Sup Daging

Ehem ehem ehemmmm.

Makanan paling takut nak masak tapi paling suka nak makan adalah daging. Sebab takut oih dia keras ketung tak empuk. Disebabkan keinginan nak makan daging singgang masam masam waktu sahur, tengok resepi semua pakai lengkuas, maka tak jadi la. Google google lagi tengok ada pulak sup daging tak guna sup bunjut. Ah mari try. Balik karang kita beli lengkuas. Yang best, tak guna sup bunjut ni. So tak perlu risau kalau tak de sup bunjut dalam stok. 


My version:-
Sup Daging Lil. Cececececeh~

Bahan-Bahan:-
Daging satu mangkuk
Satu batang saderi / celery
Segenggam cendawan carik carik
Bawang besar sebiji
Bawang putih dua biji
Halia setengah inci
Jintan Putih satu sudu kecik
Biji Ketumbar satu sudu kecik
Kayu Manis + Bunga Lawang + Buah Pelaga
Garam
Asam keping (Optional - nak bagi rasa masam)
Air

Cara-cara:
Masukkan air dalam periuk. Bubuh garam. Masukkan daging. Masak sampai empuk. Pastu masukkan batang saderi dengan cendawan tadi.

Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, jintan putih, biji ketumbar. Tumiskan bahan2 ni sekali dengan kayu manis, bunga lawang & buah pelaga tadi. Sampai naik bau.

Lepas tu masukkan bahan tumis ni dalam periuk yang reneh daging tadi.

Rasa garam. Kalau tak masin tambah. Sebab aku nak dia masam masam sikit so aku carikkan asam keping & bubuh dalam tu.

Pastu biarkan dalam 10-15 minit bagi dia empuk dan meresap bahan tumis tu. 

Sambil tu elok lah kemas kemas dapur basuh segala perkakas.

Nak lagi sedap, masak awal. Contoh, aku nak makan masa sahur pukul 5 jadi pukul 12 masak. Nanti pukul 5 just panaskan balik.  Sedap sebab semua bahan dah meresap.  Kalau  nak makan lunch, pagi lah yedak jawabnya kena masak.Yang paling tak sangka, lembut daging! Hahhahahah berjaya. Alhamdulillah....

Kesahnya, masak pukul 12 malam, membaca resepi pun dah tak betul jadi orang kata serbuk ketumbar aku bubuh biji ketumbar. Orang tak suruh bubuh bunga cengkih, aku gatai masukkan bunga cengkih. Tapi rasa takde lah pelik sangat. 

Okay lepas ni boleh repeat. Lepas ni boleh buat daging singgang pulak.

~



Nak Hilangkan Kuning Baby?

Dekat seminggu lepas balik rumah, Fia kena jaundice. Rabu, kena tahan semalaman kat hospital. Khamis petang boleh balik

Jumaat, masih pegi klinik ibu dan anak untuk checkup. Risau. Keluar hospital kuning dia 210 kalau tak salah. Tiba tiba check naik 213 pulak. Mula la menggagau cari tips nak turunkan kuning. Ada orang suggest bagi baby minum anggur hijau lah apa lah. Titik titik mcm tu je lah Tipsnya dapat dari emak yang ramai anak. So agak boleh dipercayai tapi aku tak berapa setujulah pasalnya baby kot. Tooooo fragileeeee nak bagi minum benda selain susu. Alangkan air masak pun doctor tak bagi, ini pulak jus anggur. Amboi!

Then, kami try mandikan dengan air herba cina. Beli kat kedai ubat cina, mintak je ubat mandian herba untuk baby kuning. Better cari yang dah siap pek macam teh uncang so that bila masak air tu takde berterabur hampas2 nya. 

Other than that kami try bagi dia air zam zam, titik titikkan kat mulut dia, usap usap badan n mandikan dengan air zam zam, Alhamdulillah, next checkup on Isnin, turun 180 even though doctor target 150. Okay lah tu banyak tu dari 213 ke 180 kan?

