[Review] Lelong.Com.My - Shake n Take 3

Dah lama sebenarnya usha nak beli benda alah ni.
So haritu order lah online lepas puas survey.
+/- RM40++ untuk Shake&Take Ver. 3. blender + 3 bottles.
Beli di lelong. Link : Shake & Take 3 
1 botol air detox, 1 botol air coklat oat, 1 botol spare. 
As Seen On TV katanya. 
Mula mula dapat sakanlah blend buah lah, susu+pisang lah for breakfast usually. Lepas dah seminggu takde derrrrr, kuasa dah nak berbuah bagai.

Gigih sangat. Fresh Milk + Rolled Oat + Flaxseed + Habbatussauda' + Pisang

Blend semua sampai hancur dan minum. Sedap uols!
Lepas dah lama takde dah haaa. 

Now I stick to rolled oat (yang dah siap blend halus), flaxseed & susu tepung coklat brand Dutchlady.  
4 sudu makan susu tepung coklat + 2 sudu makan rolled oat + secubit habbatussauda + 1 sudu kecil flaxseed = Blend halus & goncang masa nak minum. Kenyanggg.
I am addicted betul susu coklat. Pagi petang siang malam tak kira masa nak minum hihihi. 

Air detox tu cemana?
It depends. 
Kalau rajin, malam before tidur hiris lemon, timun, limau nipis, cuka epal, masukkan air & sejukkan. 
Kalau tak berapa nak rajin, sebotol air letak cuka epal/delima sahaja. Atau tambah madu sikit.
Kalau terajin sikit lagi, rebus 2 sudu makan halba, tapis masukkan dalam botol tu, letak madu & cuka epal/delima. 
**Halba = Untuk cuci perut & darah, buang angin,  especially waktu datang bulan. Juga untuk melancarkan usus dan lain-lain khasiat boleh baca di sini.


Saturdate With Cuzzies! - Ikea Cheras

Saturdate with cuzzies!
SD-Gombak-Ampang-Ikea Cheras-Nu Sentra-Gombak-Ampang-SD.

Meraikan orang baru dapat kerja  & nak surprise birthday tapi tak menjadi, tak sempat. 

Macam gila ye tak?

Apa tak gilanya terpusing pusing macam hapa. 
Actual plan, nak ke S.A. Nak sangat sangat The Sumbs!! T___T 

So Fendi fetch me to Gombak to fetch Fara next to Ampang fetch Ayong. 
Dasar mengada manja nak suruh cousin ambil semua.
Mine terkecuali lah sebab Fendi before that ada kenduri kat TTDI so kira dekat lah kan? Ahahaha. 
And supposed semua jumpa di KTM Sungai Buloh aja one way terus ke S.A.
Tapi itu lah, mengadaaaa.
Dah alang alang kat Ampang tu, straight ajalah ke Cheras - Ikea - Meatball!

Sudah lah menunggu si Fara Ya Tuhanku sampai tertido tido dalam kereta. Lama bebenau! Lepas fetch Ayong, on the way ke Ikea, salah masuk jalan. Pergi masuk highway. Bagus kan? Nak exit tu dia kat mana entah, Bukit Jalil ke mana entah at last, hari dah hujan baru dapat masuk parking Ikea. Terus ke cafe dan nah!
Q. Pilih foods. Best part is, cafe dia beeeessaaaarrrrrrr memang tak de lah sakit hati tunggu meja kosong

Sikit eh bang? Hahaha

Ye, nampak sikit tapi kejap lagi campur air, campur ayam, campur kentang, I is nak muntah

Four of us! 

Hey kenapa banyak sangat ambik chicken wings ni?
Ayong yang lapar takde arah "Apa pula banyak. Cukup la ni sorang satu"
Tak, masalahnya Yong, chicken wings tu ada lima ok.
Failed math lah awak ni macam mana ambik account ni? Katalah sendiri nak makan lebih hahahaha. 

Dah sudah tu gegas-gegas ke surau. Same level dengan food court tu belah kanan sebelah cashier. 

