Humpty Dumpty!

Weekend yang lepas balik kampung. Ada Adam. Mak, abang sibuk dengan kenduri rumah jiran.

Breakfast dengan Adam dekat dapur. Bibik tengah mengemop lantai & bilik air.

Lepas tu dengar bunyi orang jatuh. Terus lah aku pun "Bik! Okay ke?" "Ya ya lantai ini licin. Lupa udah disabun" Okay....aku terus suap adam.

"What happen Ma De?" soal Adam

"Oh..takde ape. Tu bibik jatuh. Lantai licin" jawab aku.

"Oooooo" makan dan diam kejap. Lepas tu dia sambung.

"Jatuh macam humpty dumpty tu?"

..............................................................

Aku pandang muka dia. Tahan. Antara nak gelak dan kesian. Tengok muka dia sikit punya jujur dan polos ke bagi soalan macam tu. Last last tak tahan, gelak lah apa lagi. 

Aku terbayang bibik jatuh macam humpty dumpty tak lepas bangun.

LOL! Naseb kau lah bik.

Ha panjat! Panjat! Jatuh macam humpty dumpty karang tau lah awak.


What The What???

Jam dah nak dekat pukul 1.
Lapar dah ni.
Ymail buat hal.
Ha mula la aku nak merempan ni.
Baru dua bulan lepas rasanya aku rombak segala mak nenek password.
Ni dah nak kena change lagi.
Dah apa masalah nya kau ni Yahoo Mail?
Memang lah aku online banyak tempat.
Handphone sasah lah akan sentiasa masuk notification.
Padahal weekend baru ni aku takde bukak pun email.
Dah kenapa? Nak kena bukak hari hari?
Heyyyyyyy panas hati betul ni.
Stress.
Takde keje lah nak memikir new password nak tukar bagai.
Sakit jiwa macam ni.
The What????
Tak cukup strong lagi gamak eh segala mak nenek capital small letter numbers aku taruk. Kau nak apa lagi? Simbol pulak kot eh????


Resepi Kek Karamel



Okay, selepas percubaan kalipertama 70/30 dia punya kejayaan sebab terlingkup berjejehan puding dan karamel, second trial manis dan over karamel & third trial pulak 90/10 sebab rasanya manih leting. 

Okay marilah kita taruk resepi supaya tak lupa di kemudian hari. TQ to lovely Izza sebab sudi tunjuk ajar walaupun hanya berwhatsapp, tetap  tiptop!

Macam lawaaaa je. Mati la perasan sorang

Second trial. Air gula berlimpahan

Lapisan puding tebal. Belang not bad lah jadi lah tu. Tersengih bangun tido tengok ni.
 Sumber : Puan Izza

So basically nak buat kek ni ade 4 steps.
Kita start dengan lapisan atas sekali iaitu lapisan gula hangus atau karamel
Lapisan kedua, bawah dia lapisan puding
Lapisan ketiga, lapisan adunan kek yang dah dicampur adunan meringue.

Mari. Ini untuk rasa manis lemak lemak manis bukan super-duper manis membunuh.

Step 1 - Bahan (A)
*Untuk buat gula hangus*

2 sudu besar gula
Masukkan gula dalam loyang, ratakan. Guna api kecik. Biar dia mencair slow slow. Bila dah nak mencair semua, kacau sampai hancur. Kalau rasa pekat likat sangat tambah air sikit. Jangan sampai gelap sangat kaler dia. Jangan sampai hangit. Kang pahit.

Step 2 - Bahan (B)
*Untuk buat lapisan puding*

1/2 tin susu cair
40gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau adunan B dengan perlahan. Seeloknya guna whisk. Kacau jangan sampai berbuih kemudian tapis masukkan atas lapisan gula hangus tadi

Step 3 – Bahan (C)
*Untuk buat lapisan kek*

140 gm tepung gandum
40gm gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak

Pukul kesemua bahan di atas dan letak tepi.

Step 4 – Bahan (D)
*Untuk buat meringue*

6 biji putih telur
(Putih telur ni amik dari kuning telur yang dah asing tu. Jimat kan?)
50gm gula kastor

Pastikan bekas nak buat adunan meringue ni setitik pun takde air. Lap kering kering ye baru masukkan telur.
Pukul putih telur sampai berbuih.
Lepas tu masukkan gula kastor.
Putar dengan kelajuan paling tinggi sampai adunan jadi “soft peak”
Meringue anda dikira jadi kalau terbalikkan bekas berisi adunan tu dia takkan tumpah setitik pun sebab dah kental.Macam ni : Klik.

Cara-cara :

1. Campurkan adunan C & D guna kaedah kaup balik, sampai sebati.
2. Kalau nak buat dua warna, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Kalau tiga warna, tiga bahagian lah. Campurkan warna untuk setiap bahagian.
3. Tuang adunan tu secara berselang-seli ke dalam loyang yang ada pudding+ karamel tadi.
4. Bakar dalam masa sejam dengan suhu 160c dengan menggunakan kaedah bain-marie / water bath / double boil. Iaitu loyang berisi adunan kek ni tadi dilapis dengan loyang besar sikit dari saiz dia yang dah diisi kan air. Supaya lapisan karamel dan puding tadi tak hangus. Macam gini.
5. Bila dah masak, biarkan kek sejuk dan turun dengan sendirinya baru terbalikkan dia. Lepas tu simpan dalam peti ais.
6. Eloknya buat malam. Lepas tu masuk fridge. Esok siang boleh makan .Sedap makan sejuk sejuk!