Sebenarnya tak tau dah hak mana satu yang menjadi, mandi air herba cina ke atau air zam zam tapi aku rasa sebab air zam zam lah kot. Kan banyak khasiatnya air zam zam tu. So nak kabo, y not cuba air zam zam kan dari bagi jus epal la jus anggur la susu kambing la. Susu kambing tu pun entah steril ke idokkkk bagi anak minum begitu sajaaaaa huish. Ya, of cos lah susu ibu terbaik tapi dah kalau yang ada masalah dengan susu ibu tu macam mana lah pulak kan...

So, cubalah.

Derrrrrr..membebel macam dah beranak. Bhahahhahahhaha. Sudah lah kau. Diam situ.


Safirah Luthfia

Just to introduce our little princess, Safirah Luthfia a.k.a  Fia a.k.a cikpia (; InsyaAllah membesar menjadi anak yang solehah dan bertepatan dengan maksud nama ya Fia?

Little Girl

Finally, yang ditunggu sudah tiba. Alhamdulillah syukur YA ALLAH Kau perkenankan doa kami untuk dapat baby girl.

Asar, 10.04.2014 Kaklong selamat lahirkan baby girl. Too smalllll too fragileeee.

Nampak je besar tapi sebenarnya halusssssssssss 2.29kg sajooookk.
Jadi, seminggu selepas tu aku balik lah dengan tahap keterujaan melebihi segala-galanya. Sampai sampai bad news, baby kena tahan ward, kuning tinggi. So tak dapat jumpa. Tak apa lah. Melayan abang abang dia je lah. Esoknya, lepas Asar kaklong called kata baby boleh keluar. So pegi amik. Pungpangpungpang itu ini dekat magrib jugaklah bole keluar nya. Nasib hospital dekat je. 

First time jumpa Ya Allahhhhhh keciknyaaaa. Halus sangat. Abang abang dia semua 3kg++ Takut pulak nak pegang tapi buat buat pro lah. 

***Dah takde idea nak type apa. Biasalah tu, bila dah lama tinggal. Hah lupa semua***

Nextt....


Kenduri Kawin

Lama tak update blog. Apa nak update pun dah lupa. Jadi sebelum gambar gambar dan cerita cerita yang ada berkuburan macam tu je, baik lah ku tepekkan kat ini. Ada jugak nak dibuat kenangan.

20April, Ayie & Auni dah selamat dilangsungkan. Arwah TokBah kata kalau Ayie nak kawin, buat je kat rumah dia. Maka, kami semua pun setuju buat kat sini. Malam nikah tak pergi sebab sibukkan dengan cikpia. Besoknya masih sibuk dengan cikpia dan emak cikpia dan kelam kabut dengan fendi nak pegi kenduri. 

Tengah tengah makan nasik boleh pulak perut meragam. Nak tumpang bilik air orang segan. Rasa boleh betahan then okay lah. Tp lagi 5minit nak sampai Bt4 dah tak boleh terpaksa stop kat petrol station. Sampai sampai Bt4, siap siap solat terus berkencah dekat beranda nak buat photobooth station. Nasib baik ada Boy & Ayong tolong panjant panjat nak pasang backdrop and stuff. Lepas magrib siap siap balik Bukit Angin. Cikpia belum mandi. Bibik tak berani. Maknya tak berani. Nenek pegi Teregganu.

Esoknya, tunggu Syahmie balik tuisyen then bergerak lah ke Bt4. Orang tak berapa ramai lagi. Tak sorang pun ada macam tema red gold nya haha. Semua pakat safe color, red & black sudah.

Cuaca Alhamduillah elok, tapi ngam ngam pengantin sampai, hujan lebat selebatnya. Sejarah sungguh. Lepas lepas dah makan, my SIL keluarkan monopod dia. Wahahahhahahahhaha apa lagi, menggila lah semorang.


Memang saja buat props entah apa apa nak memeriahkan suasana. Ehe.

Cousins. Bujang. Tak cukup korum pun. Mana entah yang lain. Tido dan entah mana pegi.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Ayie & Auni, semoga perkahwinan korang kekal ke syurga, bahagia hingga hujung nyawa. Amin.