My Best Friend's Wedding

23.04.2016

Big Day For Along & Pasangan, Bob.

Selamat Pengantin Baru 


Dulu masa zaman belajar, pernah janji la siapa kawin dulu kita akan datang stay dekat rumah pengantin seminggu. Hahahahah seminggu yaaaa tak tahannnn! Nak bolehkan cuti sehari pun bercintaa! Tapi, Alhamdulillah we made it finally! Dapatlah bermalam semalaman kongsi cerita kongsi gembira kongsi bahagia. But actually no pillow talk pun. Macam nak pengsan kepenatan masing masing, dapat bantal terus zzzzzz.


So, Alhamdulillah dengan sekali lafaz selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri. Barakallah. Doa aku semoga korang berdua kekal bahagia selamanya selagi nyawa dikandung badan. Semoga menjadi pasangan suami dan isteri yang soleh dan solehah serta sentiasa sabar , matang & bertolak ansur dalam menjalani kehidupan berumahtangga. 


Im so happy for you Long! Gembira & syukur sangat. Tu yang ternangis time hugs kat masjid 
Mengalir juga air mata. I am so happy for you!



See..when the right time come, insyaAllah dari awal hingga ke saat ijabkabul semuanya Allah permudah. Dari zaman kolej, zaman kurus kering but you still kurus sampai sekarang. Aku je mengembang. Ini tidak adil!! T___T

Alhamdulillah



Bob! Jaga Along molek2 okay. Sayang & cinta dia sepenuh hati, jangan sakitkan hati dia, jangan buat dia nangis, gembirakan dia selalu, be with her all the way, grow old with her & bahagiakan dia selalu. Semoga rumah tangga korang sentiasa dipenuhi kebahagiaan, keberkatan & dipermudahkan semuanya.

Along's Family


Terima kasih untuk Abah & Ma, Uncles & Aunties, Cousins sebab bagi layanan yang sangat sangat sangat baik, mesra dan selesa sampai rasa macam the real family & relatives. I really appreciated that, terharu & akan sentiasa kenang insyaAllah. 


Bak kata Cik De, sedara jauh gituuu. Cik De selok suka bila Farhana (Kalau tak salah namanya) teka umur Cik De muda than me? Hoih hancurrrrr hancurrrr akuuuu~. Hahahaha. Dik, Cik De awok tu anak sulung dia dah Form 3 dik. Akok mu ni, anak tekak je ada dik. Muda lagi akak ni dik. Please ah dong!!

After Akad




Anak anak dara. Manis manis belakaaa~

Aicehhhh. I lah ni punya idea hahahha. Masa ni dah berpisah dengan OP 

Ma kata kalau confirm awal-awal boleh jahit baju sekali T____T

Ah lawa I is jealousssss

Untung rumah dekat dengan pantai. Gambar super awesome!

Along untung laaaa ramai cousins perempuan, makaaaaaa bridesmaids dia memang meriah laaa! Comel comel pula tu semua!

Jadi isteri yang solehah ya. Hugs!



video


Last, both of us make up by Neyna Touch.
Kawan masa sama-sama diploma.
Sesiapa area Kuantan/Rompin nak make up service by her boleh ke instagram dia
https://www.instagram.com/neyna_touch/

P/s : Raya tahun depan dah boleh rasanya nak bagi duit ke baby ZeeRashdanJr. Eh?




AADC2


So, I watched them last two weeks.

How was it? Hurmmm…Idk hormone atau apa, start dari mula cerita sampai ke sudah menangis. Happy menangis, touching menangis, sedih? Lagi laaaaaahhhh~~

That’s why ambil seat belakang sekali & belah belah tepi. Senang nak cover air mata hahahaha. Lupa bawa sapu tangan/tissue pulak tu, habis tudung jadi mangsa.

Sebelum tonton yang ini, dah tengok dulu yang AADC1, memang yang itu pun mengundang air mata.

I don’t know, the way dia bawa cinta antara sahabat tu, betul-betul hit me. Nak pecah jantung. Bilamana diorang welcomed Karmen, pegi holiday, buat kelakar semua entah kenapa I so weird itu pun nak menangis.

