Cuai

Kesahnya, abang anak beranak balik kampung jumaat malam sampai isnin malam. Manakala aku kena bekerja membanting tulang mengerah tenaga (lah sangat). Dah plan cantik sangat dah ni, nak beli toiletries dan barang dapur so, tukar beg. Bawak beg galas senang nak sumbat semua barang. 

Dan.....hari pun berlalu dengan gembiranya Ahad haritu.

On the way balik, petang around 7pm dah nak sampai rumah, sampai dekat postguard tiba tiba tak sedap hati. 

Okay......i forgot my key. Tinggal dalam beg sandang. Ah sudah. Pucat dah muka ni. Tapi buat cool lah mintak tolong guard kot kot lah diorang pandai membukak pintu ke ape kan. Kot pecah siling ke mana nak tahu. 

Sampai sampai atas, macam macam cara buat tak dapat jugak. Diorang pun blah. Aku pun termenung dekat tangga. Contact abang, kak ipar bagai. Abang suruh tido rumah abang idan. Nasib jugak diorang belum pindah so ada la jugak penyelamat. So, text kak diana n abang idan tapi dua dua tak jawab. Cuak dah ni.

Hujan.....

Twit.

Mengadu dengan Dato'. Dato' offer bermalam dekat somewhere. I was 50-50. Kalau kak diana tak offer tido rumah dia memang aku  terima offer Dato'. Berani tak berani tolak tepi lah.  Bukan tido dengan dia lah. Tapi keseorangan kat tempat tu. No choice. At last, Kak diana kata meh tido dengan dia. Abang idan tido ofis sebab nak siapkan keje. 

So tunggu hujan berenti. Lama jugak la dah menggigil gigil kat luar. 

Dah redha...gerak pegi blok sebelah. Luckily, kak diana dah bertambah ceria since pregnant kali kedua ni. Alhamdulillah so aku takde lah kekok sangat. If tak, cuak jugak kalau dia diam je kan. Yang best siap urut urut kepala pasal dia mabuk pregnant. Dah macam kakak sendiri. Uih teruk jugak mabuk pregnant. Sebelum azan subuh dah uwek uwek dekat bilik air. Eiissshhhh..takpe, semoga senang beranak ye kak?

Kesahnya, kecuaian membawah padah. Habis semua program yang dah setting cantek kucar kacir. Padan muka aku. Cuai lah lagi. Dengan Dato' punya program terbabas sekali. 

Dah, pegi duplicate kunci banyak banyak.


Photochromic Lens

Apa itu Photochromic Lens?
Photochromic lenses are lenses that darken on exposure to specific types of light, most commonly ultraviolet (UV) radiation. Once the light source is removed (for example by walking indoors), the lenses will gradually return to their clear state. Source : Wiki

Atau bahasa pasarnya, bila kau pakai spek yang berjenis kanta photochromic ni, bila terdedah dekat cuaca panas, kanta/cermin spek kau tu akan berubah perlahan lahan menjadi warna hitam. Dah tak payah nak pakai spek mata itam lagi dah. Jimat!

Nak di jadikan cerita, penukaran spek baru ni takde langsung dalam list 2013 aku. Yang ada nak mantain pakai contact lens sampai ke sudah. Tapi nan ado. Minggu lepas, mata aku teruk gila tahap merah dia. Sangat! Dah macam hantu. Hantu pun kalau lalu sebelah takut gamaknya. Dah dua tiga kali dah merah tapi aku biarkan juz letak ubat ok hilang. 

Lepas tu kali ni, mata rasa gatal dekat tempat kerja, then terlupa nak bawak lens case. Cuma ada solution. Jadi kerap lah basuh lens masuk balik dalam mata. Tahan je la. Bila sampai rumah, berkipas lagi (maybe habuk, baru terfikir) bila bangun tengok cermin, dah konfius. Ni orang ke hantu ni?

Bukak lens, titik eyeglo then tido. Esok pagi bangun, still tak berkurang.

Ah, tak boleh jadi. Pegi klinik. Doktor agak menyakitkan hati lah. Dia cuma suluh dari jauh dan tanya ada keluar tahi mata tak? Lepas tu tulis dekat report card. Aku dah terpinga pinga dekat situ. Tak pasal pasal aku pulak explain ke doktor tu, Er..saya ada pakai contact lens semalam doktor. Dia pesan jangan pakai then suruh keluar amik ubat. Aik??

Ok lah, amik ubat then keluar. 

Singgah kedai spek sekejap cadang nya nak tambah power.

Tapi uncle kedai tu bagi great service plak. Explain this and that kasi diskaun bagai. Maka:

Photochromic Lenses = RM280
New Frame = RM40
Total = RM320

Seriously, frame murah yang amat! Murah ok murah! Tanyalah sesapa yang pakai spek mata RM40 for new frame adalah sangat gila murah!! 

Power kiri kanan naik 200. Silau pun naik near 100. Gilo!

Tapi itu kira tak power sangat lagi lah kanta tu. Ini Korea brand. Kalau Japan, nama dia "Transition Lense" (tak jumpa pulak Wiki). Kalau transition, peralihan clear lens ke darken lens tu zaaasssss laju! Kalau yang macam haku ni slow sikit lah. Yang japan tu around RM500++ Next time lah ye.

Tapi kan! Aku rasa sebab aku tukar brand solution lens tu yang mengarut mata jadi merah tu kot! Dulu pakai Solocare, siap tergelincir dalam sungai, mata terbukak bagai dalam air masa kat Taman Negara relaxxxxx je mata tak de apa pun. Ini? Tukar FreshKon terus tak betul. Ke, kita pakai balik lens guna solution Solocare. Amacam? Boleh Dato'? Hahahahahaha memang tak dapat la cite dia kaannnn~ Bawak bawak la insaf sekejap dari pakai lens Setahun, Dua tahun maybe? Maybe. Ehe.

