Restoran Thai Base, Bandar Sri Damansara

Sambutan ulang tahun princess. 

Dinner.

Mula mula berangan nak makan dekat Manhattan. Berkobar kobar dengan set platter dia bagai. Murah kot! Sekali double confirm balik lagi dua hari nak pegi, eh eh kenapa sebelum ni tak perasan only on weekdaysss!!!! Ergghhh benci lah! Dato' apa lagi, keluarkan perintah re-plan lah. Blur. Blank. Tak tahu dah dekat mana nak pegi cari tempat makan yang sedap dan affordable lagi heaven.

Fikir fikir, okay lah. ThaiBase. Sebab? Makanan dekat sini murah, sedap banyak eventho amik yang small portion. Tapi risau jugak sebab biasa weekend memang penuh. Takut sampai takde seat. Awak masing masing tahu lah kalau dah lapar karang haaaaa hijau muka masing masing.


Ok confirmed! Sabtu malam dinner.

Sabtu petang, tak sedap hati kalau pegi je without booking. Manalah nak tahu kot penuh ke kan. Around 6pm macam tu call dan book. Ok settled!

Sampai sana around 9pm, baru order makan. Takde lah lama sangat nak tunggu. Tapi orang ramai yang amat. Ade banyak aquarium. Budak budak suka lah melalak lalak.

Reserved untuk 3 orang so dia bagi meja kecik lah, untuk 4 orang tu. Tak tahu yang kami ni kejap lagi nak makan bukan macam makan bertiga. Hahahahah. Tak muat meja okay. Ngam ngam i tell you!

Pity my baby boleh terseliuh pulak tangan. Tapi sebab dah janji nak dinner so dia datang jugak. Tq so much dear *xoxo*

So, menu? Tayah cakap banyak. Nah scroll laju laju:
Siakap 3 rasa. Small fish. SMALL okay? Ini SMALL? Kalau medium gabak mana agaknya?

Butterprawn yang lazat gila. Tinggi plak tu datang. Makan makan tak habis. Makan makan ada lagi. Eyh. Ajaib pulak rasa. Jenuh nak abiskan. Ini pun SMALL PORTION.

Sotong creamy butter. Sedap tak payah cakap. Pekat berkrim. Pun SMALL PORTION!

Kerabu mangga. Banyak betul. Semua pun SMALL PORTION

(Tomyam Campur + Telur Dadar + Nasik + Air)

Total?


RM107.20


Murah?

You judge.


Dato' kata supposed harga dia lagi mahal sebab tengok je la ikan tu besar. Ha i told you sini murah. Cewah.

Sedap?


Overall. Cuma tomyam tak kick sangat.

Owner?

Chinese Lady (Mualaf) - Dari apa yang aku dengar lah. Kalau salah tolong betulkan. Jangan risau. Sini halal. Dan ya, pernah masuk JJCM TV3 pun.

Nah:
Amik dari internet. Tak ingat blog sapa. For reference. 

Recommended. Sila lah. Oh, buka sampai jam 11malam. Tapi, ahad tutup ya. TQ. *iklan tak berbayar*

Bye.


Happy Birthday Dearie Princess


Ulang tahun my baby princess. 

Tak tahu nak bagi apa. Timbul idea nak bagi jambangan coklat. Yes. Bukan bunga. Coklat. Chocolate bouquet orang putih kata. 

Google jom. 

Ya Tuhannnn...Mahal kemain ni area KL ni. Jumpa jumpa nunnnn jauh di Terengganu sana. Makaih. Tapi tengok hasil kerja dia semua lawa lawa. Aish. Ok lah. PM. Dealed. Tapi haku ni kan banyak sangat kesah nya nak tambah itu nak ini nak kaler itu ini macam macam. Akhirnya? 

Bila kakak tu kata dah post, lega lah. Tapi bila kakak tu post gambar. Allahhhhh nak meroyan rasa. Kenapa pelik sangat color combination dia. Masa tu baru nak keluar pegi ofis. Nak menangis dah ni. Mengadu lah ape lagi. 

