Till We Meet Again...

14 April 2012, Saturday, 8:50pm = Memori Manis!

Last nite adalah memasak nasi ayam. Ad mintak. Tapi aku sengaja exaggerated nama dia jadi Nasik Ayang which means Nasi Yang Di Masak Dengan Penuh Kasih Sayang. Bole?

Ad loves it sooooo much! Im glad! Hilang penat tengok dia senyum. Wusshhhhhh. Lepas tu aku naik tangga  nak masuk rumah tersenyum sorang sorang dan rasa nak melayang layang. Kegilaan apakah ini?

Jugak masakkan kuah laksa untuk Pu3. Kuah je lah. Aku dah cakap laksa sila rebus sendiri. Lepas tu tak buat, hirup macam tu je. Ha lantak korang lah. So untuk malam tadi sudah tiada sesi smuggled smuggled. Jadi, tak perlu bersusah payah dan semorang dapat rasa. Comment yang paling aku nak dengar of course lah dari Ad and secondly from Bonda. I know Ad sangat honest. Kalau tak sedap dia akan cakap, tapi tidak lah sampai mengutuk. Tapi kalau sedap? Boleh senyum sorang sorang blushing wooo. Soo...bonda kata sedap dan boleh bukak kedai. Ad kata jarang Bonda nak memuji. Dia kata laaahhhh. Cewwaahhh! Padahal..ikut je resepi sebiji sebiji dan maksimumkan penggunaan lidah. Dah kata ada lidah kan...rasa la sendiri sebelum siap masak tu.


Dan jugak, basuh beras dengan penuh kasih sayang ok. Hahahhahaha. Masak pun kena dari hati, baru lah semua pun jadi sedap. Bole? I told him..I masak dengan penuh kasih sayang so that family you yang mana makan tu akan sayang i, naturally.. Hahahha gedik!


Tiba tiba motivated gila nak masak. Belum kawin pun macam ni...so betullah orang kata, kalau dah kawin, suami isteri kena dorong satu sama lain kan. Macam masak, kalau laki puji puji, mintak bini masak itu ini, tolong tolong sama, tak ke bini punya level rajin nak masak tu mencanak canak? Kann? Tiba tiba aku pun sekarang rasa macam hobi terbaru saya adalah memasak. Bole?

Ke time Ad ada kat sini je aku merajin. Esok dia dah balik tempat keje dia semula, takde nye. 

Well kejap lagi dia nak balik dah lepas dah cuti panjang, near 3 weeks tak salah since aku dekat Phuket. Ingat lagi masa dapat berita dia sakit kat sana. Masa tu kat bilik hotel around 8pm kot. His sis message aku. Masa baca tu jantung berdebar tak payah cakap. Takut! Cuak! Risau! Semua ada. Melayang rasa nak balik Malaysia. 

Ni kejap lagi nak balik dah. Esok start kerja balik. Knowing him..mana nak reti drive slow. Risau ni. Take a good care yea. Malam malam ni. You tu dah la baru sihat. Hmmphh.

Sampai kita jumpa lagi, mungkin lambat lagi lah. On our birthday on July. Cant wait for that special moment! :)


Phuket

I was there from 28th of March until 1st of April 2012

Bos bawak. Aku, Khairul, KJ, David, Elaine, Jason, Chin Sin, Masdur & Monir. All sponsored. Hotel, tiket flight, makan, foot massage. Lain lain kau pandai la sendiri. Jadi, yea. Memang aku bawak duit semata mata untuk shopping.

Dah lah sebelum pegi tu ada krisis. Jadi pegi sana pun dalam keadaan hipokrit. Nak menangis rasa. Shopping ikut sedap hati beli barang untuk semua orang. Ye lah, aku kan PEMURAHHHHHHH.

Dah la bos aku baik pegi booking yang takde check-in baggage. Just 7kg hand luggage. U know me la. Mana cukup. Baju tudung inner bagai. Kau orang cina dan lelaki takpe lah. Just sarung singlet, shotpant dah setel. Aku? Belum benda benda mekap lagi, moisturizer lah sunblock la make up remover la lens solution la itu la ini la. Habis tukar semua dalam bekas tupperware kecik kecik.

Sebab apa? Sebab tak muat beg. Tapi ada sebab lagi best. Elaine punya make up remover separuh botol 500ml sedap je immigration officer tu campak dalam tong sampah. Khairul punya shower foam pun sama. Lucky me. Aku punya tak kena. Mungkin sebab aku seperated semua benda benda tu dalam bekas lain kot. Sila tiru ye next time.