And this film, reminds me to my TPAA, New York, Bahasa Indonesia, Places, even the plat number of the car! Menyentak jantung betul. Itu yang berjuraian air mata tu. Tengah menaip ni pun bergenang, acana?

Well its okay you guys tak faham apa yang melanda I ni. It just me, perempuan terlebih hormone emosional.

Apapun, worth the price lah for me.

Puisinya, cinematography nya, lagu nya semuanya awesome lah. Dan yang I tak faham, waktu kelakar pun I menangis, how?

Mungkin I terlalu rindu?

Batas
============================

Semua perihal diciptakan sebagai batas
Membelah sesuatu dari sesuatu yang lain 
Hari ini membatasi besok dan kemarin
Besok batas hari ini dan lusa
Jalan-jalan memisahkan deretan toko dan perpustakaan kota, bilik penjara dan kantor walikota, juga rumahmu dan seluruh tempat di mana pernah ada kita.
Bandara dan udara memisahkan New York dan Jakarta
Resah di dadamu dan rahasia yang menanti di jantung puisi ini dipisah kata-kata
Begitu pula rindu, hamparan laut dalam antara pulang dan seorang petualang yang hilang
Seperti penjahat dan kebaikan dihalang uang dan undang-undang
Seorang ayah membelah anak dari ibunya—dan sebaliknya
Atau senyummu, dinding di antara aku dan ketidakwarasan
Persis segelas kopi tanpa gula menjauhkan mimpi dari tidur
Apa kabar hari ini? 
Lihat, tanda tanya itu, jurang antara kebodohan dan keinginanku memilikimu sekali lagi
~
~

Cousin

Throwback.
Me, Ayong & Adam just walk out from GSC - The Jungle Book.


Rombongan Tadika Faqeh

Haritu Kaklong hantar gambar, katanya tadika Iqi buat rombongan. Amboi kemain. Macam best je rombongan dia. So Makde save here, nanti dah besar boleh tengok. 

Pelabuhan Kuantan, 2016.



#GoodToShare : Chinese Physician & Acupuncture - Tan Kok Guan

Untuk sesiapa yang mencari tabib/ubat tradisional cina, boleh ke kedai ni.

Actually tak tau pun pasal kewujudan doktor tradisional ni.

Tapi haritu masa pegi buat health screening, borak-borak dengan chinese beautician dekat pharmacy pasal sakit-sakit orang perempuan, pasal endometriosis etc, lepas tu dia cadangkan suruh pegi jumpa doktor ni dulu. Jangan nak pegi hospital & even worst, kalau doktor suruh buat operation and so on, hold dulu. Cuba pegi berubat cara tradisional cina ni dulu. Katanya dah ramai orang sembuh lepas rawat dengan doktor ni & kira quite famous lah among Chinese.

I was surprised. Sebab tak pernah tahu pun dalam kedai tu ada doktor!
Tahu lah kedai tu jual ubat-ubat herba cina. Pernah beli, pernah tanya pasal herba kat kedai tu tapi memang tak terfikir ada doktor pulak dekat dalam tu. Dan tak pernah perasan pasal signboard yang dia letak dekat luar tu.

So lepas habis sesi dengan beautician tu, I pun pergi lah kedai tu tanya-tanya owner kedai tu.

Dia kata tak perlu appointment, masuk je kedai tu bagitau je nak jumpa doktor tu nanti dia bagi nombor suruh tunggu. Biasa buka jam 10 pagi sampai 8 malam kalau I tak salah setiap hari kecuali Ahad. Kalau tak salah la ni.

Tapi benda herba-herba ni makan masa sikit lah nak rawat. Mungkin tiga empat bulan baru nampak kesan, not sure lah. Tapi dia jenis rawat dalaman gitu lah.

So kalau siapa yang nak try, boleh lah. Dekat area Bandar Sri Damansara. SD12. Lot kedai lepas area McDonalds, Shell. Sebaris Avon, 7-11, 99 Speedmart.



Nama kedai dia Kedai Ubat Dan Runcit Hock Guan. Warna hijau. Waze je insyaAllah ada.