Around 10am keluar ofis, pegi Putrajaya, Subang etc, jam 5 lebih balik ofis. Dah agak dah mesti barang dah sampai. Takpe, sabar. Tengok atas meja:

Tuddiaaaaa besaq baq ang!!!
*lawa kan workstation ahkak (-_-")*

Sod Ba Ro. Sod Ba Ro. Sabar Sabaaaaarrrrr. Keje banyak lagi tak siap tu. Solat pun belum. Dah habis setel segala, around 8pm macam tu berangkat lah dengan kotak kotak ni balik rumah. Malas nak bukak dekat office. Biar karang nak merempan apa dalam rumah. Eheh.

Sekali, dah masuk bilik, tak boleh tahan. Bukak jugak. Sekali menjerit macam onggile. Happy!!!! Lawaaaaaa!!! Lain langsung dari akak tu upload. Dia punya color contrast & vibrant gila kot. I was so mad at that time. Gila kau tengok live bapak comel nya. Ala ala pastel color gitu ha. 

Hah, real color:


Kan???? Lawa kan? Kau kata tak lawa pun aku pedulik hapa. Ia tetap lawa.  Dato' dah bagi sedas. U lah, freak out sangat. Eh hellooo i nak yang terbaik of coz lah freak out cuak dan sebagainya bila benda ni out of my imagination. Ehe. Ampun Dato' *peace*

Her fav color is pink purple. Jadi aku gatal la nak tambah putih sikit konon sebab tengok dekat gambar customer yang lain nampak lawa. Apapun ianya lawa dan tuan badan suka. Alhamdulillah. 

With a present. Settled. Happy birthday sayang.

Ade kad ucapan juga.

So, sesiapa yang berminat nak order, sila lah contact KakTie ni. Dia okay. Melayan customer banyak karenah macam haku ne ha dia chillex je. Bole check FB dia Tie Homemade Choc


Till then~


Iman Adam : 3 Tahun 10 Bulan

Okay lah kan.
Combined by me
Kak ipar hantar whatsapp. I was surprised. Eh, pandai pulak anak buah ni mewarna ikut warna asal gambar. Sebab tak pernah tengok, jadi jakun sekejap. "Eh kak! Apesal bijak sangat ni. Not bad ni warna ikut warna asal. Surprise ni" Lalu kami berdua terjakun sekejap dan terus explore lagi perangai pelik dia. 

Kemudian,

Ini Ummi katanya. 

Bhahahahahahaha!!!

Aku dah gelak besar! 

Ummi? Bhahaha. Kesian kak ipar aku.

Tapi hey, ok lah kan. ade nampak rupa jugak la. 

Ada kepala mata hidung, mulut tak tahu kat mana, tangan, kaki. Hahahaha.

Ok jangan gelak.

Biasa lah budak budak berimaginasi.

Kira ok lah ni.

Oh tapi gambar dia cantekkkkk. Ade rambut bagai. Pfft.


Handsome?

Yeah, tengok lah anak buah sapa. Eheh.

Berani?

Lah sangattttttt.

Habis je upacara mengaum ni, mencicit lari takutkan dinasour.












Buah hati makde. Lagi dua bulan awak empat tahun. Lepas tu dah masuk sekolah. Eeee sekejapnya. Rasa baru lagi sambut awak dulu Disember 2009.

I love you.


Laksa Goreng


Pernah makan? Laksa goreng.

Ini kes over confident mee kuning in stock.

Okay, memang lah ada dalam peti. Tapi nasib jugak lah tengok dulu sebelum masak. Expired bulan september 2013. Terus lah campak dalam tong sampah. Relax, jangan nangis. Fikirkan alternatif. Perut dah lapar tahap giga ni. Nampak laksa basah. Ah hentam je lah.

Siap! Hmmmm sedap jugak. Not bad. 

Nampak nya virus menggubah makanan AdDean dah menular. 

