Raya 2012

Salam syawal. 

Cerita raya 2012 takde lah havoc sangat tapi yes, fun! Disebabkan aku seorang je anak dara dalam rumah mak maka akulah yang kena kerah segala tenaga. Kuih raya aku buat, masak untuk pagi raya pun aku especially menu wajib, dendeng. Mak pantau gitu gitu je. Dan tukang rasa. Penat gila. Dari tengahari sampai ke petang baru siap dendeng tu. Itu cecara buat 2kg daging tu. OK cerita lain kali.

Jadi tahun ni turn semua kakak abang aku balik beraya rumah mak. Meriah la untuk keluarga kecil kami. Mak abah, kakak, anak dia dua orang, abang & wife dan anak sorang, aku dan adik lelaki. Yes since emak bercucu lima tahun lepas, kami tak pernah balik beraya pertama dekat rumah wan yang jarak hanya 40minit. Raya kedua biasanya baru balik sana.

Dulu kawan kawan selalu bising dan merajuk tak nak datang beraya rumah aku sebab memang kitorang tak pernah. Never a once celebrate raya dekat rumah. Balik balik rumah wan. Balik balik rumah wan. Yes i was happy sebab dapat kumpul dengan sedara mara sepupu sepupu. Sooooo meriah! First year raya dekat rumah sendiri awkward gila tapi sekarang fun gila kot! Sebab dah boleh hafal dah menu apa rumah orang ni, rumah orang tu. Hahaha. Jadi dah boleh bajet dah nak masak apa untuk rumah sendiri.

Tapi masing masing blur tak tahu nak masak apa. Aku teringin gila nak makan baked mac&cheese pagi raya jadi aku usahakan buat. Dapat lah dua tray. Dan masak spageti. Kau mampu raya makan spageti? Hahahahaha. Tapi yang bangang nya, masak sikit gila macam makan untuk family kitorang je. Cuma sempat dua family jiran je datang beraya, lepas tu habis. Jadi petang tu orang lain yang dah tau masak spageti, terus kempunan. 

Wah! Menjadi. Dapat sambutan nampak spageti aku. Hahahaha. Ok, raya haji or next year kena masak spageti. Sebab dah terjanji dengan diorang raya tahun depan kalau umur panjang aku masak. 

So...

Pagi raya, ada kejadian sedih sikit lah. Bukan lah kejadian apa cuma tradisi lain sikit. Dah berubah. Kaklong punya idea. Sebelum start bersalam salaman, kami beristighfar beramai ramai mengenang salah silap semua bagai. Kaklong bagi ucapan ala ala tazkirah la, panjang lebar sentuh bab mak abah memang menitik la air mata, merah hidung bagai. cair mekap oi. Lawyer memang sedap la bercakap Kitorang yang lain membantu tak berkutik pun. Memang sejarah betul raya 2012 ni. Masa nak salam mak abah adik beradik toksah cakap lah tersedu sedan masing masing. Phheeww.

Tak dan nak berlama lama, ada jiran datang. Cepat cepat bersurai semua.

Hah, syahdu okey. Raya korang macam mana??

Baru sedar, gambar raya takde. Dengan mak abah pun tak bergambar. Apppaaraaaa~

Ni je yang ada. Jadi laaahh. 
Purplicious!!




Tart Nenas Gulung (Step by Step)

As requested by Ad. Meh nak tunjuk. Cewah! Macam kan terer!  Aku memang saja exaggerated kasi nampak Wow! Hahaha. Tapi believe me, melt in your mouth!

Ok resepi ni memang sedap. Resepi emak, dari kecik. So kita bagi resepi yang boleh dapat dalam 60-80 biji ok? Ini memang sumpah step by step aku bagi.

Ok, mula mula pegi cari pegi beli dia punya acuan. Macam ni :

Bahan bahan Inti:
2 biji nenas
2 cawan gula 

Bahan bahan tart:
4 cawan tepung gandum
2 biji kuning telur
1 buku mentega. Brand BUTTERCUP sahaja ok. Brand lain, tak jamin sedap ke tak. He.

