Wedding Dila & Beautiful Bridesmaids

Oktober 18th, 2014.

Another wedding in Kasrah's Family.

Dila & Asy. Pahang - Penang.

Mode bridesmaids on! *Mode pengantin entah bila kannnnn*

So takde apa nak cerita sangat. Nikah jumaat malam tapi I tak sempat cos lepas kerja baru gerak dari KL. Sampai2 makan ayam sekejap then gerak ke TC cari tukang inai malangnya dah tutup then mummy beli tube balik buat sendiri. Balik homestay sekejap hantar barang then balik rumah Fara setelkan few things. Pukul 4 pagi baru siap, balik homestay  buat inai, ngam ngam subuh baru tido. Pukul 8 bangun mandi siap siap, mekap mekap, breakfast breakfast dekat pukul 12 gerak.
Here we go! Excited sangat dah kenapa entahhhhh
Baju beli di Nilai. Free size. Boleh fit dari XS - XL. RM70++ dapat diskaun RM50 sebab beli beramai ramai
Tudung beli di insta: shawlbistaa RM10
Flower crown RM15 kawan Zaty buat. Suppose RM10 je hmm hmm
Tapi dah sampai sampai tak dan nak rehat apa dah, bergegas bagi gift kat tetamu. Ni bridesmaids ke penanggah ke I pun dah tak tahu mana satu. Layan je lah.

Pukul 4 lebih baru dapat makan & baru terasa lapar. Lepas dah siap makan, gigih tak pakai spek ni, sekali nampak budak kecik eh macam kenal je ni. Hafiy! Anak Kakju! Oh oh terus capat spek & cari Kakju. Nampak dari belakang & nampak Abg Asrol. Ok zas pegi ke Kakju tegur. Debar okay nak tegur mommy cantek. Femes pulak tu. Hihihi. Lah, rupanya Abg Asrol partner dengan Jai (my cousin) Gitu ceritanya. Mesti Hafiy dah biasa dengan Yaya or dah biasa datang rumah sebab tu tak lekat kat daddy mommy dia pun. Tapi Hafiy moody tak boleh nak kacau. Marah dia. Tapi nak jugak menyelit Aunty snap pic dengan mommy hahahhaah. And Yousef oh oh tembam sangat macam nak makan kaki dia. Nak dukung tapi me myself dah berlengas macam apa masa tu & teringat Kakju update last time dia paranoid sikit orang nak dukung Yousef so okay, Aunty tengok je. Hahhahaha.
Tengok orang cantik. Tayah mekap beberia macam I kan? Molek je dekat situ. Serious Kakju lawa sungguh in person! Kakju next time saya datang kedai pulak okay :)


Dah sudah tu, ke Taman Gelora lah kita. Tapi sumpah nak menangis semorang sebab kain lace meleret leret tu mengutip ranting ranting. Dah serupa DBKL, MPK, MBSA dah ha! Jenuh nak bersihkan semula. Dah 6:30 tak larat dah nak ikut pengantin ke hotel, kami terus balik rumah.  Tu yang malam bersambung kat burgerak pulak tu ha.

Marilah layan photos. Malas dah nak membebel ni:-


Flower Girl versi baby. My darling Luthfia

Kasi chance lah


L.O.V.E

Bride + Groom + Bridesmaids + Flower Girls



Eternal love. Happy moment!


Tumpang laluuuuuuu~
*Semua bridesmaids ada pose begini. Mana aci seorang seorang hahahaha*

Kasi chance lah lagi

Thank you! Eh, penuh gambar kami je. Ehe. Maaflah.

N.


Kula Cake, Kuantan

Owned by Lila Wadi.
Yang last time kita pegi makan dekat IM (Indera Mahkota) tu.
So, semalam sebelum balik KL. Singgap kejap dengan Fara. Tapi tapau saja & I pun tak dapat nak snap pic beria sebab pegang baby Abbas tengah tido, nak hantar ke Taman Guru.  So ini je yang dapat snap:-
Kedai simple yang amat sangat. Kecik kenet. Nak lepak, boleh ke sebelah tepi tu.