Nasib lah.


Imam Muda Iman Adam

Hensem?
Bakal imam muda ni. Ehe.


Pukul 6 petang:

Adam: Abah, jum la cepat la kita pigi.
Abah: Pegi mana?
Adam: Masjid.

...................

Adam: Umi tinggal rumah. Umi tak boleh ikut gi masjid. Tak muat.

*cengkerik*

Amboi! Macam kan besar sangat lah mak kau tu? Notty boy! But i heart you. So very much darling!!



Color Rice. Beras Warna Warni

Ada sesiapa anak anak atau anak buah atau adik atau sendiri yang nak kena buat projek seni color rice? sand color? Meh nak ajar. Buat sendiri.

Actually ini untuk D punya project seni untuk exam. Dah macam kan susah sangat nak mencari orang jual bendalah ni. Meh kita buat sendiri.

Bahan:
Beras
Pewarna (water or oil based)
Cuka - nak bagi color lagi vibrant & tahan lama.

Cara:
Satu sudu besar cuka makan. Letak dalam bekas, titikkan pewarna suka hati nak banyak mana. Kalau kata merah nak terang, titikan banyak sikit. Kalau nak jadikan dia pink, campur air sikiiiittt je dan kaler merah tu sikit. Lepas tu masukkan beras gaul sebati. Serakkan atas kertas biar kering. Dalam sejam dua jam kering dah ni. Tapi nak lagi elok semalam pun dah ok. Then, cara aku nak senang bubuh dalam plastik nnt kalau nak curah dalam jar, just potong kecik je hujung tu dan tuang.





Kuning dengan orange shared satu color actually. Untuk kuning, jangan bubuh warna banyak sangat. Untuk orange, lebihkan pekat sikit. 

Nice gila kan?
So boleh la bubuh dalam botol macam gini. Niceeeee!

Sila cuba. Comfirm dapat A+++ hihi  :)


Coklat (Homemade)

Tak tahu lah mana datang akal nak buat coklat sendiri. Dan tak tahu macam mana terjebak entah. Tahu tahu, search n google here and there, masuk website www.bagus.com.my drommmmmmm bermacam macam jenis barang kek coklat biskut etc. Membuak terus adrenalin. keh keh keh. 


Alang alang pegi Kajang, singgah la sini. Dah nak buat muncung dah hampir hampir tak jadi. Lepas tu bila abang ok je, maraton dalam kedai tu. Tu pun dah kena warning call suruh cepat. Capai capai capai. Ok balik. 


Dapat la coklat compound, oil base color, mould, piping bag, walnut, birthday candle adam etc. Lepas tu bengong tak beli white milk compound. Kau ingat campur kaler pink dekat milk chocolate compound kaler brown tu, bole megik la bertukar? Deeeerrrr silly!

Nak buat untuk adam tak sempat. Kesian dia asik asik nak coklat. Kitkat la choki choki la. Malas sungguh nak layan dia makan choki choki tu. Manis melampau lampau. Tak macam zaman kita kecik dulu. 

Balik raya haritu buat. Bila dah nak habis satu tube tu, gila tak gila la suruh syahmie dengan rifqi tadah mulut, meh nak pipe kan dalam mulut korang. Wahhhh heaven eh duduk ngan makde. Aiskrim la coklat lah. Hahahhaha. Dengan ayah korang? Harapaannnn.

Lepas tu bila dah siap, surprise me!! Sekejapan je habis. Adik, abah dengan anak anak buah semua sama naik licin coklat. Hoih! Makan ke ape. Hantu coklat semua. Lagipun rasa dia sedap okay. Ala ala cadbury *sikit laaaaaa* pun ade. Tak lah too sweet tipu rasa gula tu. 

Ia senang je. Cairkan balik coklat tu guna teknik double boil. Syarat dia jangan kena air setitik pun. Nak lagi senang potong kecik kecik bubuh dalam piping bag, sealkan dia. Lepas tu cairkan. Bila nak buh dalam mould, gunting je hujung tu. Easy much aite? Tak payah nak sepah sepah. 

