Anxiety Attacks

Sekejap nak bebel. 

So, my colleague went to travel for about two weeks & I have to cover her works, by hook or by crook. Actually tak ada masalah pun. I deal with supplier, she deal with clients. So mana nak tahu client dia yang satu ni very fussy & omg kau sabar kejap boleh tak? Semua benda nak cepat like petik jari dapat. Gila lah. Hari hari call call call, orang dah explain procedure pun dok call lagi. 

So semalam, baru satu hari I take over kerja dia. Petang tu lepas confirm dengan supplier, I called lah dia sebelum turun kereta. Sekali dia punya bebelan, omg sabar je lah aku. Lama gilaaaaa bebel apa benda entah banyak tak masuk kepala I. Kau sabar lah kejap semua benda tengah on process kot. Orang macam nak gila hari hari chasing supplier, tak payah lah nak push sangat. So I jadi macam trauma sikit lah dengan client sorang ni. 

So tadi pagi dia call tapi masa tu tengah busy buat kerja lain so kejap kejap lagi lah. I settlekan benda yang dia nak semalam tu. But then, rasa nervous, cuak, panic, bimbang semua ada. Aduduuuu malasnya nak call client ni. How?? Tapi selagi tak call selagi tu lah tak boleh nak focus kerja lain karang by end of office hour karang kalau dia call lagi matilanak kena bebel panjang so better call office hour. 


So petang dah free sikit I call je. Damn, tak sampai lima minit pun cakap. Dia ok ok je takde meroyan macam semalam. What the? Aku punya macam nak tercabut jantung menahan takut & debar, dah redho nak tadah telinga ni sekali takde apa pun. Siap buat diagram, list date & description bagai punya lah haku nak explain details. Buang masa je cuak cuak dari pagi. Cis. 


However, client is always right. Hadap je lah nak. Okay, debar debar tu simpan esok. Now, sambung kerja. 


Poliklinik Rajesh, Temerloh

Tiga tahun lepas, I pernah kena rhinitis & bronchitis allergy. Dia punya teruknya jangkitan tu, ubat hospital pun kalah. 

So this time, Mak pulak kena. Being me & mom, Alhamdulillah jarang kena sakit teruk. Tapi sekali kena, kau siap. Memang melarat. Mak batuk-batuk demam since Ahad. Hari Rabu dia tak boleh nak bangun so pergi klinik KK dengan Abah. Mula mula pergi hospital tapi usually masuk Emergency then staff sana kata kalau tak berapa nak emergency punya kes ni better pegi KK (Klinik Kesihatan) sebab ubat sama je dan tak ramai orang. So Mak pun pergi. 

Khamis malam I called lagi, katanya dah pegi Klinik tapi tak larat. Then Abah pun lemah lutut - biasalah dengan kencing manis, darah tinggi, jantung, saraf & macam-macam lagi. Memang kaki tak kuat tapi kali ni sampai tak boleh bangun I risau juga, so okay lah Jumaat pagi balik. 

Ahad Mak kata nak pergi klinik swasta, SIL cadang pegi AsSalam. AsSalam tu I pegi dekat Bangi last time kaw kaw mahal oi. Dekat RM100 sebab malam gamaknya masa tu dah dekat pukul 12malam tapi berbaloi lah dapat 2 hari MC padahal demam biasa je.

Tapi kitorang choose Poliklinik Rajesh, kaklong selalu bawak Fia neb kat situ & I pun pernah juga buat treatment kat situ memang serasi.

So alang-alang Mak nak pegi, Abah pun nak ikut sekali sebab usually hospital atau KK je sebab memang bergantung dengan ubat. Tapi for me, kalau sakit yang tak melibatkan regular checkup ni moh la kita ke klinik swasta. Sebab Mak pun memang akan ada appointment checkup for darah tinggi macam tu every few months.

Sampai-sampai Poliklinik Rajesh, orang ramai tapi dah call dulu sebab Ahad takut tak bukak tapi buka half day. Pukul 10:30 pagi baru gerak dari rumah, dekat dekat 11:30 pagi sampai. Ye lah, I kan amatur driver. Kokokoh.

Lepas register dalam setengah jam doctor panggil. Alah alah polite nya lah doctor. Doctor Indian, muda lagi sopan benar cakap slow je sampai I suruh cakap je kuat kuat sebab Abah tak berapa dengar. Suruh doctor bebel sikit jangan minum ais, jangan minum air banyak etc. 

Last-last dua dua kena amik neb sebab Mak batuk teruk & Abah semput. 

Bill? Beratus jugak la hahaha tapi I puas hati  sebab Mak pun puas hati sebab dia kata kalau pergi KK doctor tak check beria pun, jangan kata nak neb, takde nya. So ni check beria lah sekali dengan buku KK Abah doctor check kata ada inhaler yang doctor patut bagi tapi tak bagi & explain kenapa kena pakai inhaler tu semua, bila & apa fungsi dia. Memang puas hati sangat sangat. 

