Giant Bubble by Kapten Buehbossa!

Syurganya anak anak!

In before, kasi promote dulu:-
Siapa nak, boleh lah ke : https://www.facebook.com/kaptenbuehbossa


Iqi so funny. Orang tarik bubble wand tu so that bubble tu boleh mengembang. Yang dia tali tu dah terpusing2, dia pegi tiup celah celah bubble wand tu. Tapi amazing jugak la sebab menjadi.

Ok Ancik dah pandai main!

Besar lagi Ancik besar lagi!! And good job Adam. Dah pandai jugak. Tapi sekali tu je la. Dasar manjaaaaa~
Sikit lagi nak banjir. Punca, asal Ancik dia tarik bubble besar besar, budak hensem ni pegi pecahkan. Bengang la kawan tu and marah la dia. Yang hensem ni, mana boleh kena marah dengan idola dia. Patahlah hati. Mula la banjir. Hahahhahaa manja takde arah ni nama dia.

Actually Makde & Adam dah pernah main masa dekat karnival online somewhere at Bangi ke Putrajaya entah lupa. Tapi sebab orang tu memang provide stick & wand yang suitable untuk budak budak so rasa mcm senang sangat masa tu Adam dip & blow the bubble. Tapi yang Makde buat ni hampeh. Hahhhahaha.

Habis, the seller tak jual stick then tali tu pulak takde size for kids. Lupa pulak nak snap bubble concentrate  & tali yang dia post tu. Alaaaaa. Excited sangat.

Deal dengan seller (Kapten Buehbossa) ni best sebabnya long time ago dah menanya pasal bubble ni tapi sebab takde kesempatan for kids ni nak jumpa n lepak lepak so last raya baru beli. 1 set kit dia ada 325ml giant bubble concentrate + tali bubble wand =RM25. Sebab anak tiga, jadi I tambah dua lagi tali which cost RM5 satu tali so total RM35 with free postage. Cara nak buat bancuh bubble tu pun dia ajar. Atau, satu botol concentrate tu campor 3botol air. Botol yang sama. Gitu lah lebih kurang. So, kalau COD boleh beli stick sekali. Post tak boleh. Gitu. 

Disebabkan takde stick, that seller kata boleh la pakai kayu ke rotan ke ranting ke chopstick ke. Nak pulak ada chopstick yang tak guna kat ofis, mintak ngan housemate. Setel. Masuk handbag. Punya la takut tertingal. So this kit mintak post kat rumah mak. 

Jadi, last day puasa haritu, sambil tunggu rendang dendeng masak tu, sebok la I berkecah dengan anak anak ni kat laman rumah mak dok main benda alah ni. Fun sangat!!

So,siapa nak beli silalah rujuk gambar pertama tadi. Have fun!!


Kalau...



I don't know you guys. Tapi aku rasa kelakar sangat sangat benda dekat atas ni. In my mind, kalau dah bodoh & hodoh tak kemana. Bhahahahhhaa~


Ok dah. Tu je nak cakap.

KBai.


Hati Kaca

Ah hati,

Mengapa terlalu rapuh terlalu fragile hari ni?




What Stage Are You At In Covering Your Aurah?

**kredit google**
Sebenarnya lepas subuh tadi dah berjela I type kat handphone, sekali tak save dan terlelap eh eh eh terus lupa apa nak tulis ni

Sekarang proses suka pakai one piece kesopanan dan kesusilaan. Teruja tengok perempuan bertudung labuh berjubah loose dan cantik. Tapi I tidak lagi lah sampai tahap berpurdah mahupun bertudung akel bidang 60. Tak pandai pakai bawal T___T tapi wideshawl ok. Jadi, dalam berkehendak dan bernafsu nakkan stage nombor 8 dan dengan niat "ok apa pakai macam ni, senang nak terus solat" I telah gigih memborong sebanyak nya jubah dress dan wide shawl. Not only to cover chest, tapi belah belakang pun sekali. Slow slow lah memandangkan shawl shawl yang ada sekarang tak menepati piawaian sangat, labuh tak sampai pinggang belah belakang.

So, bila dah memborong banyak banyak tu, satu kerja pulak nak kena cari tailor pasal nya dah rupa DBKL tak bertauliah bila jalan. Takpun acah acah princess dolukala asal  berjalan angkat kain dua dua tangan. Ayu sangat mak k!

Maksalahnya dekat sini tak tahu mana nak cari tailor. So tanya dekat cikgu tuisyen rumah bawah. Dia recommend satu kakak ni. So get the number & text. Dan pegi lah membawak semua tu untuk kakak tu potong dan kecikkan. Sehelai potong RM5. Okay lah standard. 

Sembang sembang sembang, kakak tu kata dia tak berapa pandai jahit baju dan tak minat. Kalau langsir dia suka lah dan buat. So dia takkan amik tempahan baju. Kalau takat nak potong dan kecikkan ok boleh. So I pun okay je lah. Untuk perhatian, I ni jenis tak menyabar *excited* nak cepat pakai dan mudah percaya orang. Well, bulan puasa kan. Syaiton takde nak hasut hasut hahahha. Dan based on kakak tu punya cerita, okay i put my trust on her. Tak sabar neh nak pakai dress cecantik ngam ngam tinggi dia flowy flowy gitu. 
Nampak niat tu? Nampak ke"ujub"an kat situ? Kang describe kat bawah.

