Jom Bali Cafe...Jom!!!

Tadi pegi The Curve. Ingat nak karok jem plak nak masuk ada wall climb event jadah apa tah. Aku dah macam lapar gila nak period kot asik lah nak makan je keje. Masuk la Tesco jap. Tak tahan terus masuk Jom Bali Cafe sebelah KFC, depan King's. Order, makan dah walawehhhh sedap!!!!
Aku sebenarnya rambang mata. Perut lapar dan menu sungguh mengancam jadi macam lupa diri. Actually nak makan lamb chop dekat Uptown tapi masih awal. Belum bukak kot. So tibai la Lamb Chop kat sini. Not bad. Sedap!! Air Soya Gula Melaka pun sangat maveles!! Menu Air dia semua tak boleh tahan. Semua sedap sedap. Isk. Nasi Lemak  dia Ummmphhh!!! Dah la rasa santan dia tu pekat, baru harum daun pandan lagi, sambal sedap gila dan nasi banyak sungguh serta murah tak sampai rm10 pun sepinggan tu. Sampai chinese sebelah kitorang mintak add on sambal sebab tengok kitorang sampai mintak tambah padahal dia makan langsung takde kaitan dengan sambal tumis. hahahhaha.  Nasi lemak tu banyak sampai kitorang makan sorang sikit empat empat orang. Hahahaa.

Dah banyak perangai, macam ni lah!

Oh ada beg baru cute!! Silap2 lepas ni boleh buat koleksi. Ngeee~

Elok je pun surau dia...

Wah wah wah kau kak rye laju rembat entry aku. Kahkahkah.

Nih nak cerita, aku bersyukur gila lah surau dekat stesyen minyak ni selesa. Boleh tahan luas. Takde bau busuk. Tak kotor. Ada telekung kalau terdesak sangat tak bawak telekung macam aku. Hoi Big Baby, tolong bawak telekung aku esok! Ada cermin besar kau nak tacap tacap mekap mekap, ada kipas angin. Hah. cukup lah tu. Kau nak apa lagi kan?


Atas sebab sebab tertentu tak payah lah aku cakap ni stesyen minyak apa, tapi kalau kau orang familiar, tahu lah stesyen apa. Yang aku pasti, satu hari nanti sebelum berhenti kerja, aku akan pegi cari Manager stesen minyak ni aku nak ucap terima kasih banyak banyak sebab sediakan surau yang lengkap macam ni. Sumpah aku akan cari dia. Sumpah! Kalau tak jumpa, aku pesan je la kasik nota kat pekerja dia.

Tempat wudhu dia nampak macam buruk berkulat kan? Padahal tak ok! Dia jenis yang batu batu tu. Bukan simen bodo. Lagi kau tak bersyukur ke? Tak payah kau nak pegi amik wudu kat tandas ulang alik masuk tempat solat. Tak payah!  Tu ha tong sampah pun siap ada. Lantai, lantai dia marmar bhaaaiiiii. Sekali lagi, bukan simen bodo! Siap ada ayat ayat suci tergantung. Lepas tu ada hanger kain telekung lagi. Ada penyidai. Ada para kau nak letak bebedak maskara lipstik blusher eyeshadow kau bagai supaya tak susah payah bangun duduk bangun duduk nak mekap, cermin gedabak gila besar dia letak. Boleh la belek jerawat. Tu ha kalau agak nak pahala lebih, amik penyapu tu tolong lah sapu surau tu ha. Esok aku buat. Arini tak sempat. 

Lagi kau nak apa? Jarang nak dapat tempat best macam ni. Yang penting bau busuk takde! Aku nak je beli freshner letak dalam tu. Sedap jugak apa ada bau wangi wangi sikit. Tapi kang seram pulak masuk bau bau wangi ye dak?