Kemain mak kata amik gambar nanti nak hantar kat group whatsapp kawan-kawan dia. Kemain yaa banyak pulak group nya sekarang~

Sama lah ni macam I dulu kena pakai benda ni sampai nak termuntah-muntah nak keluarkan kahak punya pasal.

Lepas dah balik tu, pergi makan dekat kedai kawan Abah, pakcik tu lagi kesian, kidney failure, siap bertebuk dekat leher tapi selamba makan nasik lemak dengan teh o ais. Hahahah takde ke nak pantang dah.

Apapun, semoga ubat tu serasi lah & Mak Abah beroleh kesembuhan. Aminn..


Damansara - Cheras, 4 Jam!

Hahahaha bodohnyaaaaa~

Haritu, kena ambik document penting dekat Cheras. Despatch office tak free, benda tu I nak pakai urgent. Nak naik Grab macam malas then macam acah-acah nak try drive masuk KL. Lagipun working hours, mestilah tak jammed ye tak? Tak sedar kerja berlambak dekat office ni.

So pukul 2:30 petang gerak lah dari office. I punya handphone boleh pulak data problem masa tu so gunalah handphone office. Buka waze. Sekali lain macam sangat waze dia. Before masuk Tol Bukit Kiara tu, berenti sekejap dekat Petronas check waze lagi. Then gerak lah. Dia suruh ikut laluan Tol Pantai/Lebuhraya ELITE ke mana entah sok okay lah dah lalu tol topup touch n go bagai. Sekali entah macam mana waze terbengong bengong, I tersasar masuk Bangsar! Hahhahah gila engkau! Tak tau arah dah ni, cuak jangan cakap lah sebab kereta banyak & sesak masa tu.

So berenti lagi dekat petrol station cari cari arah. Pusing balik pun tersesat sesat. Sampai lah menghala Damansara balik. I dalam hati berkira kira ni nak balik office ke atau pegi ambik jugak document tu? Last-last okay pegi je lah, entah pusing ikut mana entah, rasanya lalu NKVE semua ke apa entah memang huru hara lah cerita dia. Dah sampai area office client tu boleh pulak terlepas simpang, satu hal lagi nak pusing lagi. Memang huru hara betul. 4:30 petang sampai office client. 2 jam dah situ.

Dah sampai office orang tu, termasuk lane season parking pulak dah. Dah la takde guard situ, nak kena reverse satu hal! Ya Tuhannnnn manalah reti nak reverse oi. Benda paling tak pandai sekali adalah reverse & parking bontot. Tak suka betul. Time orang lain buat senang, time haku rasa hazab betul. 

Slow slow reverse keluar then dapat lah parking. Lama pulak dah dekat office orang tu. Sekali masa nak balik pun sama, lalu depan area Dataran ke mana entah, terlepas simpang, rasakan lah jammed gila time orang balik kerja. Memang sesat barat okay petang tu. Waze pun dah tak ketahuan arah. Sekali nya time time tu lah minyak tinggal 2 bar. Kau rasa? Ye, dengan panas terik petang tu maka off lah aircond nak jimat minyak punya pasal. Sanggup bersauna okay dalam kereta. Hahahhahaha gila betul. 

Last last 6:30 petang sampai office. 2 jam. Total, 4 jam. Ni kalau balik kampung, dah boleh lajak sampai Kuantan siap makan nasik ni. Hahaha sakit kaki, sakit kepala, sakit badan jangan cakap lah. Dengan kerja tak siap lagi nak kena stayback. Nak menangis pun takde air mata nak keluar hahahhaha.

Next weeknya beli phone holder untuk nampak clear sikit waze. Alhamdulillah lah beli benda tu, haritu hantar Ayong ke Bangi & balik Kajang sesorang malam tak lah sesat sebab nampak route kat phone tu. 

Even so, itulah pengalaman mahal,pengalaman pertama sesat barat tengah KL. Yang mujur tak masuk segitiga KL je hhahahaha. 


Lady Driver : Scratch Lagi

#Throwback

Sebelum balik kampung cuti Awal Muharram haritu, ngam-ngam kereta keluar dah sebulan, ngam-ngam hari Jumaat, lagi sekali bergesel. T____T Pedih betul hati rasa. 

I park secara depan, bukan masuk bontot dulu. So actually dah okay parking tu sebab sebelum ni pernah parking row yang sama Alhamdulillah takde masalah pun. Sekali haritu tempat parking tu sebelah rumah sampah, dan petak parking sebelah I tu sempit sikit, kalau compact car memang cantik lah kalau park situ. 

Nak jadi cerita, hari Khamis tu memang I tak keluarkan kereta sebab kena pergi Subang Jaya dengan Embassy dekat KL so naik Grab je malas nak drive. So adalah kereta I dont know, macam kereta sedan yang panjang parking sebelah I. Dah la sempit, memang ngam-ngam je dan terkeluar sikit depan nya tu. 

Pastu I nak keluar stucked. Sebab belah belakang tu, taxi parking tepi jalan. I kedepan kebelakang dekat 15minit kot, tak lepas-lepas, sekali bila nak masuk tersalah pusing, zraaaapppppp I rasa macam kena kereta sedan tu tapi takde bunyi compared to first time bergesel haritu memang sakit bunyi dia. 

