke bas. Tak jauh pun dalam 2-3 minit je. Then gerak balik, stop kat R&R Ulu Bernam for makan & solat n lepak jap tengok bola piala AFF Suzuki ngeheheheh. Sampai Temerloh nearly 1am. By 10pm tu elok je lalu depan rumah lepas keluar tol sungai buloh tapi tak gamak nak drop sebab penat gila n barang entah mana mana. So balik la Pahang dulu. Dah setel all, by 3 am dah setel semua kat rumah baru boleh tido. Good night world! 

I enjoyed my trip very well. Mak suka lah sebab dapat tambah koleksi FM dan paling terseronok dapat pegi kampong YTTDYMTPAA. Amboi kau shortform nya tak boleh nak panjang lagi ke? Hahhahaha. Such a great place! Serious, selama ni tak banyak tahu pun ada apa dekat sana so bila dah pergi hah kau.

Okay now I’m missing the Dadar Telur Ikan Loma yang tak sempat nak rasa tu. How??


N


Trip Ke Perak - Kellie's Castle

Next, ke Batu Gajah for Kellie’s Castle. 

Sampai sampai dah pukul 3pm. Nak berkejar ke Sungkai lagi. Kolam Air Panas. Takkan anak anak nak mandi sejam je kan? Benda nya tutup jam 7 malam. Nak ke sungkai tu pun mahu mahu sejam juga. 

Sampai je kat Kellie’s hahhahahahha semorang like huh surrender. Huh tak nak lah turun! Mana taknya hoi. Dah la parking jauh. Tengok pulak istana tu seberang sungai. Nak menapak naik bukit lagi memang tidaklah cerita dia kan. 

Driver kasi setengah jam hhahahha gila? By the time sampai kat kaki istana pakcik tu pun dah setengah jam haku rasa dengan nak q beli tiket lagi gambar2 dekat board dia lagi memang tak ler. Kak Non dah bising. "Alah tengok rumah orang tak siap nak buat apa?" Hahhahahah ok kak! Win!! Hahhaha. 

Tapi I tak kira lah. Nak pegi just for snap pic dan beli FM hahahahha. Naik atas tu lain tahun lah ye sebab ianya kena pergi bertenang tenang menikmati texture, port cantik untuk photograph baru lah best. So yea, I just snap pic buat syarat pernah datang dan dapat lah beli FM yang tak lawa tak de choice boleh la dan mahal ya amat. 

Hmmmpph! Tapi dah namanya hobby dan gila FM, okaylah okaylahhhhh porcelain FM saja dah RM9.50 gila apa. So 40mins +/- setel. Kaklong dan lagi lukis gamba Fia. Lepas tu kamilah ahli rombongan paling last naik hahahha sebbaik tak kena marah ehe.


Yang atas sekali tu tak seriau ke hoi tak de dinding bagai?

Boys. "Pegi stand dekat S sana. S for Syahmie & Safwan" Gitu, director katanya. Ngikut je la kata makcik kau yang garang ni lols

Buat syarat. 
Itu pun iols buat contoh dekat girl yang tukang snap tu. Kabo kat dia. "Berdiri kat sini, Amik pic macam ni, nampak semua ni. Macam yang saya amik kat pic awak tadi" Tu dia aih, mengarah! Hhahahah ofkosss. Kot tak, gambar buruk tak best. Sebab tu ler tak suka orang amikkan gambor iols nanti end up tak jadi seperti yang diharap. Kalau I yang amik gambo uols takpe, anytime sajaaa.

Mentang mentang kau sorang je yang jual benda alah ni  kat situ, pandai kau mencekik ye? Dah la takde choices, mahal pula tu. KFINE.



So, Kellie's Castle. Checked!


N.

Trip Ke Perak : Bukit Merah & Kuala Kangsar

Ahad,  subuh subuh bangun mandi kemas kemas barang turun breakfast dan check out terus jam 9 pagi aktiviti bebas around bukit merah. I was like always, cari fridge magnet. Wajib tu! 

Jeti untuk ke pulau orang utan. Tapi tak pergi lah. Cuaca mendung pagi ni
#CikFiaSayang

I love this pic. Hahaha pandai naw berlawan mata dengan Abang
I Love Bukit Merah. Rubber Magnet. Soookaaaaa!

1 set . Okay lah 1 for me, 1 for D



Then bergambar semua, havin an ice cream dan bertolak ke Kellie’s Castle (according to plan) tapi entah macam mana awal lagi ke ape entah tersadai dekat Kuala Kangsar. Yeah KK Bandar Diraja, I’ve been there! Suka sangat kau kenapaaaaa. Tihihihi.

Pusing pusing Bandar, ahli rombongan tak setuju nak masuk Galeri Sultan Azlan Shah. I okay aja best apa Cuma dah ramai yang tak nak plus hujan sikit so tak jadi. Cari jalan nak u-turn until found satu gerai ke ape entah tempat buat labu sayong. Haruslah berhenti kan but I didn’t buy any labu pun. Tak de function hoi nak beli labu lain la dah kawen kot lah boleh nak hias rumah kennn hahahha. Nak beli mug pun tak boleh sebab diorang kata dah cat so tak sesuai untuk buat minum. KFINE.