Aku pun takde lah baik mana, tapi bila dah tua ni, kadang kadang rasa tak sedap hati tu ada bila kau tak mengadap Dia. Nak nak lagi time kau dalam keadaan yang huru hara tengah serabut kepala, susah hati, tak tenteram, neves nak hadapi benda baru dan lain lain lah. Mulut tu kemain lagi pandai sangat Ya Allah Ya Tuhan Kau bantu lah aku Hamba Mu ini dalam kesusahan dan kebuntuan Ecewahhhh...mulut tu pandai sangat bercakap, tapi takat cakap kosong nak merintih bagai tak payah derrrr. Anak sedara aku pun pandai Ya Allaahhhhh...

Sekarang kau cakap dengan aku, apa lagi alasan kau nak kasi untuk tak payah menapak lima minit untuk pergi solat??



Kot ye pun tak solat, tok sah la tunjuk sangaaatttt

Selama aku kerja ni memang tak masuk ofis. Lepak site je. Dan memang tak tau rupa bentuk ofis camana pun. Pastu a friend of mine kasitau kat ofis tu kalau nak solat kat bilik meeting je tu pun agak was was lah. So better pegi petrol station sebelah ofis je. Ok fine.

Pastu tadi bos suruh masuk ofis, then aku pegi la. Waktu lunch, lepak dengan akak akak melayu yang dari pandangan mata kasar memang baik lah. Takde lah sosial apa pun. Fun & funny. Tudung pakai so ok lah. Lepas tu, aku saja lah tanya nak solat macam mana dan kat mana. Tiba tiba one of them cakap "Ni lagi sorang tanya. Humm...tempat solat takde (maklum lah company cina) tapi kalau nak solat kat bilik meeting macam was was. Takut orang pijak apa apa entah then kotor.  Kalau nak jugak solat dekat stesyen minyak"

Aku mula mula memang sentap ah. Pasalnya, aku memang tak pernah jejak kaki kat kat ofis, jadi boleh tak kau assume yang aku tak tau langsung takde tempat solat (eventho aku tau dari mulut orang mmg takde tempat solat). Lepas tu boleh tak kau jawab je soalan aku tanpa ada perkataan yang macam menyakitkan hati?

Eeeyyyy nak je aku sound "Oh habis tu kau orang bertahun keje kat sini memang tak solat lah?"

Please lah. Kalau nak sound orang, jangan lah nampak kita ni hina dan bodoh sangat :)

Mati la abaaaanngggg!!

Malam tadi mak call. Jarang jarang mak call. Cuma kali ni mungkin dia rasa sangat lawak perangai cucu dia, jadi dia tak boleh tahan dan call untuk bercerita.

Cucu sulung kesayangan dia, Syahmie sakit mulut. Ulcer. Budak empat tahun mana la reti nak hadap benda benda tu. Kalau kita yang dah tua ni pun meraung kena ulcer, budak lagik lah.

Kaklong call mak bagitau Syahmie sakit mulut. 

Sampai je dekat rumah kaklong mak kata Syahmie tak berenti nangis. Mulut tu dah la memang jenis tak berenti cakap, sampai dah merepek macam ni:

"Tolong la ibuuuuuu....Abang sakit ni. Ibu tolong la cari ubat. Abang nak mati dah niii...."

"Sakit la nenek. Mati la abanggg.. Abang sayang semua orang niiii"

Hah sampai macam tu. Keras perut aku gelak masa mak cerita tadi. Hah tau pun kau sakit lah nak mati lah tapi kalau badan tu sihat, mulut kemain lagik.

Lepas tu bila dah habis setengah botol minum tu keluar la bijik bijik banyak atas lidah dia then mak dia bawak pegi jumpa doktor. Doktor sapu ubat then cakap tunggu sejam jangan makan atau minum apa apa.

Balik rumah, nenek pesan la kat dia "Abang tak boleh makan tau sekarang. Jangan mintak susu, jangan minum air masak, jangan makan apa apa satu jam" Boleh dia jawab "Haaa!!! Mati la abang macam tu tak boleh makan dengan minummmmm"

Kahkahkah. Tak mati pun sayang takat tak makan minum sejam tu. Aparraaaaa. Sakan la nenek dia gelak. Aku pun keras keras perut gelakkan dia. Tah ape ape tah.  Then agak dah ok sikit, Pakteh dia (adik aku) umpan la dengan laptop nak kasi dia ralit hilang sakit. So tanya la nak tengok Ultraman atau main games. Sah sah la ultraman pujaan hati. lagi mau tanya ka. 

