Back!

Hi semorang. Sehat? Saya? Kurang sehat + busy + problem here & there, went around tak sempat nak menulis dekat sini. Hidung, tolong jangan panas sangat, kepala tolong jangan pening sangat dan badan tolong jangan demam esok. Kejap lagi kita telan ubat ok. Sila bagi kerjasama. Banyak benda nak simpan dekat dalam ni actually. Ok, let start....next entry. Esok aku publish.

Macam rasa nak maki diri sendiri pun ada up entry macam ni. Blergh. Sebenarnya aku nak makan tunggu abang ipar ni. Tolong la balik cepat woi. Tak nak la makan malam2 sangat nanti gemok. Lepas tu aku nak terus telan ubat zzzzzzzzzzzzz.




Shopping With Adam

Kecoh! Dan rambang mata nampak Vitagen serta Yakult. His favourite <3


Kisah Benar, Subhanallah.

Dua minggu lepas, melawat Kak Izza dekat hospital. Dia admitted due to some problem ape tah, uri ke bawah ke cane gitu lah. Lepas tu dia pun cerita. Kesah benar la ni.

Ada sorang patient dekat hospital ni, pregnant first baby. Dia nak bersalin normal. Tak nak operate kesahnya ni. Doktor suruh operate taknak, lepas tu terlebih hari rasanya. Dia tunggu jugak nak operate. Tunggu punya tunggu tak jalan jugak. Alasan dia, kalau operate, nak ngandung anak kedua senang, cepat sikit. Nak jadikan cerita, dia sedar sedar baby dah tak gerak. Dia dah panik, mintak doktor check. Doktor check scan bagai, agaknya lah kot, mana aku tahu tak penah pregnant, so check nak make sure keadaan anak tu camana. Check2 sekali takde movement, takde feedback apa pun. Last2 doktor sahkan anak dia meninggal dalam perut.

So kena keluarkan lah macam mana macam mana pun kan. Patient ni mintak taknak operate. Kasi la apa apa ubat pun doktor so that dia boleh keluarkan anak tu secara normal. Degil nih. So doktor pun kasi la ubat macam macam la. Dekat seminggu jugak, last last patient ni dah tak tahan, dia mintak doktor operate.

Jadi, doctor & nurses pun prepare la apa yang patut untuk patient ni. Untuk baby memang tak lah dah katanya dah meninggal kan. 

Sekali, bila dah belah perut, keluarkan baby tu, baby tu menangis. Yes! Menangis! Hidup ok! Baby tu hidup! H.I.D.U.P!! He's alive!

Subhanallaaaahhhh!! Doktor yang menyambut, nurse, patient tu, husband dia, semorang la dalam bilik bedah tu menangis ok. Aku yang dengar cerita tu pun menangis. Sebak tak yah cakap. Besarnya lah kuasa Allah kan! Kau guna teknologi apa sekalipun kata baby tu dah mati, tapi?

Itulah, kita ni jangan sombong sangat dengan Allah dan orang yang lebih arif.. Nak jugak normal lah bagai padahal doktor tu dah suggest awak kena bedah ni. Eh tak nak, nanti konon second baby senang cepat sikit. Sekali Allah tunjuk kuasa dia...takke insaf kita? Hujung hujung kau operate jugak. Kalau tahu, baik operate dari awal ye dak?

Hikmahnya operate, Allah nak tunjuk baby tu hidup. Selamat. Cer kalau paksa beranak normal, tarik kaki, tarik tangan? Jadi benda tak sepatutnya? Ha cane? Nyesal sampai mati.

Kata patient tu, lepas doktor sahkan anak dia meninggal tu, dia ada la satu hari tu rasa macam ada movement la dalam perut dia tapi ingatkan just perasaan dia je kan so dibiarkan lah.

Nak salahkan doktor tak boleh. Doktor dah suggest suruh bedah, tak nak. Doktor dah cek guna alat dia bagai, tak dapat kesan nadi etc, so kira tak bernyawa lah kan? So, declare lah mati.

Kuasa Allah.....pengajaran sangat. Jangan lah sombong. Jangan lah ikut kepala sendiri. Dengar lah nasihat pakar, nasihat orang yang lebih arif. Memang insaf lah aku hoi. 

For mommies to be out there, ingat la wey kesah ni. Memang....speechless. Subhanallah. Allah Maha Besar.

