Universal Studio Singapore


Alhamdulillah. Arrived home safely. I had a very fantastic & precious & priceless moments at Singapore. Cant wait to share all the stories here. Tips, budget & everything. It is not just about the USS, it is more than that. See you soon!




Adakah anda layak ke luar negara??

Mari kita cek.

[Klik] ----> http://sspi2.imi.gov.my/

Seperti arahan, masukkan nombor kad pengenalan dan tekan semak. Result:

Ini aku lah. Alhamdulillah.





Ini bagi YANG BERJAYA, TAHNIAH! Pergi lah kau hujung dunia pun sekalipun takde sapa boleh halang.


Ini pulak bagi YANG TAK BERJAYA, TAKZIAH! Maka pergilah kau mengadap pejabat Imigresen tengok kesalahan apa yang patut macam sangkut PTPTIPU eh PTPTN ke, atau apa apa saja kes lah.


Dan, disebabkan aku adalah layak dan tidak disekat, ehem! Maka:


Will be back afta xmas. "Sahaja aku keluar negara adalah untuk bersukaria"  Er, bole?



Malam ni, jam 11, Can not wait! Adrenalin rush. Wishooooooooo~



Adam - Office Ummi






Amboi seronok benar mengerjakan custing machine kat office emak dia. Lepas tu berlari lari. Orang luar bank pelik apehal la malam malam anak orang ni tak reti balik masih melepak dekat dalam berlari lari. 

Dan oh, sebelum tu aku bawak adam pegi makan KFC. masa tu baru dapat online voucher untuk Zinger Burger. Aku pun bukan main excited lah katanya kalau beli satu item boleh dapat free set zinger beger. konon! Sekali sampai kaunter, dan dan tu la tampal notis kata promo tu habis harini (14/12/2011). Cantiknya perangai KFC ni. Kalau tau tak mampu nak tampung, tak payah la buat. Kau tengok Mekdi, ada pernah dia batalkan promo dia? Konon sampai jan 2012 haktuih la. Dusta semata. 

Dan untuk tak mengecewakan perut yang dah memang lapar, aku pun order la set ape benda entah lupa, ayam, beger, fries (xmeal kot). Sekali lagi frust! Tak sedap langsung, ayam kecik, macam goreng kat umah, minyak banyak, memang aku rasa nak bersumpah kat situ this is the last time i eat KFC (konon lah). aku dah terbayang mekdi masa ni. Uh sedapnyaaaa~

Say no to KFC. Aku tamau dah.


Mulut Murai

Tadi pagi call emak pasal family trip. lepas tu sembang sembang kosong. Mak cerita, Syahmie  last weekend kot masa orang tengah sibuk sibuk kemas barang nak pegi kenduri dekat rumah mak aku ke nak balik rumah mak aku entah tak ingat, dia boleh pegi main basikal kat luar rumah. Merayap sampai kat lorong lorong mana entah. Lepas tu sesat. Tak ingat jalan balik.

Sampai je rumah mak, apa lagi, mengadu la dia. Cerita la dia hilang la itu la ini la. Yang mak aku ni boleh la pulak tanya dia sampai dua tiga hari benda yang sama. Last last apa dia jawab?

"Haih nenek ni. Itu cerita lama la!"

Apa nak kata? Terus diam lah mak aku. Hahahahahha.

4 years old boy. Itu lah dia, Syahmie Hazeeq Mulut Murai. Ini lah :

ada satu cerita pasal mengandung, kelakar gila, tapi aku tak ingat camana situasi dia. nanti balik tanya emak. nanti akan update. memang berguling ketawa.


Ladang Anggur Tasik Beris, Sik Kedah


Disebabkan omong omong orang yang "bukan ada apa pun masuk dalam tu" maka aku pun berat hati je nak masuk. Dah la kena cukai rm4. isk. Masuk takat amik gambar dengan anggur je macam tak berbaloi je kot. Kenapa tak eksaited macam nak masuk ladang stoberi entah. Tapi menyesal kemudian tidak berguna. Lain kali masuk je la. Jangan dengan cakap orang. Macam lah anggur tu kau boleh tanam belakang rumah nak bergambar lain kali. Pfft.

Ini amik dari luar . Setelah di edit nampak la rupa anggur ha.