Lepas tu pukul 2 pagi dia tido. Elok tak berbunyi dah sampai siang. Saspen betul la Syahmie Hazeeq ni.

Peace makde! Abang abiskan kuih ni sebalang k :p


Dari Kangar ke Kuala Lumpur

Perjalanan balik ke KL agak mengerikan jugak lah hari tu. Hampir hampir Dah menangis pun sebab penat, letih , rimas, lemas dan macam macam hal lah. Aku tak tau kenapa aku tak boleh tunggu hari esoknya untuk balik. Padahal bukan tak biasa dengan keluarga Sya. Mungkin sebab Sya dah kena tinggal umah mak mertua dia so aku macam alah malas nya nak balik rumah mak dia dah.

Mula mula dah call KTMB. Ingat nak naik itu je dari Kangar, sekali keretapi memang haram la ada kosong. Entah mana datang maknusia entah lah Malaysia neh. Ni ha lah neh, yang haram je dah sejuta lebih. Eh pegi balik negara korang boleh? Tak payah nak menyemak sangat kat sini.


Jadi, tumpang lah family shida sampai Stesen Bas Kangar  itu pun dah macam sempit gila. Aku terpaksa la tebal tebalkan muka. Dah nak buat camana kan.

Sampai bas station, semua tiket ke KL sold out. Aku pelik gila apehal nak sold out. Esok (Isnin) korang semua dah start keje dan sekolah kan? Pegi lah balik awal awal. Nak jugak balik menyempit last minute. So, choice yang aku ada ialah naik bas ke Alor Star (dia kata bas akan datang pukul 3:30 petang). Lepas tu dari Alor Star ambik bas ke Butterworth dan dari situ pandai pandai lah aku nak hidup. Luckily pernah ada experience macam tu so takde lah cuak sangat even dulu tu ramai ramai. Ni aku sorang. Ah, pelantak lah!

Sejam lepas tu bayang bas pun tak nampak. Aku dah down gila dah kat situ. Pegi Maybank kejap nak topup incase jadi pape kang takde kredit plak nak call sana sini kan. Apahal hah orang Perlis nak pelik sangat orang pakai baju kurung -_-“ pfftttt.

Pukul lima macam tu (dah lepas nangis ni, rasa loser gila babi), tawakal la pegi satu kaunter ni tanya tiket. Sekali eh dia kata ada. City Express. Harga pun not bad. Murah. Takde la mencanak gila naik. Oh ok ok terus beli. Dia kata bas pukul 5. Ok Yippie dah boleh senyum.



Bas datang, sangat selesa, seat besar gila. Best. Aircond pun boleh tahan. Makcik sebelah aku sibuk tegur baru kawin ke -_-“ pasal pakai inai. Ya ya kawin dah. Mana laki aku pun entaaahhh. Bila orang dah penuh aku pun get ready la apa yang patut. Siap beli magazine, air bagai ni. Hairband pun dah uraikan. Rimas. Aku nak tido je. Penat. Serabai pun pelantak lah. Pejam mata, set…

Sekali driver bas datang. Dia mintak aku dengan makcik sebelah ni yang nak pegi KL turun. Kata dia tiket kitorang tak masuk sistem pasal bas tu nak pegi Melaka actually so kitorang dua je yang sesat dan bas tak nak masuk KL. Ah konon lah tak masuk sistem padahal kau yang tak nak masuk KL kaaaaannnnn???

Aku pun sentap gila ah.  Aku dah serabai macam ni kau suruh turun. Dia kasi choice naik bas Jelita pukul 7 atau bas persiaran Shamisar Holiday pukul 6:30. Of course lah nak naik yang paling awal kan! Takde makna aku nak melepak lama lama kat situ. Hari pun dah gelap kooot. Makcik tu lagi kesian pasal anak dia masuk hospital so dia nak pegi tengok anak dia lah. Suwey betul lah company bas neh. