PRU13 : Pertama Kali [Saya Pilih Mengundi]


2013.

Sebenarnya ini kali kedua wajib mengundi tapi disebabkan masa first time dulu tengah study jauh sangaaattttt jadinya tak boleh nak balik. Bukan tak boleh, malas sebenarnya ehe. Daftar pun sebenarnya masa tu main belasah je dekat booth KL Sentral.

So, dah tua ni baru merasa nak membuang undi buat kali pertama. 50-50 jugak nak balik, sebab abang pun sure tak sure nak balik. So petang jumaat tiba tiba abang kata nak balik tak? Jum balik sekali. Terus lah kita.
Gerak pukul 8pm. Dekat MRR2 Gombak ada ada ciri ciri nak jammed tapi Alhamdulillah. Abang called LPT, diorang kata tak jammed.  Sikit sesak je dekat Bentong tapi Alhamdulillah, kitorang balik ok je. Nyaris nyaris nak ikut jalan lama.

So,

Hari kejadian.

Kemain 8:30 pagi dah pegi dengan abah. Sebab nak balik awal. Abang undi tak sama tempat. Bagus service diorang. Abah tak larat nak berjalan & berdiri lama, so orang SPR bawakkan kerusi roda dan tolak sampai ke dewan.



Saluran 4, yang muda muda (ehem!) takde  lah ramai ramai. Biasanya orang muda mana mahu keluar awal awal pagi ni. Betul?

Dapat dapat kertas undi, tak tau nak buat camana takde instruction. Nyaris nyaris tak cop dakwat tu dekat tempat pangkah tu. Hahahahahaha.

Dah tunaikan tanggungjawab. Saya pilih mengundi!
I was tooooo excited! Nasib lawa dia cat jari gue. Hihi. 


Ombak Jahat Biru bertebaran sana sini.





So, ini kampong. Meriah bukan?

Akhir kata,
Sayangi Malaysia, Sayangi Tanah Melayu, Sayangi Bangsa Kita, Sayangi Agama Kita. Peace!


Ayuh, Berdikari!


New place. Take a deep breath.

Sekarang dah duduk dekat dengan office. Tulah, kekdahnya dah tua tua baru nak pandai hidup berdikari. Happy? Yes I am. Thanks Dato’ for always be my backbone. Tuan penasihat, tempat mengadu, tulang belakang, supporter terhebat  and my everything .

Masuk kerja jam 9 pagi, 8:20pagi masih sempat berlengah lengah nak mandi bebagai. Tapi lepas tu kalut sikit lah. Jadi, kita ubah. Sebelum jam 8 kena mandi dah bersiap. Lepas subuh tak payah berangan nak baring balik (2x dah cakap ni tapi pengsan balik, apecer?)

Rumah? Ok. Small place just enough. Room just nice. Boleh lepas lagi la kalau nak main tengteng dalam bilik tu hahahahah. At first masuk, macam nak pitam jugak tengok dapur dan toilet. How come u guys can stand? T______T Ok lah , toksah merungut, nak selesa, kita cuci. Jadi, kasi bersih semua sampai berkilat. 3 hari berhempas pulas. Masuk masuk kemas bilik, baju, cuci shower. Next day, lepas balik keje, cuci toilet.  Lepas balik mengundi, cuci dapo dan kemas rumah. Puas hati? Yes sangat!!

Baru lah lega nak memasak. So kita penuhkan pulak barang dapur dan merasmikan perkakas perkasan memasak. Selera betul makan air tangan sendiri. Ehe.

Housemate ok. Nice. 50-50. Tak sombong, tak jugak peramah sangat. Tak busybody mahupun pendiam sangat. Tapi most of time dia dalam bilik. Online kot. Another housemate, belum jumpa lagi, masih bercuti.

Sewa  Alhamdulillah murah. Rumah pun ada renovate sikit. So, selesa. Pagi pagi sejukkkkkkk sebab belah belakang.

Cabaran sangat masa nak cari rumah. Dah la tak penah penah duduk menyewa. Masa study full time hostel. Masa praktikal duduk dengan abang. First job duduk dengan mak. Lepas tu terus duduk dengan abang, sampai la now. Disebabkan diorang nak pindah way jauh dari sini, have to lah.

Dari kena tipu deposit (mula mula rasa macam nak publish cerita pasal penipu tu tapi tak jadi lah, cumanya untuk yang baru baru nak cari rumah sewa, iklankan dekat internet (ibilik especially) hati hati lah kalau tiba tiba dapat mesej offer rumah sewa, eventho deal siap call berbagai, maklumla orang desperate kan..so jangan lah percaya kalau rasa tak logic dan pelik pelik tu. Sila la google dulu details orang tu atau google account number dia, hp number dia, insyaAllah akan jumpa senarai orang2 dok complaint pasal penipu tu dekat forum forum) Kenyanglah dikau dengan duit hasil menipu orang yang  sangat sangat perlukan bantuan ni wahai sang penipu. Semoga Allah membalas yang setimpal. Amin.