Tak kenal buttercup? Alah alah, macam ni:
Version penyek lepas kena campak dalam peti. Oh ya, masa raya ada diskaun tau. Biasa RM4.00 something tapi bila raya dia jadi RM2.00 something. Tak ingat tapi memang diskaun lah. Sila pegi borong banyak banyak dekat pasaraya. Jimat! Sekian, hantu buttercup.


Meh tengok pulak cara cara nak buat inti dia:
Kupas nenas elok elok. Nampak saya pakai gloves? Yes sebab jari sensitif gila takut terluka dan pedih. Lepas tu buang la yang duri duri tajam dia tu. Bersih bersih. basuh. Potong kecik kecik. Letak dalam blender, bubuh air sikit then blend sampai hancur lumat. Then tapis bagi tos air nenas tu.


Lepas tu masak pulak inti tu.:
  • Lepas blend tu tapis. 
  • Agak agak dah kering air dia, terus masuk dalam kuali, api kecik. masak sampai air dia kering. 
  • Lepas tu baru bubuh gula. Kacau sampai likat & sebati.
  • Then angkat, sejukkan.
  • Dah sejuk, bentukkan inti tu. 
Tips! nak senang bentukkan inti dia:  Setiap kali nak jemput inti nak bentukkan tu, celup jari dalam air. So dia tak sticky & senang nak betukkan. If not, melekat lekat jari.

Dah setel inti, buat crust/doh/tart dia pulak.




  • Mix/gaul kuning telur dengan mentega sampai jadi ala ala crumbs/ serbuk 
  • Pastu masukkan tepung sikit sikit
  • Gaul/uli sampai doh tak melekat kat tangan.
  • Setel.

Bentukkan doh macam silinder ni nanti senang nak masukkan dalam acuan.






Masukkan doh, lepas tu pegang acuan tu guna dua2 tangan  macam syringe/picagari ubat tu then tolak untuk keluarkan dok sambil tarik acuan ke belakang.  Ha lepas tu letak inti kat atas tu then gulung. Dalam 2 lapis ok lah kot 

Ah sudah, faham tak weyh korang? hahahaha. 






 Bila nak picit doh ni make sure acuan belah dalam tu ke atas. So dia jadi macam gambar blah kiri. Faham kot eh?

So, details tak? Hahahaha. tak jadi jugak tak tahu lah korang.

Selamat mencuba ok.

****Update****
- Bakar pada suhu 180c. 15minit.
- Kalau nak sapu kuning telur dekat atas doh tu, campurkan kuning telur dengan sedikit pewarna kuning, mix dan sapu sebelum masuk dalam oven.

Soalan soalan dekat comment tu dah dijawab :- http://tmd03081.blogspot.com/2014/07/macam-mana-nak-kira-adunan-mana-nak.html

Check it out!~


Throwing Things is Cool Makde, No?



Fasa yang sangat mencabar nak membesarkan budak sorang ni. Hyper, Cerdik. Banyak perangai. Sigh.

Aku sejak dua menjak ni memang beraaaaannngggiiiinnnnnnn je dengan budak kecik ni. Tangan dia tu tak boleh langsung tengok benda bersusun elok elok. Named it! Ape je benda tak dia campak? Aku pun laju je la tangan piap tangan dia kan. Geram! Kalau dalam bilik asal masuk je memang siap segala mekap, lotion, handphone, buku tah ape benda lagi memang berterabur la dalam bilik. Blusher satu memang selamat dah hancur bertaburan. Compact powder belum pakai pun dah retak. Tahniah anak.

Last time dicurahnya lotion aku, tabur buku atas lantai, main! Hah lantak kau lah. Tak larat nak marah. Sehari kalau aku tak memetir kat telinga dia memang dia tak aman kot. Adaaaaa je benda nak di buang nya. Ada je perangai nak dibuatnya. 