Yang bawah sekali belah kiri tu katanya oven. Untuk bakar tanah liat. Pun boleh.
Dah pusing pusing tu jam dah 12:30pm, so lunch time even kenyang lagi. Nak lunch dekat tepi Sungai Perak if im not mistaken? Tapi siapalah kepala rombongan entah bawak meredah jalan bapak jauhnya hoi stress mak! Bila balik elok pulak kau ikut jalan dekat. Menyampah betul haku. Tapi hilang menyampah sebab by that time ada festival rakyat, segala mak nenek juadah tradisi masakan & adat perak ada. Mak sukaaaaaaaa. Iols kan tak boleh benda benda rakyat tradisi2 ni kan sukaaa. Mind you, tradisi ya. Bukan eksotik. Eksotik like benda benda pelik dan menggelikan tu silalah nyah jauh jauh. Sempat lah snap few pics & merasa laksa kuala (homemade laksa I tell you) dan dapat sampel daging masak hitam & sambal serai tapi entah macam mana dah nak cepat letak2 dalam plastic dan sampai rumah rasanya bibik buang sebab cari takde T____T tak de rezekilah mak. 

*telanairliur*


Makan laju laju dan berkejar ke festival depan. Ingatkan dapat la lama lama sikit sekali baru snap snap pic dan rasa laksa, tak sempat nak beli ikan pekasam, dah kena panggil suruh balik tssssk. Nanti kita update makanan tradisi perak okeyh?

Next destination, abanglong nak juga pergi Kellie's Castle. Walapun mendapat tentangan, hahahha sebab dah lewat, nak jugak dia. So okay. Ikut kata boss ya anak anakkkk. 

N.



Trip Ke Perak - Suria Apartment & Restoran Terapung Kuala Gula

So, lepas dah siap melawat kilang arang, makan dan segalanya tadi, kami pun bertolak lah ke apartment. Lari dari jadual asal sebab ingatkan lama sangat lawatan nya. So, check-in lah dulu. Tapi sebab lari dari jadual, so bilik pun agak problem. Dekat sejam nunggu baru lah setel.





Anak anak dah menggelupur nak terjun kolam. So, bila dah naik atas tu nak tukar tukar baju, hujan pulak dahhhhh.  Kesian anak anak. Gila frust muka. So I told Amie, "Abang doa lah kat Allah supaya hujan berhenti sebab Abang nak mandi kolam. Kesian kat Abang". Idk but I think he did it. Duduk diam diam dekat balkoni tu tengok kolam. Hahahhaha. Then Alhamdulillah, Allah permudahkan. Tak lama hujan stop dan boleh lah bawak dorang turun.


By 6pm, berkumpul dan gerak ke Kuala Gula. Dalam 45 minit juga I think, untuk dinner tapi bas tak boleh masuk dalam so jalan lah sikit kami. Luthfia was so funny. Dia boleh mengekek ketawa suka tegur kambing. ?? Hahahhah seriously dik? 





The famous soft shell crab. Elok order awal, by the time kasi sampai, dah habis dah orang tak leh nak order. Sebab i nampak dia cross dekat menu tu.

Alhamdulillah food sedap dan sampai2 dah ready Cuma sayang sampai lambat sikit tak dapat tengok view sunset dekat tepi sungai tu. Then, balik cari kedai runcit beli mineral water semua, balik belikan Iqi burger, yea ada jual burger pulak dekat lobby apartment tu then naik atas mandi lagi & good night world!

N.


Trip Ke Perak : Kilang Arang

Lepas dah setel melawat paya bakau & river cruise, kami ke Kilang Membuat Arang. 

Sebenarnya,  I ada la teringin nak pegi sebab pernah nampak few photographer shoot kat sini, cantek! So melawat lah sambil dengar penerangan. Menarik! Siap masuk tempat bakar lagi. Allah. Macam mana lah acik acik tu semua boleh tahan? Kita masuk tak dan 2 minit pun dah rasa sesak nafas batuk segala. Kata abanglong, punya lah susah diorang cari duit, satu beg arang yang dah siap buat tu upahnya RM0.05 je. 5 sen je ok? Nak makan apa weh? Serious, kesian dan hmm kesian lah T___T

Ni tempat pembungkusan arang yang dah siap

Yang ni first step, untuk keringkan kayu if im not mistaken lah

Kayu kayu yang dah dipilih

Suasana dalam kilang, kemas lah juga

Luar kilang, nak membawa ke kilang seberang

Pak Abu macam biasa ye tukang explain. Ni step ke 3 rasanya. 

Yang penting, lesen sah ya!

Ok yang ni last step, pintu dia dah siap di simen. Lepas tu nanti lepas dah setel siap tempoh dia, dorang akan runtuhkan pintu tu untuk bawak keluar kayu. Relau tu pulak kalau tak salah, cukup 10 tahun, diorang akan robohkan, 

Ni sempat random captured je dalam kawasan relau yang dah siap kayunya dibakar

Memang gelap gelita ya, panas, berhabuk berdebu usah cakap. Kita masuk sekejap ke pun rasa nak pengsan, Kagum dekat pekerja ni semua.

Yang paling terkagum, semua kerja dekat kilang ni 100% pakai tenaga manusia, takde mesin mesin apa semua. Circulation dia 24hours non stop, gilir gilir kena jaga suhu, jaga api untuk jadikan kayu yang berkualiti. Amacam?

N.