Dah clear semua, flight delay. Dalam sejam. Then, aku dapat tempat duduk tepi tingkap. Suka! Suka tengok awan. Dan! Nampak pelangi cantik. Subhanallahhhhh. Biasa nampak dari atas tanah je kan? Ni rasa nak pegi meluncur atas pelangi tu. Here, nice kan?

Lepas tu entah macam mana tah, kabus tebal, Bergoyang gila macam nak jatuh kapal terbang. Dah macam naik roller coaster plak aku rasa. Adventure! Hahahaha. Semua pun dah woooaaaa wuuuuiiii. Budak pun dah nangis. Cuak!

Sampai Phuket time zone dia lewat sejam dari kita. So masa sampai sana waktu sana pukul 6 tak salah aku. Tapi cuaca gelap gelita. Dah macam kita pukul 7. Eh, ke lebih awal? Entah.

Dan, tergoda beli simpack sana. Kan sampai sampai sana kan macam blur lagi currency dia. Aku tengok 140Baht. Uihhhh mahal nyaa! Padahal? baru RM14 untuk internet access tiga hari. No phone call. Entah lah aku tak paham jugak tapi ambik je lah. Tapi memang tak boleh call pun.


So, Aku Khairul dengan KJ je beli. Yang lain takde. So berwhatsapp je lah kami. Service dia ok jugak la laju dari sini. TrueMove. KJ kata dah survery, Antara yang terbaik la tu. Ok, no regret pasal aku pakai lima hari boleh kata online sepanjang masa, tak habis habis pun guna. Ada baki 3mb kot. Dapat sms bagitau balance tapi bahasa Thailand. Yang aku paham 5mb je.

Dah lah semua benda tak well-planned, lepas ambik van dekat airport, kitorang balik hotel. Odw tu driver tu singgah macam travel agency la dok cong bos aku ape benda entaaahhh. Sangkut sejam kat situ. Dah lah bapak gila lapar nyaaa.

Sampai hotel letak beg, pegi cari makan. Lepas dinner semua pun balik tido. 

Masuk bilik aku dengan dia macam woooaaaaww!! Nice gila.







Kan?

Tak sangka ada balconi, bilik besar ada sofa luas gila, bathtub pun selesa, toilet luas, memang heaven betul. Terus berendam aku dalam tu. 

Aku sebilik dengan bos. Bole? Bapak gila ah ketar. Bukan apa. Malas dengar dia merepek. Sembang bab keje la ape aku malas betul.

Untuk honeymoon, newlywed best ah weh sebab tempat baju kat almari dengan tingkap tepi katil tu bole bukak. Kau boleh la main cak cak laki bini, adveture! Kahkahkah. Cuak gak aku dengan bos tu. Dah la katil king size. Tido dengan dia? Mommmyyyy!!!!

Jadi, untuk honeymoon, pilihlah hotel ni, Ashlee Centra Hotel, Patong Phuket. Nice! Tengah tengah town. Sebelah depan Hard Rock Hotel. Kebetulan kitorang sampai tu Rabu. Ada Ladies Nite ke ape perempuan dok main bubbles dalam kolam belakang band yang performe tu.

Hah meleleh lah kau orang semua.

Habis hari pertama di Phuket.


Super Ad

First met on April 7th. Eh! 7th!! My favourite number! Haha. Met lah sangat kan. Met 5 second. Selebihnya aku sembang dengan cuzie dia, Pu3 Well, dah macam kenal lama dengan Pu3. Berdekah dekah aku gelak. Tak senonoh betul. I was try not to make the situation such an awkward moment. So, merepek je la

I promised him nak masakkan untuk dia. Almaklum lah orang sakit kena la layan macam baby sikit kan. Haha. Dia sebut menu, aku pun dalam dok nervous sebab dah lama tak pegang kuali, eh chop! takde la lama mana. Seminggu dua je, so masaklah.

Dah la sebelum janji dengan dia, dok janji dengan Zana my bfff nak pegi  TM Career Fair. Kang kalau mungkin salah satu janji tak best plak. Dedua besties ni. Alamak..How lah? Dah lah bangun lambat. Zana dah sampai KL Sentral aku baru bangun tido boleh? Ak Aoowww pecah rahsia. Hahah sorry babe. Aku penat gila malam sebelum tu tido lambat. So sampai dekat TM Bangsar tu got nothing. Tapi takpe lah. Spent time dengan Bff. No big deal. When i need her, she'll be around. So when she need me, I'll do the same.

