Lego

Kegilaan terhadap miniature lego.
Last time, birthday dia, minta belanja lego.
Okay lah asalkan tidak ke dalam kedai Lego atau ToyRUs mak layankan aja lah.
Tapi yang hangen nya nanti tak sampai sehari tangan hilang, kaki hilang lepas tu mengamok.
Balik rumah bukan nak reti lekat elok elok dekat board.
Kalau jenis cermat & mengumpul atas board tu gamaknya berpuluh dah board tu. 
Ni? Tengok la karang confirm halilintar rumah sebab terpijak lego kecik tu.
Sakitnya, kepalang. 


Yang April O'Neil tu siap handbag tak tahan. Hahahahah. Dan bunga bunga. Gegirl sangattttt~





WW #3 - Spider


Kapsul Tunjuk Langit NDLife

At first, I beli Kapsul Apricot khas untuk Pu3. Lepas tu tengok-tengok produk yang lain & testimoni yang sangat memberansangkan so I pun try lah beli satu lagi untuk Abah.

Kapsul Tunjuk Langit. Tujuan beli untuk kurangkan kebas-kebas kaki dan kemudian nak kurangkan kencing manis & darah tinggi, mana tau kalau berkesan tak perlu cucuk insulin setiap hari. Kesian, setiap kali setengah jam sebelum makan kena cucuk. Lepas tu kalau tak makan dalam masa 30 minit tu nanti akan lapar teruk shaking dan sebagainya. 

So masa tunjuk dekat Abah tu, Abah kata tunjuk langit ni bagus. Dan dia nak cuba. Well, Abah is Abah. Apa je lah produk dia tak  nak cuba. Pantang je yang dia tak berapa mahu tu yang masalahnya tu.

Masa whatsapp dengan Mak dalam 2 minggu lebih consume tu, Mak kata Abah kata ada la rasa kurang kebas, tapi lepas dah nak habis sebotol tu Abah kata tak jadi apa pun. Laaa, dah pulak? Lepas tu Adik bising baru sebotol. Try la lagi. I pun kata yang sama. At least makan 3 bulan tengok ada kesan ke tak sebab ni bukan ubat, ni supplement. So Abah pun okay lah semangat nak beli lagi tapi I tak tau mana ada jual kat sana. So takpa nanti I restock.

Then satu hari tu Mak whatsapp kata suruh beli untuk dia juga sebab dia try makan sebiji before pegi check darah, doktor kata darah normal & cantik bacaan. Padahal day before tu dia makan daging. Tu excited nak try tu. 

So okay lah I pun contact Nurul yang I beli dekat dia last time. Tapi call tak jawab & whatsapp pun tak sampai. Risau juga sebab dah janji nak bawa balik this weekend.  Then cari lah agent lain. Alih alih dapat. Rupanya Stockist. Pn. Azlin. Beli lah dengan dia. Alhamdulillah dia boleh COD. So dapatlah.

Hopefully lepas 3 4 botol nanti ada la nampak kesan positifnya. 


Siapa siapa area Kepong/Sri Damansara/Bandar Utama/Damansara Damai boleh la call dia kalau nak beli COD.

MERIAH Seasoning - Halal Gourmet Herbs & Spices

Kalau balik kampung, I suka pergi ke cawangan pasaraya Terus Maju dan ada satu lagi tak ingat nama apa, B5 ke apa entah. Barang-barang dia murah! Barang-barang kering, barang-barang baking. Choices pun banyak. Kira memang puas hati lah. 

Ada satu brand ni, kalau nak buat kuih ke kek ke memang selalu juga guna brand ni. Halal lagi. Nama dia Meriah. Meriah, memang meriah sungguh la keluar duit lol. So last time masa pergi ke pasaraya tu, nampak deretan spices Ya Tuhan naik gila I. Nyaris tak borong semua. Hahhahaha. 

Maap ler gambar blur. Nak cepat katanyaaa.
Masa tu tak perasan ada yang dalam botol belah kanan tu. Nak cepat so just snap-snap gambar je lah buat pedoman. Hahhaha. Mana tahu in future senang nak kerah Adik pegi beli.

Tapi, last few weeks, I jalan-jalan di Aeon nak beli barang makan. Masa tu tengah belek-belek herbs & spices apa yang best nak beli. Kan banyak brand brand mat saleh yang famous famous macam McCormick botol hijau botol merah etc. Sekali tengah tengok-tengok eh nampak brand ni. Murah pulak tu than others. Dalam RM6 - RM7++ macam tu. 

Mak mak sangat ni

Apa lagi, sambar lah kan! Tiga cukup lah takl usah tamak ye tak. Itu pun Cajun tu pun actually dah ala-ala nak sama je dengan Italian Herbs tu just ada tambah pepper je rasanya dalam tu. Dah rambang uols, tak boleh nak berfikir dan compare dah haaa. 