Dah macam kat obersi kekdahnya.



Laluan masuk. Jadi la ada gambar sini ha.



Anggur fresh sedap gila. Menyesal termakan kata kawan aku dia kata masam time dia pegi. jadi beli sikit. Sumpah nyesal. Anggur dia sedap manis! Anggur hitam tu lagi sedap tak terperi. Krup krap krup krap. Rangup gila!


Ok, kamu kalau ke area Sik, tempat ini adalah wajib pergi ok. Kau ingat senang nak jumpa pokok anggur kat malaysia ni? Senang? POKOK ok bukan buah. Buah bersepah kat market.  Jadi, sila pergi. Kak Rai...hang tu dah dekat kann..bawak anak anak pegi. Sekian.



Macam itulah bila dah jadi emak

Malam tadi, lepas balik kerja aku singgah pasar malam. Niat konon konon nak beli nasik kerabu dan sayur kangkung serta ikan bilis sebab #kononkonon nak buat nasik goreng kampung pagi tadi. Mana nasik nya entaaahhhh. Lepas tu abang suruh bawak adam. Aku ni ok la sebab nak cepat tak bawak la buggy dia. Dukung je la atau lepas dia jalan. 

Sekali sampai kat pasar malam tu maknusia dah macam apa. Aku dukung je la. Kalau kasik dia jalan kang kena pijak pulak satu hal lak karang.  Sebab aku perasan bila dia jalan, dia sangat berhati hati takut kaki kecik dia tu kena pijak. Beria dia step back dua tiga kali. Hahhahahha. Then kau bayang eh nak dukung toddler 12kg. Pffftt. Terpaksa la. Dah la gerai nasik kerabu tu subhanallah punya jauh. Dah beli tu pegi carik kangkung. Sebelah tu gerai ikan. Kejap kejap adam terlepas pegi tengok ikan. Cuak aku. Ok setel, ikan bilis pulak. Masa tu tercabar gila kesabaran aku. Dah la tukang jual tu lembab gila. Yang adam pulak dah pegi dekat tengah2 orang ramai. terjerit jerit aku. Takut hilang. Masa tu memang aku rasa ommaaaiiii macam ni perasaan ada anak, takut anak ilang. gila paranoid aku. dah la maknusia macam macam bangsa situ. Marah betul aku dengan pejual ikan bilis tu lambat sangat bekerja. 

Dah setel tiga perkara tu nak balik ni sekali rasa macam kosong. Teringat! Tertinggal kangkung. Aduhhh...nasib baik dekat. Patah jugak la ambik. Lagi satu benda aku teringat. Eh rasanya tadi balance nasik kerabu RM5 tak ambik pun. Nak patah balik aku tak larat dah nak redah. Orang memang berasak macam apa. Nak dukung maknusia 12kg ni pulak? Tak sanggup. Nak biar dia jalan? Pun tak sanggup. OK. Takpe lah. walaupun RALAT redha je la. mungkin rezeki dia. Sebab aku memang tak larat gila nak patah balik dengan berbaju kurung nak dukung anak peluh meleleh leleh. Memang tak.

Masuk kereta termenung aku. Macam ni gaya dia, esok dah beranak memang tak dapat la nak bersuka ria pegi pasar malam bawak anak sorang2 melainkan dengan laki sekali. Kau gila tengah tengah pilih ikan pusing belakang anak hilang? Memang meraung la dekat situ. Lagi pulak nak anak kembar? Ok lupakan dulu angan angan tu sekarang. Actually boleh jugak la kalau bawak buggy takde masalah. Kau letak anak dalam tu lepas tu pilih la apa kau nak. Tapi semalam memang fuhhhh mencabar gila.

Memang kelam kabut betul aku semalam. Dengan tertinggal barang itu ini, duit balance lupa nak amek, memang ah kan.Kalut gila. Aku lebih sibuk kepada mengerling adam. Tak nampak sekejap je dah dupdapdupdap gila. Huh scary kot.

Haih nanti dah jadi emak macam mana? Aku tak mau la jadi emak yang sangat paranoid. Fuh.


Penggunaan Contact Lens


Di atas adalah kaler kaler yang penah aku pakai untuk contac lens.Masih belum gila memakai kaler kaler hijau biru merah dan sebagainya. Grey grey grey only. Yang violet tu ha kejap lagi nak cerita.