So I turun tengok macam takde apa, I tengok kereta sedan tu pun macam tak nampak kena gesel, so okay lah. Mintak tolong brader kedai runcit alihkan. 

Dia pun bukan main pulas kiri kanan depan belakang. Hmmmmm memang patut lah I failed terok. 

So bila dia dah keluarkan tu, baru lah perasan. Tudiaaaaaa~ Terbaik punya calar. Sampai terkopek cat kau. Terkopek hati rasanya. 
"Menangis hati ini, ku juga bersimpati~"

Habis nak buat cemana, biar je lah. Then pergi isi minyak. Lepas dah isi bila I drive balik tengok tengok minyak tak naik. Hoihhhhhh stressnya pagi pagi macam ni. Dengan bergesel, dengan minyak tak masuk. I pulak plan nak EL je haritu sebab Mak sakit teruk. Abah pun sama. So tak jadi lah nak balik petang. Tapi kena settlekan kerja office sikit, nak courier documents & handover ke colleague. Alhamdulillah lah semalam dah setel hal kat embassy. Kalau pagi ni baru nak pergi, masalah jugak. 

So lepas dah settle hal office, pergi balik ke petrol station, nasib lah sebelah office je. Mintak dia check kan masuk ke tak minyak tu. Hoih banyak weh RM30 kot. Check-check memang tak masuk pun. Cemana tah I isi sebab before-before ni boleh je. 

So bawak kereta pegi isi balik, dah terparking kat pam kuning, biasa isi hijau, hah lantak lah janji berisi minyak. 

Okay checked. Lega satu hal.

Patah balik rumah, ingatkan nak tinggalkan note untuk kereta sedan tu sebab I rasa bersalah lah kot entah ada calar ke sebab tadi tengah nervous tak lah tengok beria, tengok tengok macam tu je rasa takde apa. 

Sekali bila dah patah balik, kereta tu pun dah takde. Hmmm takpe lah kot. Nombor plat pun tak ingat dah masa tu so I just hope & pray kereta dia okay je lah. 

Mula mula pedih & lara jugak lah rasa down. Fikir fikir kenapa Allah bagi ujian ni ngam-ngam sebulan? Entah, belum dapat fikir lagi tapi at last Alhamdulillah, pujuk hati, duniawi je takpelah, nanti ada duit lebih cat lah balik huhu. Yang penting, fokus sekarang nak balik kampung. 

Lepas tu, call mak & gerak balik kampung. 

Lady Driver : Tayar Kena Paku

Tak sampai dua bulan lagi usia Axia Halilintar ni tapi dah macam-macam pengalaman kot.

Terbaru, balik cuti Deepavali.

Last day cuti tu, malas betul nak basuh kereta karang penat lah nak drive lagi, jammed lagi (konon nya lah) so keluar lah pegi cari carwash sambil-sambil beli barang, isi minyak semua. Then dah settle semua tu pegi lah satu carwash ni kawasan dia macam tapak pasar macam tu kot sekali tak dapat nak basuh kat situ sebab penuh & brader tu pun macam tak bagi tunggu sebab lama sangat. So gerak la cari tempat lain. Bila gerak tu rasa macam ada langgar something tapi tengok belakang macam takde apa so abaikan je lah.

Masa kat car wash yang basuh tu, brader yang basuh tu bagitau tayar kena paku. I punya lah berderau derau terbangun dari seat! Dah nampak icon duit melayang layang je ni. Habis lah. Sekali ada brader yang datang basuh basikal dia tengok & bagitau ni takde apa ni, tak kena tiub & tak rosak tayar. Pegi kedai workshop depan dekat simpang tu, nanti dia tembak & tampal. Dia akan charge RM5 je (Wah siap bagitau harga) Tapi ni kalau kena macam ni ni, jangan tarik sendiri paku ni nak buang kalau tak keluar angin nanti.
Nampak? Besar punya paku duduk tercucuk tepi tu 

So I pun dah tak tentu arah masa tu. Dah la sorang sorang. Takpe, cool. Brader yang inform tu pun nampak boleh dipercayai sebab dia cyclist so dah macam macam pengalaman gamaknya. Then brader car wash tu pun sama. Agaknya bapak la kesian nya tengok muka I blur pucat terkejut nak menangis semua ada. Takpe, tunggu kereta settle then gerak gi workshop.
Yang macam ber ribbon tu lah yang dia tampal

Yang kerja tu Bangla so I panggil dia tengok, dia kata tampal je ni. So dia pun buat la, tarik paku tu then letak macam air sabun apa entah, tampal dengan getah hitam. Alang alang I pun suruh dia check & masukkan angin sekali. Nak charge pun takpe. Tapi Alhamdulillah dia charge RM5 je. 

I pun slow-slow balik rumah, risau jugak lah kan. Lepas tu waktu malam tu bila dah sampai KL sekali lagi mintak cousin I tolong tengok, dia kata ok cun je then lega lah. Semoga bertahan lama lah tayar.