New frame:
Helloooo~ is it me you're looking for?


Selamat malam. Assalamualaikum.

2013, Today My Life Begins...

Assalamualaikum wbt.
*Take a deep breath. Inhale, Exhale*
Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menghirup udara tahun yang baru. 
Hi 2013, how are you? Are you doing good? I hope u always be and please i beg u, please be nice to me the whole year.

Cuba dengar dan renungkan lirik lagu ni:

I will break these chains that bind me, happiness will find me,
Leave the past behind me, today my life begins
A whole new world is waiting it's mine for the taking
I know I can make it, today my life begins
Life's too short to have regrets
So I'm learning now to leave it in the past and try to forget
Only have one life to live
So you better make the best of it
Bruno Mars - Today My Life Begins

Nice isn't it? Membara bara nak mulakan 2013 dengan good things.Tak. Bukanlah maksud aku nak mulakan 2013 ni dengan mengagung-agungkan music barat. Tidak. No. Nehi. 没有 Jo இல்லை La'. Nej. Nitch. ノー. 아니. Non. Não. Hakuna. Ingen. Không . Ok Terima kasih Google Translate. Hahahahaha.

Lupakan 2012. Lupakan semuanya. *Kalau boleh aku lenyapkan 2012 dalam kamus hidup..Kalau lah...*Jalankan tanggungjawab. Focus. Berubah. Jadi, yea apa azam kamu semua? One of my colleague:

Colleague: "Kak, ape azam taun baru ko kak?"
Me : "Kawen ahhhhh! Lagi nak tanya?"

Hahahaahahaha tak . Gurau je. Jodoh tu rahsia Allah. Mana nak tau bila nak kawen ye tak? Nak kena buat checklist ke camana ni?

Tak payah lah kot. Cumanya azam, berubah ke arah muslimah yang lebih baik. Jaga tutur kata, jaga pakaian, jaga aurat, jaga diri, jaga semua lah. Dari pakai ketat2, kita tukar sket labuh labuh longgar longgar. Dari tak berstoking, pakai sarung kaki. Dari tudung atas dada, labuhkan bawah dada. *Ok esok jum Kenanga, shopping!!* Dari melatah mengarut ngarut, tukar lah Astaghfirullah, Allahuakbar. Gittttteeewwww~ Kerjaya, berusaha untuk dapatkan kerja yang lebih bagus, gaji yang lebih tinggi. Bukan sebab gaji semata mata, tapi dunia sekarang semua benda perlukan duit untuk keselesaan. Dah camno? Dan jangan merungut dan bersungut tentang kerja. Just do your part. Buat dengan seikhlas mungkin. Nak puaskan hati semorang memang takkan dapat. Mana mana tempat pun macam tu. Betul? Ye betul lah tu.

Lagi, apa ya?

*Ni yang aku touching sangat ni kenapa*

Ok, pasal nikah kawin. Tolong la, orang orang di luar sana. Yes, siapa yang tak nak kawin, tak nak nikah? Tell me siapa yang tak nak? :) So please la simpan soalan "Bila lagi?" "Kenapa tak kawin lagi?" "Memilih sangat kot?" 

Tell you what. Salah ke saya memilih? At 28, OhMyAllah, tuanya dah tapi still comel kan *Blerggghhhhh* Ok at 28, salah ke saya memilih untuk yang betul betul terbaik? Ada. Ada calon yang sangat baik, terbaik, paling baik. Ever! Tapi mungkin saya bukan calon yang baik untuk dia. Takpe, kita ada Allah. Kalau kita nak dia, kita jangan cakap dengan dia. Sebab kalau nanti kita frust, kita sakit. Biar kita mintak dengan Allah. Mengadulah, merayu lah, bercakaplah, mintaklah dengan Allah. At least kalau kita frust, kita masih boleh mengadu dekat Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita walaupun kita rasa dia yang kita nak tu 300% perfect. Allah Maha Mengetahui. Allah lebih tahu. Marilah bersangka baik dengan Allah *senyum* 

Could u please stop replay Keajaiban Cinta by Aliff Aziz & Adira wahai Cik Nurul? Ni entry Tahun Baru. Bukan entry putus cinta. Pffffttttt.

Sekejap, tadi jumpa dekat IG Chika ini: 
Nampak?? Nampakkkk?? Semua nya dah tertulis bukan? So..y bother?
 Marilah kita menghafal hadis ni dan gunakan ini sebagai modal untuk menjawab soalan soalan di atas. Jyeah!



Ok, lagi?

No more.

Saya cuma mahu menjadi :
Muslimah yang solehah
Hamba Allah yang patuh di setiap suruhan & laranganNya
Anak yang baik, yang solehah
Adik & Kakak yang baik
Emak sedara yang awesome
Kawan, Pekerja, Sahabat yang baik.
Semua lah, yang baik, yang terbaik. InsyaAllah.

I just lost. Blur tak tahu dah nak tulis apa. 

Moga 2013 membawa lebih banyak kebahagiaan & kegembiraan. Dan semoga saya kuat. Kuat dan istiqomah untuk berubah ke arah yang lebih baik. Istiqomah dalam mengerjakan suruhan, meninggalkan larangan, berbuat kebaikan, berbuat kebajikan, menjaga tutur kata, tingkah laku, pergaulan, penampilan dan  menambah ilmu pengetahuan, kehidupan, dan keagamaan.

Itu saja pinta saya. Kebahagiaan. Happiness. 

Wassalam.