Masuk-masuk je Ya Tuhan, rasa nak pitammm!! Sempit, sesak, panas! Aircond tak berasa langsung. Memang pening! Surau Ikea Cheras ni ruang ni lebih kurang besar master bed room standard apartment je kot? Rasanya lah. How come laaahhh. Sudahlah tu, penanda arah kiblat dia menyerong tapi macam mana orang solat arah straight? Then I dengan sorang makcik sebelah I buat bodoh je lah solat ikut arah kiblat tu, menyerong. Itu pun nasib baik terpandang masa tengah pakai telekung dongak dongak atas.

So, nak datang next time pastikan tak perlu solat dekat situ. Pergi pagi atau lepas maghrib ke isyak ke. Tapi in future, macam ada satu mall tengah bina sebelah tu boleh la solat di situ tapi tak tahu lah bila tahun siapnya. 

Next, dah keluar tu takde arah tujuan. Nak pergi tengok movie, tapi check-check nearby semua tak da yang available timing. 1Shamelin lah, IOI Putra lah, Midvalley lah. Last-last Nu Sentral. 

Yang bestnya, orang tudia ramai beratur. Sudahnya beli online. Pergi maghrib then beratur for popcorn pula. Nama aja express counter but stilll.... Oh well, surau Nu Sentral is awesome! Level 3 untuk lelaki, level 2 untuk perempuan if Im not mistaken lah. Alah cari je senang sangat nak jumpa. 

Surau luas, tapi ada air bertakung sikit dekat bahagian wuduk. Sejuk boleh tahan. Ada cermin besar to prevent orang merompak gamaknya dan juga ada jam yang accurate dan bunyi azan bila masuk waktu. Puas hati!

Movie time , London Has Fallen!
Syok gila ya cinema dia.


Hall 11. Tapi besar bagak!Hujung dunia pulak tu. Tapi screen dia besttttt besar yakmat sampai ke cecah ke bawah. Tu yang syok! Takde la pening kepala. 

Overall, cerita ni best at first. Tapi ending dia menyakitkan hati pulak. Biasalah movie mat saleh. Plot twist. Kerjanya nak blame muslim country over the world war. Padahaallllll  Kosserrr lah!

Keluar-keluar kononnya nak ke Paddington sekali dah tak sempat cos Fara nak balik Gombak celebrate dengan kawan-kawan dia. So tak menjadi la surprise. Next year lah yea. Hahahaha.

Lepas hantar dua orang tu balik, me & Fendi minum sekejap dekat Safreen bawah Axis. Yes dapat tapau sup kambing weehooo!!

Sampai-sampai rumah dah jam 12++ Mandi setel setel apa yang patut ZzzZZzzzZZzzzz~

Nanti-nanti kita plan lagi okay cousins! Bukan senang nak kumpul sekalian. Itupun Ayahcik bising Ayong tak balik kampung this week. Ala takpe, kakak kakak & abang abang dia ada lah. Hahahhaa.

Sampai keluar lagi, love you cousins! 

End.




[Review] - Lazada : Gold Bar Pen Drive

So, disebabkan pendrive comel nipis i telah terhilang, maka kita beli lah yang baru. Nak beli hardisk tapi hardisk yang lama ada cuma nak kena format dan beli cable baru saja. Tapi nampak gayanya macam nak arwah juga hardisk tu. Format dekat sepuluh kali tak lepas-lepas dah kenapa?

Last month, google-google jumpa lah yang menarik hati. Mula-mula tu dah bayar yang cartoon shape pendrive sekali entah macam mana habis stock. Itu yang cari lain dan jumpa lah yang gold bar ni. 

Perhatikan, in red circle tu ada tulis ship from overseas, malangnya entah masa tu blur blur so tak perasan. 

Maka, I pun cuma tulis as for local shipment. Tak tulis nama penuh pun. Dan lagi malangnya, tersilap shipped to home address. Biasanya ship to office je sebab memang ada kat ofis tak kemana pun kan. 