Baru ni, masa orang tengah sibuk sibuk bukak puasa, dia makan nasik sambil main tab. Takde sorang pun perasan pintu bilik air terbukak. Lepas tu dia boleh pegi rendam tab mak dia dalam baldi. Kena kotor kot. Dah keluar bilik air, "Ummi..nah!" Hulur tab basah dekat mak dia. Apa nak kata, naik hantu la kak ipar aku kaaannn!!! Tapi tangan dia tak naik, just diam je tahan marah. Kak ipar aku kata kalau membantai dia macam nak putus nyawa pun ape lah sangat harga tab tu nak banding nyawa anak. Nak dapat  bukan senang. Abang aku jangan cakap la, ketar kejap Adam tengok abah dia mengamok. Ha rasakan. 

Lepas tu kemarin, ambik carrot dalam peti time aku sibuk masak, dia boleh rendam dalam bathtub dia, bawak mandi. Errgghhhhhh berangin la aku.Orang nak masak nak makan dia boleh main rendam pulak. Semua benda nak buang. Semua benda nak rendam dalam air. Adaaaammmm!!!!

Pastu tangan dia tu sikit sikit nak melepuk muka kita. Kalau tak sakit takpe lah jugak hoi. Kadang tu sampai berair jugak la mata.

Tu gambar atas tu, habit ape entah, tak kira pagi petang siang malam nak main menyorok dalam selimut tu. Dia, backhoe, elephant, bantal busuk wajib masuk. WAJIB!!

Stress aku.

Habis daya, doa je la lepas solat mintak tahan sabar, tahan nafsu marah. Eyh, kalau orang jenis baran tak ingat dunia, selamat dah ni aku rasa, memang berlebam dah badan dia. Memang kes dera jadi sudahnya.

Nauzubillah.


Kuih Bakar (Pandan)

All time favvy. Jenis bingka bingka gini memang aku sukaaaaa. Aritu dah try Bingka Labu. Nyums! Ok, kali ni yang simple gila.
Patutnya kedudukan dia ni tegak . Itu yang bila terbalik tu semacam je nampak.Tapi sedap dan tak manis sangat.  *Nakjugakmenang* 

Bahan bahan:
1 cawan air pandan
1/4 cawan gula
2 1/2 tepung gandum
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar butter (optional)
3 biji telur
1/2 sudu kecik garam
Dua tiga titis pewarna hijau
Bijan

Cara cara:
- Masak air pandan (Rebus 5/6 helai daun pandan dengan 2 cawan air, sebab nak dapatkan secawan air pandan tu nanti. Lepas tu titiskan pewarna hijau sampai puas hati nak hijau dia jadi camana, bright ke soft ke sukatilah. Then blend daun pandan tu dengan air yang dah rebus tu, tapis amik secawan air dia) Ha detail mak bagi ni. Hahaha.

- Atau kalau darurat sangat takde daun pandan atau malas, campurkan secawan air dengan perisa pandan yang dalam botol tu.

- Lepas tu blend semua bahan lain termasuk air pandan ni sekali. Kecuali bijan

- Sapu loyang dengan minyak keliling dan dasar loyang.

- Tuang semua bahan blend tadi.

- Tabur bijan. Kak Hana kabo, letak bijan masa separuh masak. Baru lah tak hangit bijan tu. Aku? Pegi kedai sangat, bijan lupa beli.

- Panaskan oven.

- Masak 50-60 minit suhu 180. Aku selagi atas dia tak berkerak, selagi tu aku tambah masa bakar dia. Berkerak tu yang best tu.

Resepi asal : Kak Hana

Ok? Gudluck.


Obsesi

Pernah tak antara korang yang ada anak kecik, anak buah anak sedara atau sedara mara yang punya obses kepada sesuatu. Contoh paling senang bantal busuk. Mesti ada kan. 

Lemme tell about my nephew, Iman Adam. Obses terhadap:
- Bantal busuk
- Elephant
- Backhoe
- Orange (Name it, orange, carrot, colours & eveything)

Pegi jalan nak bawak masuk kereta, nak tidur nak masuk buai, nasib tak bawak mandi. Pfftttt


Chicken Pie

Keinginan nak buat benda ni dah lama. Setahun ada kot. Tapi tak suka yang beli sebab ada mix vege. I no like mix-vege. Tasuka.

So google here and there. Dapatlah. Resepi asal here: http://www.myresipi.com/top/detail/6142

Ni kat bawah resepi derhaka aku.