Petang dalam pukul 4 balik. Lepak KL Sentral jap makan. KTM pulak dah stuck. Macam biasa lah. Delay lama jugak lah. Dah duduk dalam train pun delay. So around 7pm sampai rumah. Fuhhh...aku ingat tak sempat dah. Kang tak sempat masak naya kat anak orang. Kempunan kang. Terus keluarkan sotong. SIL ngan Abang plak nak keluar makan ngan Abang Idan. Aku pun ok lah. Tak join. 

Around 9 tung tang tung tang, berenti solat bagai, siap lah masak. Confident gila aku tabuh cili banyak banyak. Nerves lah katakan. Ad kata dia nak makan pedas. Aku pun blend la cili banyak banyak malas nak tumbuk, terbubuh air banyak plak dah. ah sudah. tumis sampai kering, dah tumis tu tambah cili blend, kaler tak cantik, aku bantai la letak lagik.Lepas tu dok rasa masam manis pedas semua, puas hati then done.

Tapi bila dah hilang neves, eh apesal macam masam plak dah ni. Ah lantak la. Hope tekak dia ok. Haha. 

SMS, bla bla bla dia kata cousin dia datang ambik. Perjanjian dengan dia ni memang cousin dia yang akan ambik mula nya. Tapi aku dah pelik dah masa tu, kalau cousin dia ambik, why cepat sangat message dia sampai ke cousin dia. Ah tak kesah lah. Turun.

Dia kata ada girl tunggu tepi kereta. Dah la gelap masa tu. Aku dah agak itu cousin dia tapi hey kau! Aku neves ni. Terpusing pusing kat bawah tu. Last last tak nak kasi orang tunggu lama, gagah jugak la kaki pegi jalan kat girl tu. Dia pun usha aku lain macam. Panas ni muka. Nasib malam, tak nampak.

"Er..assalamualaikum" Eh ok tipu. Aku rasa aku tak kasi salam. Terus like "Er..ni cousin Ad eh?" Then buat sesi suaikenal. Ok I am Nurul. She is Puteri. 

Tanya Puteri, datang dengan sapa? Muka dia dah cuak. Erm..ni ade orang kat dalam. Aku pun "Er..sape?" Sambil terjenguk jenguk. Nak jugak tengok. Then Puteri kasi sign kat "orang dalam" tu suruh turunkan cermin. Aku jenguk. 

"Eh, hai! Ohhhh pandai ye cousin yang amik" Terus macam what the hell lah aku tiba tiba peramah sangat. Ok, i know that's Ad. Even he told Puteri jangan kasik hint atau bagitau itu dia. Eleh, macam lah i tak kenal you. Dia just angkat tangan "Hi" dan pandang depan. Aku nak gelak gila dah masa tu. Ya Allahhhh tak pernah jumpa jejaka pemalu macam ni. Salah tafsir, kalau orang tak kenal yes memang patut u kena label "Sombong" Tapi i know you that well. Tau dah, penyegan. So let it be.

Aku pun nyambung sembang dengan Puteri. Eh boleh tahan ni berborak. Dok cerita pasal Ad time sakit semua. And she dont believe my age. Pasal aku lagi tua dari dia tapi maintain comel *muntah!* Ok gurau.

Dalam 15-20 minit sembang kat bawah tu, ah how rude was me. Tak pelawa naik atas even aku tau tak larat nak mendaki tangga tu tapi at least pelawa lah. Aduyaiii..Lupa! Neves+Kelakar feeling dah macam ape dah masa tu. Haiyoo so sorry.

Nak balik pun just say bye dengan sekali pesanan "Makan tau!" Ceh bunyi macam memaksa, kau tak  makan siap kau. Hahaha.

Naik atas aku dah berguling gelak. Tersengih sengih ingat perangai Ad yang super duper pemalu. Macho tapi Ya Allah awat hang malu sangat cheq tak taw lah!

Pukul 1 pagi baru dapat makan. Poor my boy.

Lepas tu esok tu terus tak dengar khabar berita.

Aku punya cuak tak payah nak cerita la. Asik la cek handphone. Masak pun bawak handphone pegi dapo. Sampai ke sudah diam! Aku dah syak dia sakit balik pasal Puteri kata dia still pening. Lepas tu terfikir isk ke sakit perut aku masak pedas sangat. Hah silly me.

Dan tengahari tadi baru lah replied. Dia mabuk ubat! So aku lega.

Dan yang buat aku terharu, dia kata aku masak sedap! Ok readers boleh cari toilet sekarang untuk muntah. Tak cukup! Tu bunyi tu macam nak suruh masak lagi next time kan? kan? Tak yah tipu. I know you. InsyaAllah, ada kelapangan, boleh la masak lagik.

Till we meet again. Till i cook again.

Hahahaha.

Amacam? Mithali tak aku siap hias hias gini?