Makaaaaa, terjadilah sedikit pergeseran dekat pejabat pos tadi. Masa nak ambik pos daftar, kena bagi IC. Dah kalau nama dekat postage tu just a nickname such Nurul/Adam/Ahmad apa apa lagi lah nama panggilan kan ke tak sama dengan nama dekat IC. So diorang tak boleh nak release barang tu. 

Sebabnya mungkin ada orang lain yang jumpa kertas yang  minta collect item di post office tu instead of tuan punya barang so simply nama I Nurul so I datang nak collect this item. Free-free je orang tu dapat dan kalau bawa kes ni ke mahkamah, officer yang release pun sama kena. Amboi sampai ke mahkamah peginya. 

So disebabkan ini first time, tak mengapa dia lepaskan. Lagipun I muka very confident nak datang ambil tu dan maybe dia recognize juga kot muka ni selalu juga datang ke post office tu, perhaps?


Bertanduk okay menunggu pendrive ni nak tiba. 

Overall, puas hati juga lah dengan service lazada kali ini. Pendrive nya very wow. Seketul emas! Tapi malangnya kalau jual takde untung hahahhaha. Lain lah 1 gram gold bar yang I simpan everymonth itu. Siapa nak simpan gold bar setiap bulan, boleh lah contact I. Alah, tak banyak, 1 gram aja. Sikit sikit lama lama jadi bukit.  Gituuuuu sempat lagi ya.

Mari tengok produk yang dah sampai tu.

Dari jauh bersinar-sinar bergemerlapan laksana emas tulen bukankah? Tipah Tertipu.

Amacam? Hensem tak?


Ip Man 3 & Plan B

Throwback.

Tak ingat bulan berapa. Hahahhaa. Bole?
Masa tu kita plan nak tengok cerita apa eh actually?
Star Wars kot eh?
Lepas setelkan masalah kereta sekejap, tengok available tiket - Ip Man 3. 
On aja lah. 

So three of us pegi makan.
Cari-cari last-last decide nak try Plan B. 
Not bad la the foods. 
Mine, Lemonade & Salted Egg Carbonara.
YM Dato' & Pu3 lupa pula diorang order apa.
Mine mula mula tu a bit macam cair sikit. Dah lama lama dah sebati tu dia jadi pekat likat.
Dah la banyak memang cannot go dah.   

Lepas dah kenyang perut senang hati, kita tengok movie. #Rhyme

Overall, Ip Man ni best!! Sebab dia lawan lawan kot. So excited and khusyuk tengok.
Taaaaapii! 
Bila mana dia tengah romantik romantik dengan wife dia melayan wife dia tu, music sangat lah mendayu dayu membuai perasaan lalu I pun tersengguk sengguk dan tidor. Dah la baru lepas makan. Memang melayan lah. Hahahhaa tak boleh pakai punya orang!!
Tak lama tu dengar bunyi lawan-lawan dan I pun jenuh lawan mata nak buka nak tengok dan tengok la sampai habis. 

Next, AADC2 with Tappers Cafe? 



Tomyam Putih Favourite Emak

Tomyam Putih Ala Kampung

Ini emak yang masak. Mak tak suka guna pes yang merah merah tu. So basic ingredient ini lah. 
Masukkan serai, daun limau purut, lada besar, lengkuas.
Didihkan.
Masukkan ayam.
Masukkan tomato, bunga kubis, bawang besar sayur-sayur etc.
Masukkan kiub tomyam (optional), garam & secubit gula.
Perasakan. 
Siap. 


BACA - Temerloh

Temerloh is getting more interesting day after day.
Terbaru, ada book cafe.
Boleh lepak lepak baca buku sambil mengopi.
Awesome!




Kids corner. 

Front desk, coffee corner (masa ni baru buka so self service), and book shelves 



Landmark; depan perumahan Bukit Angin near roundabout nak ke jambatan temerloh. Lot sebelah Paparich, Ben Salim etc.

Enjoy reading people!~