*Keseluruhan cerita aku takde la detail 100% tapi flow dia macam gitu lah. Tak ingat sangat exact word dari Kak Iza. Maklum la dah dua minggu lebih cerita ni.


Jom Melawat Ladang Sawit Nenek

Lepas gossip gossip haritu, semua pun decided nak pegi tengok ladang sawit.. Mula mula abang je nak pegi, lepas tu semua pun nak join. Tak pernah pegi lepas tebang getah dan start tanam sawit sampai dah berhasil. Lagipun sebab bukan kitorang yang usahakan, serah dekat Felda, jadi tak pegi tengok pun. Mak dengan adik je pegi tengok. Sekarang adik jadi mandur ladang. Ewah kau, heaven lah duduk dengan emak. iJelly gila.

Aku bukan tak pernah langsung pergi ladang. I did. 17 tahun lepas,i think. Masa sekolah rendah. Last masa darjah empat rasanya. Kesahnya, pegi lah few times ikut emak time cuti sekolah, kutip getah sekerap buku dari satu pokok ke pokok. Masa tu darjah dua rasanya. Lepas tu, aku dengar bunyi macam tapak kaki berkejar kejar. Memang ngeri gila ah. Aku cuak gila la kan. Takut lah hoi ingat babi ke ape. Hutan kot. Sekali tengok satu geng lembu berlari. Laju oih. Aku dah pucat pucat tak tahu nak lari ke mana. Duduk membatu terus. Since then, memang fobia dengan lembu okay. Tak pergi dah ladang lepas tu. Memang kerja aku kemas rumah je time cuti sekolah.

So, masuk ladang, wah wah wahhhhhh bersih jugak! Clear! Takde la takut kalau ajak pegi kan. Pulak tu aman damai je. Bau takde, nyamuk kurang. Bak kata kak ipar aku, next time kita picnic la dalam ladang ni bagi menghargai jasa ladang. Ewah! Good idea apa kan. Next time k. Next time.

Budak budak ni, my naughty nephews suka sangat lah masuk tempat gini. Kutip buah relai pastu bergaduh berebut rebut nak bawak balik tunjuk ke nenek kononnya. Terharu la hoi orang tua tu. 

So well, biasalah, sesi bergambar:

Happiness!
Anak anak sedara Makde, Korang beruntung tahu ada nenek tempat bermanja. Bermanja, yes i mean it! Dan ada kampung yang best! Jangan lupa ini kay. Love you all!


Cuti Merdeka 2012

Cuti merdeka yang lepas kitorang semua balik berkumpul dekat rumah kaklong & mak. Fun! 

Mula mula khamis malam tu balik rumah kaklong. Esok tu kitorang gotong royong (lah sangat!) masak Nasi Kurzi Johor. Aku lah ketua, konon! Kaklong suruh. Kahkahkah. Dia senang gila kot instant pack tu. Kau cuma kena pegi beli ayam atau daging je. Segala rempah sos biji gajus susu segala bala dah ada siap dalam pack tu beserta instruction. Beras pun sekali ada ok?! Lepas dah siap masak excited tunjuk kat Ad dan pujuk dia mintak resepi Nasi Kurzi original dari Bonda. Ehehe. Fuh fuh semoga bonda kasi. Amiinnn.

Sebab apa nasik aku ada putih putih ? Sebab campur nasik biasa. Tak cukoooppp!
Ha! Acar buah pun siap sekali okey. Bapak ah senang gila. Boleh lah berlagak masak macam kenduri kawin ni dekat kawan kawan wkwkwkw.


Malam pulak kitorang BBQ kaw kaw punya. Kambing! Aku berjaya buat sos lada hitam untuk kambing tu. Wallawwweeeyy! Senang gila baq hang!

Nah, homemade! Salah buah, lamb, mashed potato & sos lada hitam.
Kaklong sampai ke sudah terkagum sebab orang kedai tu potong daging kambing (it's biri biri actually) slice by slice macam yang kita makan dekat kedai tu. Dah la berapa slices entah ni (banyak!) baru RM25++ Kalau kat luar satu slice je dah berapa kan? Aku kagum jugak actually tapi tak lah seteruk kak aku hahaha. Sorry kaklong. 

 Then, sabtu malam tu kitorang balik rumah mak satu kereta dengan abang, kaklong semua. Mak dah balik pagi tu dengan abah & adik. Dah call mak dulu then mak tanya nak makan tak, konon semua taknak. Tapi balik rumah mak, biasalah, dia automatik jadi lapar. Penyakit apa entah. Lalu, aku pun dah jadi macam tersumpah apa entah. Terkenan nak bagi orang makaaaannnn je. Terus cari benda nak makan yang paling cepat. Megi goreng! Masak masak, eh eh semua join. Haha.