So, balik rumah, I pun try lah. 

Before & After. Hentam ajalah uolllsssss. Tabur-tabur seasoning, perap & bakar. Siap!

So, nanti balik kampung nak telek & belek lah. Borong lagi lah kita. Heeee~


Descendants Of The Sun - Random #1

I cried hard. Missing you. Be Safe.

FoodTruck - Ativo Damansara

Throwback.

Entah bulan berapa entah. 
Me & housemates lepas pergi beli barang, singgah Ativo Bandar Sri Damansara to experienced Food Truck Fest. 
Pening sebenarnya. Dengan muzik dum dam dum dam, dengan rambang mata tak tahu nak pilih foods yang mana, air yang mana, dengan manusia yang ramai beratur dan harga pun tak lah murah mana actually. Sedap? Boleh la. 
Me & him planned nak pergi food truck fest yang dekat Dataran Merdeka every weekend tu tapi tak tahu lah bila. 
And, KL Big Kitchen! Yang itu I nak sangat pergi lagi this year. Last year buat bulan 5 di Dataran Merdeka. Hopefully buat lagi this year sebab thier foods were awesome! Serawa durian & sotong besar I never forget. So next month kena rajin rajin check website KL Big Kitchen here. http://www.klbigkitchen.com/kl-big-kitchen-2016




.

Pekan Sehari Temerloh

Mari I bawa you all jalan-jalan ke Pekan Sehari di Temerloh.
Setiap hujung minggu, hari Ahad. 

Seawal jam 7 pagi dah boleh shopping. 
Elok lah pergi jam 7-8 pagi sebab by 10am, hari sangat panas.

Dan parking pun susah nak dapat.
Lokasi dia di tepi sungai pahang, berdekatan simpang tiga stadium.

Masa ni sungai pahang dah start mengering. Sekarang (April 2016) pun lagi bertambah kering. Cuaca panas melampau

Ikan masin & bebawang

Sayur-sayur kampung

Brooch & girls accessories 

Daging lembu fresh!

Masih pagi dan belum sesak

Seafoods

Seafoods lagi. Udang macam macam size kalau nak semua ada

First thing first, kami pergi breakfast dulu dekat kawasan belakang belakang orang jual ikan / sayur
Makde & Fiafia. Suci murni muka lol

Okay, nanas ni sangat sedap! Manis tak tau nak kata. 
 Mula mula I tanya pasal baby nanas yang famous tu lepas tu kakak tu kata yang itu actually nanas yang dah siap dicelup dengan ibu gula, original dari Thailand datang sebab tu manis dia lain macam. Huiiiii ngeri pulak dengar. So beli je lah nanas yang ni, dapat 4 biji. 1 kakak tu bagi free. Balik balik terus kupas, sedap betul fresh, manis! Lokasi gerai kakak ni tak jauh dari simpang masuk dari stadium. Recommended!!!

Ikan sungai. 

I suka je pergi pekan sehari macam ni. Macam macam ada. Nak shopping tudung baju pun ada tapi sebab pegi dengan anak-anak leceh sikit lah mana nak kawal anak lagi, nak handle barang lagi. Paranoid mom being like that lah tak boleh anak takde depan mata dekat crowds, menjerit lah I. Biasa kalau pergi berdua dengan kaklong takde hal,sampai ke tengahari karang pun steady je, Shopping punya pasal. Lol, pasar pagi je punnnnn~


Kedai Mainan Murah

Kalau balik kampung, I suka pergi kedai mainan tajuk dia Big Toys. Awesome sangat kedai tu. Mula mula terjebak sebab anak-anak suka beli lego. Lego dia satu kotak yang biasa RM5 tu, dekat kedai tu RM2.50 je. Memang heaven lah anak-anak kan. Kalau RM10 dah dapat 4 kotak. 

So I tengok toys yang lain, quality dia superb dan harga pun murah than other places. Cuba tengok ni:



Unfortunately, tak banyak branch sangat. Ada di certain negeri je. Boleh tengok di website dia: http://bigtoys.com.my/  siap ada harga lagi so boleh nak bajet-bajet sebelum pergi kedai tu. Hiho. 

Footnote: April babies, Fiafia & Om, Makde tengah fikir hadiah ni. 


AD #1 - Jangan Pernah Menyerah


Super-Hu-Man

"Super-hu-man"
That's the word you once mentioned. 

Apa pun keadaan yang mendesak, menghentam, memaksa, meluka, menggores you saat ini, ketika ini, just remember that you are not just an ordinary human, but A Super-Hu-Man! Be strong, be tough. 

Doa & ingatan sentiasa ada untuk you & keluarga. Allah uji, Allah sayang. Tabahlah. 
Istimewa untuk yang I sayang, you know who you are. 