DOH PIE :
100gram butter
250gram tepung gandum
1 biji kuning telur (dipukul)
Sedikit air
Secubit garam halus
1 sudu teh gula halus

INTI PIE:
1 biji kentang (potong dadu)
3 ketul dada ayam (potong dadu)
Setengah biji lobak merah (potong dadu)
1 biji bawang besar (cincang)

BAHAN UNTUK MENUMIS INTI PIE:
2 sudu minyak masak
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam halus
1 sudu besar sos tiram
Sedikit lada sulah (serbuk) secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung (larutkan tepung jagung dengan 2 sudu besar air)

CARA-CARA MEMBUAT INTI PIE:
- Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, angkat kentang dan toskan minyaknya.
- Panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bwg besar kemudian masukkn bahan2 bertanda ayam lobak merah dan kentang yg telah digoreng tadi
- Masukkan gula, garam, sos tiram, lada sulah & bancuhan tepung jagung.
- Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie nih shg menjadi pekat.
- Rasa, kalau kurang tambahlah apa yang patut
- Sejukkan inti pie (Aku tapis bagi tos minyak kalau terlebih minyak)

 CARA-CARA MEMBUAT DOH: 
- Gaulkan tepung dengan gula halus hingga rata. Masukkan telur, butter, garam.
- Uli doh tuh hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk (kalau melekat maksudnyer tak cukup tepung so tambah tepung. atau kalau tak jadi jadi doh, jadi macam serbuk breadcrumbs tu tambah air).
- Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. (Buat nipis nipis je)
- Then masukkan dalam acuan. Tekan tekan bagi lekat elok elok.
- Cucuk dasar doh dengan garpu bagi tak menggelembung nanti bila masak. Tepi tepi pun cucuk.
- Masukkan inti. Then lapis lagi dengan doh. Cantum cantumkan dia bagi melekat, nanti bila masak tak terbukak atas dia.
-  Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak.


- Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit.
- Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit. Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
- Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie.

Siap buk!

Gambar dari mula menguli tak de sebab tak konfiden jadi. Kang buat penat amik gambar je. hahahah.

Inti!


Dah siapkan doh, masukkan inti

Tutup dia! Hantar masuk oven

Alhamdulillah even termasin sikit dan puff doh tu tebal sikit. 

Makan sebijik pun dah kenyang gile ok!

Next time nak buat lagi. Tapi buat nipis sikit. Gudluck sapa yang nak try! Kemain gudluck kat orang. Diri sendiri buat puding karamel pun tak lepas. Malu lah sikit. Hahahhahah.




Sambal Nasi Ayam Penyet

Hari tu masa dekat rumah kaklong, bibik buat sambal sedap. Rasa dia ala ala sambal ayam penyet. Balik KL aku apa lagi, teringin dan menggugel la. Kang tanya bibik kang tak paham plak aku cecara dia. Jadi jumpa lah resepi.

Tapi aku takde tomato. Lepas dah twit twit, Na cakap boleh je ganti asam jawa. Aku tengok dalam peti ada limau nipis. Ok, cun. Boleh lah tu nak masam cuma kalau tomato kan ada rasa dia tu yang lagi best tu.

Meh.

*Resepi yang dah dikucarkacirkan

Bahan:

Minyak masak
5 biji Cili merah/Cili besar (potong kecik kecik)
5 biji Cili padi (Ikut suka nak pedas banyak mana, potong kecik kecik)
4 biji Bawang kecil/merah (hiris)
2 biji Bawang putih (hiris)
3 biji Tomato. Sebab takde tomato aku ganti 2 biji limau nipis dengan asam jawa sikit.
1 inci Belacan
3 sudu besar Ikan Bilis
2-3 sudu gula merah/secukup rasa (Aku guna gula biasa main agak agak je lah)

Cecara:
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat.
Goreng belacan. Angkat.
Goreng bawang merah, bawang putih, cili besar, cili padi sampai layu. 
Tumbuk semua bahan di atas.
Lepas tu masuk balik dalam periuk, minyak sikit je. Masak balik.
Perah limau nipis dan tambah asam jawa sikit.
Tambah gula. Gaul rata. 
Siap!