Lepas tu masukkan dalam fridge 10-15mins, setel. Makan! 

Ini Milk Chocolate Compound. Boleh beli kat branch Bagus. Atau online ordering www.bagus.com.my

Ha bubuh dalam piping bag macam ni seal siap siap. Dasat tak teknik double boil aku? Punya la tak nak kena air. Bhahahahahha.

Nah, kalau nak bubuh kacang, make sure panggang atau goreng tanpa minyak dulu kacang tu. curah coklat half, buh kacang, tutup lagi half ngan coklat.

Yang dah cair.

Siap!



Alphabet.

Birthday anak anak buah lepas ni boleh la souvenir/party pack! Setel satu hal.

Ohya, 1kg coklat compund tu lebih kurang RM13.50.

~

Kek Karamel (Yang Tak Jadi)

Amacam? Jujur lagi ikhlas tak tajuk? Wahahahahaha. Nak kata apa, memang rupa paras dia hancur. Tapi rasa dia tak hancur, mind you! Ceh.

Last year, start kenal kek karamel ni dari Izza. Order dari dia. Balik rumah SIL kemaruk. So do i. Lepas Izza habis pantang, repeat order. 

Lepas tu SIL pindah. Jauh dan dah tak dapat nak rasa kek Izza. Dia beli dari kawan kawan dia pun rasa out. Tak sama macam Izza punya. So aku pun gigih lah mintak resepi dari Izza. Oh lovely! Dia tak kedekut resepi okay. Siap describe dan tunjuk ajar aku lagi macam mana nak buat dan apa yang dia ganti untuk make sure jadi rasa sama macam dia. Hey i love you la babe!

Kecuakan nak buat tu ada sebab nya aku pernah buat karamel tapi harammmmm keras kejung gula dia. Pelik. Lepas tu Izza kata memang la akan keras lepas tu nanti bila masuk oven dia cair la balik. Eyh? Bangang nya aku rasa. Bhahahahahaha. Ingatkan salah. Kahkahkah. Ok takpe, berdasarkan tunjuk ajar tu maka, kita test buat gula hangus dia dulu. Maka, berlakulah pembaziran tiga empat sudu semata mata nak test gula hangus. And yes, passed! Tak sabar nak balik kampung buat.

Maka, first time jugak lah buat meringue. Beli telur sampai sesarang, kau over tak? kahkahkah. Bukan la untuk kek je, untuk lain jugak. Tapi sebab cuak sangat takut tak jadi nak asingkan putih n kuning telur untuk meringue tu maka aku gigih la beli banyak2.

Bibik sibuk sibuk nak tolong buat aku rasa nak menangis bila dia asingkan tak jadi. Badan dah la penat. Dah la first trial. Dia sebookkkkkk la tengok step by step. Dok tanya tanya lepas ni mau buat apa etc etc. Pandai ya buat kuih. Haah kuih sangat laaaaahhh~~~~ Ggggrrrr.

Lepas dah siap batter dia semua, nak sengih dah ni tengok not bad walaupun kaler purple dia pelik! Tak kesah la.
Ingat nak bubuh kaler merah tapi SIL tak bawak balik pulak dah tertinggal kat sana
Masuk oven, pegi join abang dengan adik tengok Tanda Putera sambil dok tunggu kek siap. Masa tu jam pukul 1 lebih. Gigih sangat tengah malam buat. 

Lepas tu oven macam buat hal. Aku rasa dah sejam tapi tak bunyi TING! lagi. Pegi tengok timer dia macam tak betul. Hmmmm belasah je lah dah sejam. Bukan berkait dengan timer pun kan as long temperature dia ok. So, keluarkan. 

Tapi dah malam buta, kepala pun dah tak betul bangang tahap dewa kot. Orang kata tunggu betul betul sejukkkkkk baru terbalikkan dan bubuh dalam fridge. Or maybe like, dah sejuk, masuk fridge baru terbalikkan. Kot.