Dan jugak dah confirm rumah, tinggal nak bayar deposit, tapi bila di asak dengan macam macam soalan tiba tiba katanya ada orang datang bayar deposit terus, cut line, tak boleh buat apa so bilik goes to penyewa baru. Magic betul. Sudah lah deposit mahal subhanallah sampai Rm900 macam nak menyewa rumah teres, haruslah kita mintak black&white etc kan. So byebye without confirm dengan saya pun.

Frust. Sangat.

Ada lagi, husband & wife nak sewa bilik kat rumah diorang. OMG! Nauzubillah.Tak mahuuuuuuu. Kau gila apa nak duduk serumah dengan laki orang eventho ada wife dia? Macam kan diorang tu kembar siam melekat 24jam? No way. Big no! Dah tu, pandai pulak bagi nasihat tu kata susah orang bujang nak cari rumah sewa sekarang. Kalau ada pun mahal blablablabla. I was like….erk. Takpe lah kak. Tak manis tinggal dengan akak yang dah ada suami. Agama saya melarang. Aurat nak kena jaga. Cecececewaahhhh. Pandai pulak aku sekolahkan kakak tu. Hahahaha eh betul apa. Sebab I was confused, wife macam Indonesia, hubs macam cina. Ah sudah!

Berminggu minggu, hampir sebulan lebih kot mencari, tampal notice here and there block to block, iklankan kat internet macam nak gila, orang pulak salah baca, ingat kita yang nak sewakan rumah…finally, berkat sabar maybe bak kata Dato’, Alhamdulillah. Dapat rumah yang consider ok. Puas hati. Its homey. Buatlah macam rumah sendiri tak mengapa. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah, Thank u Dato’. Tak lupa, Parents, bro, sil dan yes CikPuan Pu3 Yang Baik Hati turut serta memberi sokongan moral. *ni sounds so bodek dah kenapa Lil? Dah rupa menang award pun ada* Hahahaha.

So,

Ni syurga perempuan nama dia :

Bekas masih kosong. Sekarang sudah penuh dengan garam serbuk perasa kunyit asam jawa asam keping dan lebihan minya masak. Perfect! Ngam ngam! Pandai ciklil
Kettle comel, stove comel. Apa lagi? Semua comel lah! Housemate punya barang pun kita susunkan sekali kasi comel. Heee.


Kecik dan comel macam tuan dia *muntah*


Alhamdulillah ada Dato’ penguat semangat. Keyword magic “sabar” “sabar” “sabar” dan terus “sabar”. Cari dengan akal. Jangan ikut nafsu. Ikutkan kalau takde dia, tak tahu lah apa jadi. Again, Thank you so much my dearest TPAA. 
“Kau bagai malaikat yang selalu setia, melindungi menjaga dan mendampingiku…baik dalam susah dan senang kau selalu ada..bersamaku…”
Sekarang, tempoh bertenang and waiting for 17hb May. Jika tertulis rezeki untukku, adalah. Jika tak, cuba lain kali. Demi mak abah, insyaAllah rezeki tu ada. Yakinlah. Berdoalah.


Drawer Office


So, drawer office korang penuh document tak? Mine:

#DasarKuatMakan
 First drawer. Second drawer OR Book & Handbag. Third drawer benda benda emergency incase. Tiap tiap bulan.

Tak suka letak document dalam drawer. Sumpah akan lupa sebab tak Nampak. Macam haritu, menggagau Jason cari dokumen. Aku mati mati kata dah bagi kat dia. Sekali lepas beberapa jam, tarik drawer and….."Jason!!!! I found it! Jumpa jumpa!" Hahahahahahaha. Sengalssss!


Boss!!



Finally, this shirt goes to Dato’. Yes, he is My Boss, My Everything. Bertuan jugak akhirnya.


Cheeky Babies!!!




 Can u see muka Abang yang so damn excited nak kenakan Makde dengan ular getah tu? Melompat aku berlari satu rumah. Pfffftttt!


UltraDam!







Pernah ada anak/anak buah obsesi macam ini? Pagi buta segar bugar mata siap mandi macam orang nak pegi keje. Motif? Nak pakai sut ultraman Mampu pakai sudu sebagai senjata? Timbak! Timbak! Ini second batch. First batch is Syahmie. Dah tak melampau sangat. Sudah boleh bawak berbincang

Syahmie punya. Suku gamaknya. Lepas tu kerasukan Ultraman. Everywhere pegi nak beli. Alasan? Ultraman abang kaki patah, tangan tercabut, dah buruk ibu buang dan lain lain. Pfffttt! 

Alahai anak.