Idaman semua orang. Mango Cheese Cake. Gambar Google.

Gambar google jugak. Sempoi habis. Landmark dia belah kanan sebelum kedai mamak Khalsa tu.


Next time mesti repeat. Check out their insta: kulacakes

N.


Burgerak, Kuantan

Elle was sooooo histeria about this burgerak. Dari haritu lagi kecoh dekat Wasap pasal burgerak. Tak boleh jadi ni, kena pergi. Jumaat malam tu jugak dengan gigihnya sampai sampai nak makan kat sini. Lepas keluar dari TC misi mencari inai tu, pegi lah Burgerak Air Putih pukul 12 lebih, brader2 tu elok je baru tutup. Diorang suruh try dekat De Mall. So ke sana lah pulak. Tapi pun tak jumpa. Frustttttt. 
*rupanya dekat dalam restoran De Mall tu. Manalah tahu. Kabo dekat belakang De Mall. Ahye!*

So esok malam, lepas balik dari Taman Gelora outdoor photoshot, nak jugak! Tapi tergolek kepenatan dulu masing2 magrib tu. Dengan hujan lebat yang bagai tak merestuinya. So lepas mandi dah layu sangat mata sebab sejuk hujan kan & Ayong & Zaty nak balik Temerloh dah. Me & Fara gigih jugak lah dah pukul 9 tu dah reda sikit hujan. So bergerak ke burgerak lah kita.

Sampai sampai kat sana, gila lebat. Sejuk menggigil gigil. Basah basah seluar.

Gini lah rupaya masa tu. Gambar google:

Ha kau. Time mintak order  kat depan tu basah habis la. Brader2 ni tak offer pun masuk tunggu kat tempat duduk makan tu cissskek kau.
Siang. Dah rupa logo MAS dah logo  nye ha.

So this is mine. DOUBLE BURRITO MUTTON.  Tamak kan! Tapi lazat tak terperi. Daging banyakkk. Fara got standard chicken burrito. Minah tu mana makan banyak & mintak tak pedas. Orang kata burrito ni pedas. Ni mesti kes Fara yang mintak, alih2 dia buat sekali yang tak pedas untuk I. Ceh.




Pisang Cheese




Sumpah sedap! Tak sama langsung macam yang pisang cheeese biasa. Kkakakakakakah. Kau! Over! Padahal baru petang tadi kot rasa pisang cheese dekat depan umah Fara tu terus gigih nak compare. Tapi siyes! Dia deep fry macam kentang tu, lepas tu grill, then macam ada letak air gula sikit & nutella. Sila lah woi telan air liur sekarang!Wajib repeat ni kalau pegi Kuantan lagi ok!

Dan, air teh ais kedai sebelah dia memang terbaik. Kawkaw!

Check out thier insta : http://instagram.com/burgerak

N.

Friends, Kuantan, Kemaman, Lilawadi & Mango Cheese Cake!

So, lepas kenduri-party Aufa haritu, plan-plan-plan via whatsapp dengan budak budak ni, end up takde kata putus, me along & zana ke ECM. Karaoke sejam dua.

Lepas magrib barulah dapat decide nak lepak mana. Me actually nak makan ikan bakar, sotong & all that yang fresh2 lah kan tapi pegi mention dekat budak budak ni nak yang bakar bakar. Sekali diorang bawak lah ke Lilawadi, steamboat & buffet. Hahhahaha hentam lah labu. Dekat 2 jam jugak lah lepak sini. Fun habis korek cerita lama. Yang rahsia pun habis terbongkar e.g. cerita aisyah frust dengan jemir, sumpah tak tahan, nak patah pinggang gelak okay.

So yeah, dah pukul 11 lebih macam tu, bergerak lah balik, tidur rumah Along.

Superb!!!