Lepas tu ambik tilam queen size semua bergelimpangan tido ramai ramai depan TV. Best gilaaaa okey! Abah mak, syahmie tido dalam bilik. Cucu nenek sorang tu mana boleh tak tido dengan nenek kalau ada nenek dia. Ah macam dia sorang bernenek. Yang lain, abang, kak nelly, adam, aku, kaklong, rifqi, adik tido ramai ramai depan TV. Ah layan sungguh berhimpit himpit. Haha!

Esok pagi pulak, mak masak nasik lemak. Ya Allah nikmat nya dapat makan nasik lemak emak. Memang berlemak baq hang! Masa goreng ikan bilis pukul 7 pagi tu aku tahu dah, aku tahu dah! Ini komfem mak nak buat nasik lemak. Dasar period kan, harus lah tak bangun subuh! Tapi dalam tidur tetap boleh bau. That's emak!

Sambil sambil breakfast tu terkeluarlah gossip keluarga paling best. Memang panas gilaaaaa ah. Hampir dua jam kitorang breakfast. Kot. Ok, sebenarnya bergosip. Hahaha. Dah sapa suruh topik best gila kan! Mendapat lah. Lepas breakfast pegi keluar cari lauk untuk tengahari dan melawat ladang sawit kejap. Syok sebab first time pergi. Tak senonoh betul. 

Anyway, Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 55 Malaysia. Be good be nice always, okay? :)


Kampung = Syurga


Nak di biar melarat larat. Takut demam. Main kat luar tengah panas berdenting. Nak dilarang kesian jarang jumpa tanah. Gini la jadi kalau biar. Dengan takde selipar, takde baju main tanah main batu main pasir. Lantak korang lah. Nanti mandi bersabun dettol segala. 

Untung la ada kampung. Ada atok nenek yang masih alhamdulillah sihat walafiat. Merasa suasana kampung. Untung sangat! Dah besar nanti tengok la ye perangai masing masing ni. Syahmie bagus sangat main korek korek tanah tabur atas kepala Adam. Si Adam redha je lah. Lepas tu nenek la tukang bersihkan rambut dan kepala sebelum mandi. 

Macam macam hal!




Derma Darah

Aku rasa terpanggil panggil nak derma darah lepas raya. Maka pergi lah sabtu lepas ke Hospital Temerloh, unfortunately, makmal tabung darah bukak weekdays je. Office hour. So tunda. Isnin pegi ke Hospital Jengka pulak. Semangat ni!

Thanks to my ex cikgu sains, Cikgu Hasmizol Hassan. Dia la pencetus semangat aku nak derma darah. Dia kata wife dia dulu masa nak bersalin memang haru la sebab nak kena cari penderma darah tu. Incase tumpah darah. Darah jenis O. So tak boleh terima sebarang darah. Jadi, perempuan ni bawak bawak la menderma mana tahu time kita nak beranak nanti kita tak cukup darah, masa tu orang tolong kita pulak kan. Lucky me, my blood type is B+.

Tapi huru hara sikit la sebab takde sambutan sangat kan. So nak kena isi form, tunggu dia check HB, mine ngam ngam 13.6. Normal HB for women is 13.5. Lepas tu bawak jumpa doctor kat Emergency Room untuk approval & check apebentah. Then baru lah ok. 

Masa dia nak cari urat tu sembur dengan apetah tak macam dulu. Pedih sikit la. Lepas tu aku selamba je tengok dia cucuk jarum. Pegawai tu tanya tak takut ke? Siap boleh tengok. Ah relax je aku. 

Makan daraaaaahhhhh! Auummmm!!

Sementara aku nak bangun lepas derma tu, pegawai tu duduk sebelah aku menyembang. Gila tak selesa hoi. Dah la lelaki. Kita ni kan baring. Sampai habis aku tarik selimut. Sembang sembang then dia kata hati hati la lepas ni darah dah baru mungkin dia nak makan macam macam. Cepat lapar etc. Aku gelak je konon boleh control tapi sekarang rasa nak menangis. Damn lah asik lapar. Idk ini disebabkan oleh derma darah atau PMS dalam dua tiga hari lagi aku nak period. 

Duhhhhhhh. Bye.