Yang aku haram tak sabar, terus terbalikkan dia. Kau ingat kau masak kek span ke ape cik kakkkkkk. Tak ingat dia ada karamel yang mencair kat bawah tu.

Elok je terbalikkan, tu diaaaaa meleleh leleh la kan. Terus telangkup kan balik dalam loyang. Hahahahaha sengal betul! Lepas sempat rasa eyhhh sedap ni. 

Frust dah ni sebab satu, timer bengong. Dua, pegi terbalik belum masanya. 

Malas fikir, tido. tido. 

Esok pagi bangun, bismillah....

Presenting.......karamel hancur nama dia.

Tapi, bila rasaaaaaa ommmaaaiii nak nangis! Sedap!!! Paksa SIL makan. Okey, she agreed sama macam Izza buat. Glaaaaaddddd! Tak apa lah, first trial memang macam macam *sedapkan hati* bhahahahhahah. 

The best part was, mak kata nanti kalau birthday boleh buat sebab tak jemu makan. Tak muak. Oh i love you mom! Pandai bodek anak dia yang kepucatan dan kefrustan that day. Hahahahaha. 

So, next month, birthday abah, boleh buat lagi ni. I'll make sure it perfect! Cewah. 

Resepi, bila dah jadi cantik tertarik kau memang da bomb baru nak bubuh. 

Bye.



Pil Urat

Ehem amboi lama betul bersawang bawang blog ni. Shosho.

So, raya haji haritu sangat lah tak raya. Bangun pagi, mandi, siap siap, makan. Tunggu orang balik solat dan entah tak ingat dah. Yang ingat nya telan ubat, masuk bilik dummmmm! Bangun bangun pukul 2. Menggigil. Tapi eh surprise lah senggugut hilang. Siyes tak sakit dah tapi effect dia macam laparrrrr. Biasa la tu. 

Mandi, makan n relax. Petang nak balik KL semula. Urghhhh seriously malas yang amat sangat tak payah cakap lah. 

Jadi mari saya nak introduce kan awak awak semua yang tiap tiap bulan sakit perut cramp tahap giga tu. Meh sini beli ubat ni:


Haa ini! Sila la call orang tu. Asalnya nama Pil Urat Hjh Rokiah. Tapi last time called, pakcik tu tak amik per runcit tau. Maknanya, kena beli sedozen macam tu. Gigih! Lepas tu google here n there jumpa  http://herbamalays.blogspot.com n https://www.facebook.com/HerbaMalays 

Katanya company ni take over dari diorang dan rebrand. Bad news, mahal sikit lah. Tapi tak cuba lagi beli dari owner yang baru ni. Tapi katanya sama je isi dia macam ni:

Ianya herba. Akar kayu. So bila makan ni akan rasa haus sikit lah. Memang kena minum air banyak. Ni kalau sakit badan, elok jugak la. Angin sesat? Mine lah tu. Memang angin suka masuk lepas tu sesat dalam badan tak reti nak keluar (-_-")

Mana jumpa ni?

Mak la. 

Dah lama mak suruh makan ni tapi biasalah si penakut ubat macam aku ni mana nak layan. Tapi haritu sebab tak tahu nak cekau ape dah nak makan bagi hilang sakit, hentam saja lah. Alhamdulillah it works well.

Mak kata ini ade orang datang jual jual dekat rumah. Mak makan benda ni dah lama since hmmmm tak ingat tapi masa kitorang pegi singapore tahun 2011 haritu pun mak dah makan ni. Dia bawak. Ye lah, kan banyak berjalan meredah imigresen bagai jalan sana sini of coz lah penat orang tua kan. Tapi malam before tido dia makan da esok cargassss macam biasa. 

Tengah tungguh testimoni dari Dato' jugak ni. Kalau okay, Alhamdulillah. Hopefully sangat ia nya berkesan. 

~

Home Sweet Home




Betul betul malam raya siap. Penat tak tau nak cakap~