Hari ahad petang hantar, hari isnin pagi kakak tu text mintak datang pas kerja sebab nak make sure lagi ukuran betul ke tak sebab dia wonder kenapa ukur i tak sama dengan tinggi jubah. Hmmmm. So okay, pegi lah lepas balik kerja tu.

Esoknya, esok pagi kakak tu text kata dah siap semua. Woaw impressed & hairan jugak gila sekejap kan siap?! Okay lah tengahari pegi amik. 

Maksudnya, satu hari saja lah dia siapakan 8 helai jubah dress (potong labuh), 1 helai jubah dress (potong labuh & kecikkan), 1 helai seluar palazo dan 1 helai skirt. Potong labuh. SATU HARI YE ANAK ANAK.

Balik balik rumah, excited lah terus try kan! 

Sekali......

Nak menangis ke nak merempan ke nak meroyan ke acana ni?

Skirt & seluar okay lah ngam dan jahitan tak nampak sangat sebab dia bercorak heavy.

Tapi!
All the plain jubah dress tu.... singkat! senteng! Few je yang okay. Okay, memanglah I request nak ngam ngam labuh bawah kaki. Tapi tak menyangka la bila pakai jadi tergantung. Haih~ Tu belum pakai heels lagi lah menyenteng. Yang paling mengecewakan hati, jahitan dia macam first timer pegang mesin jahit. Bengkang bengkok senget benget. Thread color plak out dari kaler jubah. Patutlah sekejap sangat siapnya. Menangis tak?
Tak! Tak menangis. Nak menangis tapi tak keluar air mata. Berkecamuk rasa. Sebab banyak kot hantar. Tu lah. "Orang Tamak Selalu Rugi" tu lah dia. Tamak tak menyempat nak siap semua. Cadangnya tak nak la mengacau emak raya raya ni nak suruh potong dan jahit. Alih alih, call mengadu dengan emak la. Mak kata kalau kain lycra lembut tu memang payah sikit nak jahitnya. Lainla kalau dekat kilang ada mesin dia. Alah, lagipun dia duduk bawah bukan nampak. Oh memang la emakkkkk. Takde orang nak telek beleh jubah I ni tapi nya yang memakai ni sakit jugak lah hatinya. Tak lawa! *Ha lagi sekali, nampak niat tu?*

Okay lah, tenang tenangkan diri dan fikir. Salahkan diri sendiri dulu. Salah kan diri sendiri sebab membuta tuli terus hantar banyak banyak pasang. Salahkan diri sendiri sebab mintak potong ngam ngam kat kaki. Salahkan diri sendiri. Jangan nak cepat salahkan orang. *Cakap pandai tapi saat ini masih tak move on lagi ni apa cerita kak. Tskkkk"

Lepas zuhur, nak keluar cari barang buat kuih. Fikir fikir, dapat lah idea nak pakai skirt atau palazo kat dalam. Hah, tercapailah niat  I yang nak "ok apa pakai macam ni, senang nak terus solat" tu. So keluar lah dengan new dress code. Tambahan palazo kat dalam. Walaupun hati sakit lagi ni, try istighfar banyak sket. Memang ajaib jugak la tak menangis. Hahhaha. Sebab apa? Sebab dah tahu kalau menangis banyak mana pun tak guna. Takkan nak sambung balik? Lagi mengarut lah cerita dia kan. Tak mengapa, bawak balik raya ni tunjuk kat emak. Kot kot lah emak simpati dan alter lain. Marilah mengharap.

Jadi, setelah puas bermuhasabah, hikmahnya:-

1) Allah buka jalan supaya hati tu, diri tu tak rasa ujub. Tahu ujub? Macam teruja dengan diri sendiri lah. Rasa cantik. Rasa pakai dah perfect & better than others. Mungkin bahasa mudahnya perasan? *Betulkan kalau salah* Nauzubillah. 

*Credit: Google*
Boleh baca sini juga : http://mujahid-bicarasufi.blogspot.com/2011/11/ujub-dan-riak.html
2. Elok la bulan bulan puasa ni timbus cepat cepat jalan masuk syaiton ke kita

Untuk peringatan diri sendiri. Allah, rasanya dah berjuta syaitan dok keluar masuk kalau ikutkan list belah kiri tu. Jadi, sempena ramadhan bulan mulia ni, marilah kita timbus kambus jalan jalan tu. InsyaAllah. InsyaAllah. 

3. Tiba tiba dah takde idea, boleh tak? Hahahaha. Sebenarnya tadi nak cerita pasal jubah yang sudah dirobek robek itu. Payah noooo nak move on ciklillllll. Lepas tu pasal covering aurat. Itu je lepas tu biasalah melalut. Oh, kakak tu ada text tanya macam mana dengan jahitan dia? Oh oh I tak reply reply lagi. Tak tahu lah nak cakap apa. Takkan nak bohong kata okay? Takkan nak kata tak okay lepas tu nanti kakak tu nak repair, I takut lagi worse pegi nya. Camana ni? 

Last, nak kabo, 
Nak jadi baik, nak jadi yang bersih hati nya, nak jadi yang solehah pekertinya, nak jadi yang A++ amalnya, nak jadi muslimah dalam erti kata sebenarnya. Doakan I. Tq :)




Duit Belanja Sekolah


2014, Ancik darjah 1. 
Sekolah Maahad Tahfiz Fakeh. 

Makin lama dah pandai kira duit belanja. Makin lama dah tak mengamok nak bangun pagi pegi sekolah. Goodboy. Nenek kata sejak dah darjah satu ni dah banyak senyum. Kalau tak...hahahha nak mengamok je kerjanya. Keep it up okay baby.