Entry ni terhasil lepas baca entry my darling Fyna.

Mula pakai contact lens kalau tak salah aku masa praktikal tahun 2008 kot. Kaler adalah kelabu. Gambar ada dalam hardisk kot malas nak korek.

Mula mula pakai yang dekat kedai lah sebab masa tu konon konon banyak sangat berita buruk pasal yang beli dekat internet, korea apa semua tu. Oh oh masa tu aku suka tengok Izza pakai. Masa tu kami masih di bangku sekolah, ah universiti. Tapi dia U lain aku U lain. Dan dari dia aku kenal blog. Ok ok move. Meleret dah.

Jadi, beli lah yang rege cekik darah rm60-70 somthing tapi tahan hanya 1 bulan. Mencekik! Belum solution ape jadah lagi. Lepas tu taun ni bulan 8 saja saja try beli online dengan kakak ipar. Kata nya dari Korea. Brand : Kira kira series. Dan tahan 3 bulan. Dan!!! Mata aku masih elok, cek baru ni. Dan jugak! Takde pedih pedih ke infection apa bagai. Berbanding yang beli dekat kedai aritu pfftt berapa kali aku pegi hospital sebab infection? Mata merah then macam ada bijik kecik dalam mata?? Kedai tu kedai! Yang konon2 lagi secure dari online product. Ni aku try online product..hokey je kot!

Cuma kadang kadang kalau solution tak sesuai mata pedih. Beware!

Meh nak kasi tips penggunaan contact lens sikit:

- Make sure tangan bersih masa nak masuk atau keluarkan lens.

- Air untuk rendam lens tu make sure bersih dan tukar hari hari even tak guna lens tu.

- Kalau pedih cepat cepat tanggal.

- Jangan guna lens/solution yang dah expired

- Tulis dekat botol solution tu bila tarikh bukak dia. Sebulan setengah buang.

- Kalau pun lens tu tahan 3 bulan. Jangan tunggu ngam2 3 bulan baru nak buang (aku la tu still pakai. Degil. esok jadi pape ha tanggung! *Nauzubillah*)

- Pastikan power mata bersesuai dengan lens. Kalau tak blur/pening.

- Jangan pakai terbalik. Boleh rasa kepelikan dia kalau terbalik.

- Orang kata pakai lens dulu baru mekap tapi aku tak. Mekap dulu baru lens. Sebab dah selalu habuk maskara/eyeshadow masuk dalam mata. Pastu nanti tak selesa, tanggal lens mesti ada habuk. So dah siap mekap semua baru pakai.

- Kuku make sure jangan panjang, takut kuman ke terkoyak ke ape lens tu nanti.

- Masa nak tutup lens dalam bekas dia, make sure lens tu betul2 kat tengah. kalau tak terkoyak. Ok ini pernah jadi. Baru pakai dua hari dah koyak sebab tutup laju dan ketat ketat gila. Frust sungguh rasa!

- Jangan gedik nak pakai lens dekat tepi pantai ke ape tempat banyak habuk. Tebiat nama dia tu.

- JANGAN CUCI PAKAI AIR PAIP PLEASE! Aku pernah nampak banyak kali jugak dekat public toilet orang selamba basuh pakai air paip dari pili dan masuk dalam mata. Ergghhh.... Sekali ada bakteria ke kuman ke isk!! So, kalau rasa berat nak bawak sebotol, tiru macam aku. Isi solution siap siap dalam bekas, tutup ketat ketat insyaAllah tak tumpah. Then kalau rasa tak selesa, bukak lens, rendam kejap dalam solution tu. Simple. Dan kakak aku pun dah ikut tebiat ni kalau pegi keje ke mana. Ye lah, kang tengah keje tetibe rasa tak selesa mana kau nak gagau solution dia? Jangan guna air paip please!

- Pakai jangan lebih 8 jam...Tapi er aku neh kadang pukul 7 pagi pakai, pegi keje bla bla bla balik tengok tv lupa neh dalam mata ada lens, jap g pukul 12 baru nak tanggal. Jangan ikut tebiat ni okay! Binasa matamu nanti aku adalah tidak bertanggungjawab.