Ni nak kata, Lilawadi punya makanan superb! Their signature dish, Mango Cheese Cake seriously terbaik. Other than that, kitorang ambik set untuk grill/steamboat Beef Supreme sebab dalam tu ada seafood sekali, ada lamb sekali. Heh. Rasanya mintak tomyam soup, dah kenapa dalam resit jadi chicken soup T___T. Then budak budak kuantan suggest try air Pandan Cooler. Sedap! Ada rasa pandan+vanilla+lemongrass tapi dah sejuk tu macam tawar sikit.  Then ada nasik sikit & try dessert. Durian cheese cake + mango cheese cake + toblerone chees cake. Siapa entah buat lawak toblerone dah macam kuih kole kacang. Hoih!
Yang menjadi idaman ramai.
Housemate so excited nak suruh bawak balik tapi tak dapat der. Semalam buat experiment ngan Fara, pegi repeat tapau makan and tinggalkan sikit. Dah sampai KL tengok mencair. Meleleh. Kalau nak jugak kena bawak ice box letak dalam tu. Gigih sangat dah tu. 

With Pandan cooler. 

Durian Cheese Cake Terpaling Sedap!

Seafood.! Yang beef snap blur.



Jemput tengok, otak otak & sata sedap!

Besoknya, pagi pagi pukul 8 checkout. hahhahaha. Checkout katanya. Gerak dari rumah Along ke Kemaman. Teman minah tu appointment braces. Dah siap, misi mencari breakfast & misi menshopping keropok lekor, keropok keping & keropok sagu. Dan yang paling utama, Sata! Hoyeah dapat yang sedap!! Pueh ati den! Makan kat gerai gerai bodoh tepi jalan  je tapi tetap maveles okeh!

By 2:30pm, pegi terminal hantar Zana dulu. Mine pukul 4 tapi dia punya delayed kalah Air Asia. Pukul 6:30pm baru jalan. Macam nak pitam tunggu situ. Thanks A LOT to along & housemate sebab tunggu. Sayang ketat-ketat. Siap terserempak Linda lagi ha. 



Bila lagi ni entah nak pegi Kuantan ni? Yang penting kena pegi lagi before March next year nak redeem Swiss Garden voucher. Kalau tak mati kena bebel ngan bos. Mesti pegi lah nak repeat Kula Mango Cheese Cake, Burgerak & Sata. 



So YTTDTPAA, bila nya u nak pegi?



N.


Aufa Hanina 12th Birthday

Dah 12 tahun. Dah besar. Dah anak dara. Tapi masih melasak tak feminin langsung T___T 

10hb Oktober. So the kenduri-party was on Sat. 

Yeah, disebabkan salah date tu lah tak jadi booking stay dekat Swiss Garden. Next year! Next year!

Sampai dah malam, lepas dah mandi makan semua, tolong-tolong apa yang patut, hias-hias apa yang patut, by 2am tidur & right after lepas subuh esoknya, dah start membizi. Deco & buat buat apa yang patut. Dok buat captain much biscuit & potong buah untuk dipping dengan coklat, sedar sedar dah pukul 12 lebih. Pass kat orang lain, mandi lagi n gosok baju terus zuhur n jemur baju (sempat okeyh) terer mak! Lepas tu semua orang datang, layan & sembang dengan families, dah dekat pukul 4 baru zana & along datang. Dah tahap kebuluran dah. Hujan pulak tu ha T____T. After majlis, zasss gerak nak mini reunion dengan geng diploma & tidur rumah Along. 

Pictures:-

Fia & Maklong Zaty

Hip Hip Hooray!

Ada bakat tak I? Eheh.

Gigih kennnnnnn
Welcome board by Mummy
Ni lah bendalah nya yang beria sangat nak buatnya. Jenuh nak coat dengan white choc, lepas tu sprinkle dengan color rice tu dah tu tak reti reti nak keras, I bubuh dalam freezer 5 minit, settled! Biskut guna captain munch yang coklat tu.
Dip dip & dip sampai puas

Siblings
Kids. Line up nak sign guest book 
Ikutkan mak dia, semua nak pink, tapi okay lah untuk kek dengar lah permintaan kakak nak kaler biru Ehehehehe

So yea, happy birthday Aufa. Semoga menjadi anak yang baik, yang dengar kata, yang taat & hormat orang tua. Semoga cemerlang dunia akhirat. We love you! Muah!