Macam mana nak buat adunan warna selang seli tu?
Okay macam pink hijau ni, ambik satu senduk adunan warna pink, curah kat tengah tengah adunan karamel + puding tu. Lepas tu amik pulak adunan hijau. Tuang atas adunan pink tadi. Dia akan melebar melebar dan melebar sampai menutup semua ruang tepi tepi tu. Pastu lapis balik kaler pink. Lepas tu lapis pulak kaler hijau. Ha selang seli gitu. Kalau tiga kaler, buat la tiga bahagian dan tiga kali lapis. Buat la sampai nak penuh bekas tu.
Third trial. Selagi tak perfecto, selagi tu aku letak tajuk dia trial ye puan puan. Belang bersepahan entah lah kenapa. Ini guna pewarna minyak. Oil based color.

Tetap lah menawan hati aku. Jaga kau. Weekend ni buat lagi. Welcome home baby fatty!




Meringue

Rasanya semorang dah tau meringue tu ape dan macam mana nak buat dia. Aku sorang je gamaknya jakun eh. 

Ni saje nak tayang. 
Bendalah meringue ni nak buat dia, pukul telur putih guna sampai berbuih. Lepas tu, masukkan gula  beat lah dia dengan kelajuan mixer tu yang paling tinggi sampai kental dan berupa “soft peak”  iaitu kalau kau terbalikkan mangkuk, dia magic macam ni:
Meringue Magic
Magic kan bila telangkupkan dia tak jatuh. Kagum mak! Kalau tergelincir sikit sikit lagi tu ha belum jadi lah tu. Sambung pukul lagi sampai kental.

Kalau kat rumah mak ada stand mixer maka enak sangat la aku goyang kaki sambil tunggu dia siap. Tapi sendiri punya hand mixer. Tak ke sengal tangan nak menjadikkan dia soft peak?

Aku buat meringue ni sebab nak buat kek karamel. Klik sini resepi dia.

Pasca Bajet2014

Lokasi : Kaunter KTM Kepong Sentral

Balik kerja, dah lambat. Terkocoh kocoh pegi kaunter, hulur kad. 
Aku : "Kajang Satu"
Encik Kaunter : "Awak tunjuk kad ape tu?"
Aku : *blur* *tunjuk lagi* "Kad ni lah"
Sungguh cakap aku tak perasan langsung notis kat kad ni yang kad ni expired bulan lepas. Alah, berapa hari je pun. Tak sampai sebulan je lagi tarikh dia dan untuk kali pertama bulan November baru aku naik train ni okay.

So aku pun hulur la kat encik tu
Aku : "Er..kad ni la encik"
Encik Kaunter : "Awak tengok kat sebelah tu *sambil tunjuk notis yang kata kad ni dah tamat promosi dia*"Ha baca! BACA LAMA LAMA!
........................................................

Kurang ajar tak? Kau tak boleh nak sopan sikit ke kot iye pun nak suruh aku hadap notis tu sampai muntah??

Well encik kaunter yang BUDIMAN, orang takde masa lah nak renung notis kat kaunter tu unless masa tu berjujut orang beratur kot logik jugak la sempat nak tengok keliling. Ni aku dah la lambat, lagi nak buang masa baca notis segala bagai. Kalau hari hari aku naik komuter kot la perasan. Atau promosi tu tamat dah setengah tahun pun boleh la nak bantai aku pedih pedih macam tu. Ini? Dua minggu pun tak sampai lagi lah okay!

Budi bahasa dengan customer, attitude out! 

Sakit gila hati aku. Malu okay. Macam kan hadap sangat dengan diskaun tu. Eh heloooooo mesti la hadap. Dari RM3.90 ke Kajang tu aku bayar RM2 je okay pakai kad tu. Sapa yang tak suka diskaun? Tak payah nak membohong la. Dah la barang semua naik harga, lagi kalau kau tak kesah nak membayar memang kau kaya tahap dewa.

Aku bukan lah nak marah sangat kat tamat tempoh tu sebab mmg stated kat situ tarikh tamat dia. Cuma aku tak perasan. Eventho sakit jugak lah hati kan, elok elok lepas Bajet2014, habis semua nak kena potong. Kot la kerajaan baik hati nak sambung diskaun ni ke kan. Nan hadoooooo. Berangan la kau kat situ sorang sorang.

Tapi,

Yang aku nak marah dan sakit hati sangat tu, kenapa encik pekerja KTM ni berlagak nak mati, sarcastic gila, bajet hebat, poyo, macam bagus sangat je nak perli perli aku macam tu?? Hah???

Tak boleh ke ayat tu sounds like "Cik, promo diskaun ni dah tamat bulan lepas". Gitu. Susah sangat ke?!!?? Haih!

Terkebil kebil kejap kat kaunter tu sambil dok manis mulut tanya lagi actual price. Bengang gila. Rasa nak sumbat je duit dalam mulut dia. Nah ambik! Ambik lah RM3.90 awak ni!

Meluat.

Gambar notis tak hadap aku nak snap.

Menyampah!
Aku tahu ini semua tak adil
 Aku tahu ini sudah terjadi 
Mau bilang apa aku pun tak sanggup 
Air mata pun tak lagi mau menetes
Kau dengannya seakan ku tak tahu 
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Ku terima walau sakit hati~

Now what? Dah boleh kepak kepak kasi patah dan bakar lah bukan Kad Komuter 1Malaysia ni? Simpan buat kenangan pun tak guna. Ending dia kenangan pahit kelat busuk nak buat apa!

Urghttt!

*Istighfar*Istighfar*