Darjah Satu

2016, my baby dah darjah satu.
Sekejap je masa berlalu. 
Pagi sekolah agama sebelah rumah, petang sekolah kebangsaan. 
Sekolah agama masuk 7:30, 7:25 masih terkedek-kedek nak keluar rumah.
Mana taknya, ada lubang/laluan dekat tembok sebelah apartment dan sekolah. 
Mudah & selamat. 
Try baju sekolah

Sekolah agama. Amboi suci murninya muka anak. Handsome luaran je ni. Nganga mulut eh mana gigi? Hahahhaha.

Orientasi. Muka stress 

Orientasi. 

Seminggu juga la la Abah dok menunggu. Manja kemmain ni. Lepas tu bawak Im duduk sekali & sekolah sekali. So far so good.  Alhamdulillah. 

For a record, ini gambar awak masa mula mula masuk sekolah. Somewhere in Kajang. 

Belajar rajin-rajin ya. Makde sentiasa doakan yang terbaik. 

Nasi Kukus Ilham

#Throwback

Last year punya ni.
First time makan the famous Nasi Kukus Ilham, Mutiara Damansara.
Last few years dah pernah pergi dengan abang & sil tapi masa tu dah habis.
Takde rezeki.
So hari tu pergi, Alhamdulillah, dapat rasa.
Tapi sebab tekak dah terbiasa dengan Nasi Kukus Damansara Damai, so Nasi Kukus Ilham ni macam boleh laaaa.
Nasi Kukus Damansara Damai kuah & sambal dia sedap tak tahu nak cakap lah.
Bertahun tahun makan masa duduk sana.
Still, dah makan few nasi kukus, macam tak boleh challenge lah Damai punya.
Hmm.

Ilham ni konsep dia Q for nasik & amik air, lepas makan baru bayar. Dia memang kalau nak makan kat situ pun bungkus, kalau take away pun bungkus. Yang best, air dah siap-siap dalam jug dua tiga jenis senang terus pilih je tak tercangak-cangak nak fikir nak minum apa.
Pedas! Padu!





The Jungle Book 2016



Tengok trailer, macam best.
Adam mesti suka ni lots of animal.
So planned bawa dia pegi tengok on Saturday.
Jumaat malam lepas balik kerja, sekali dengan Ayong pergi rumah abang.
Siang esoknya tolong dia buat poster & booking ticket.
Sold out! Tinggal seat yang tak best.
Last-last dapat lepas maghrib.
Ok cun.
Lepas asar keluar tengok kain, then ke IOI Putra.
Siap-siap solat magrib, redeem combo & masuk hall.

Kami pergi berenam. Abang, SIL, Adam, Im, Me & Ayong

Overall, awesome sangat!
Pandai budak tu (Neel Sethi) berlakon jadi Mowgli.
Waktu Kaa tu mintak maaf dulu lah, memang I tutup muka.
Tak boleh nak besar lagi ke gambar ular tu? Hahahhaa geli laaaahhhh!
Dan waktu last yang hutan terbakar tu, a bit dizzy rasa sebab gelap gelita nak fokus I jadi pening kepala. Tapi best lah!

Balik balik rumah,
"Erm, Adam nak jadi elephant dengan turtle je"
T___T Anak gajah jatuh lubang & turtle dua ekor masa dekat sungai itu yang dia perhati. Tidak la nak kan Mowgli ke, Shere Khan ke, Bagheera, Louie, or even Baloo hahahaha.

Memang nak gaya sangat dah Mowgli dengan kurus kering nya elok la tu





Tewas - 1st MC 2016

April 2016.

ElNino menyerang, aku tumbang.
Yang pelik, air minum hampir 3liter setiap hari tapi masih diserang virus/bakteria.
Mungkin habuk mungkin air kurang bersih?
Experienced for bronchitis infection last few years tahap ambil oxygen.
Mudah-mudahan dijauhkan.
Kata doctor, tekak kena infection dan bengkak.
Me tidak lah rasa sakit mcm bengkak kelenjar cuma terlalu perit tekak. 
Isnin pagi bangun lepas subuh suara takde.
Calm down. Tunggu dulu masih takda suara.
Decided ke klinik. 
Akhirnya first MC on 2016. 
Officially on April 4th. 
Ubat batuk yang sangat kuat.
15minit lepas dos pertama terus mabuk dan pengsan.
Hari kedua ke ofis buat kerja, dustbin teman baik duduk tepi. Tengahari tengah cakap phone dengan clent tak tahan, letak phone ke toilet batuk2 terus muntah. Makan pun belum sempat hadam.
Hari ketiga, berdoalah agar semua nya baik baik sahaja.

Updated : A week. Masih tak kebah. Antibiotik dah habis, batuk masih bersisa. Tinggal lagi sikit insyAllah by this week semuanya akan kembali OK. 

Footnote: I forgot about the ventolin & nasal spray. Since you're not around, no one remind me that. Missing & helpless...

April Babies

To My Darling Om & FiaFia;




Love,
Makde.