- JANGAN! Jangan mengada ngada nak titik eyemore (camni ke eja?) kalau mata tu merah ke pedih ke gatal. tanggal dulu pegi basuh mata then baru titik. kalau nak pakai, titik sejam sebelum pakai eyemore tu.

Dah ah. Banyak sangat dah kot aku kasik. Pegi google bersepah orang kasik tips. Yang penting, disiplin. Kalau kau jenis pemalas nak tanggal tido sekali dengan lens tu lantak kau lah (ini pernah jadi, lepas bangun mata pedih gila padan muka). Oh ya, aku google dan jumpa ini. Scary. Sila klik. Tapi kalau kamu disiplin dan ikut tips2 berguna di atas ecewah insyaAllah takde apa apa.

Ok, tadi, dapat lens dari Fyna. Dia kasik sales gila gila lalu aku pun beli la ikut exact power. Aritu main random je amik 150 untuk dua dua mata so macam ok. Sekali tadi petang aku terus pakai then rasa blur sangat. Macam ring tepi tu block view. Bak kata fyna, aku memang kalut. Tak menyempat nak try. Hahahha. Dasarrrr tak menyabar. Macam ni lah dia. Lepas tu nak emosi merempan bagai. Gila kau! 6 pasang tu aku order. RM96. Murah! Berbaloi! Sama macam yang pakai before. Dollyeye.com. Korea mari.  Tapi cuma series lain.  Kalau nak kena tukar balik huwaaaa.

Jadi, solution nya, aku rendam je dulu dengan solution dia sampai pagi esok tengok boleh ke tak.

Atau mungkin pertukaran power lens membuatkan aku tak selesa. Macam pakai spek kan akan pening jugak at first place? Aicewahhh menyedapkan hati lettewwww~

Lepas ni kalau semua smooth boleh tukar tukar violet, pink, grey, brown, green, blue. ha amek kau! 








Chaw. Assalamualaikum.


Keda Resort, Bendang Man Kedah

Menghadiri majlis kawin sedara, so stay dekat sini:

Tempat rehat dan tempat budak budak buat kem bagai. 

Sampai dah malam tersesat lah singgah sana sini  la ada air sungai bagai.  Around 8pm sampai. Gelap tak dan nak tengok view resort. Tapi tau Rumah adalah sangat selesa. Siap ada dua tilam tambahan.

Takde keje budak budak ni 



Model neh!

Kiri : Nenek Adam a.k.a Emak
Kanan : Adam heksaited gila jumpa backhoe.

Punya la lama nak menunggu bas rombongan kitorang memang kaw kaw buat photoshot kat tepi sungai ni ha. Rasakan. Tapi memang best pegi sini. Aman damai. Silakan pergi. 



Iman Adam - Hospital Admission (1st Time)

Rabu, dari tenghari asyik muntah. Pantang masuk makanan muntah. Muntah muntah dan muntah. Balik kerja kitorang pegi hospital. Sampai ke pagi esok tu muntah lagi, abang drop aku pegi kerja then terus dia bawak Adam pegi hospital balik. Sampai sana masuk air pasal memang dah lembik gila tak boleh masuk apa apa langsung. Even minum air pun boleh keluar balik. Petang abang call kata Adam admit.

dan dan la time sakit ni pantang nampak kamera pose.

aunty sebelah katil kasi nips tu suruh makan, dia boleh main teka teka kaler pulak. dan dan la time ni nak tunjuk kau tau semua kaler. ceh.

Dulu dian warded 11 bulan. adam 1 tahun 11 bulan. katil yang sama pulak tu. memang la kau orang ni sehati sejiwa.

backhoe tu mana boleh tinggal!

tak nak makan ubat. masuk ikut tangan je. berbalut habis tangan. buas ni!


buas! sakit sakit nak berjalan jugak tu. 

hahahhaha propa je ni. orang bukan buat ape pun. nurse tu check je pun meraung macam ape. lepas tu siap boleh babai flying kiss bagai. ceh.

Teringat masa aku 8 taun dulu masuk hospital pasal appendix, doc datang nak bukak balut bedah ke ape tah tapi aku punya meraung tu pergghhhh bergegar wad. padahal bukan sakit pun. hahaah. 

 So petang ni mungkin adam dah boleh discharge kot. 

 Alhamdulillah.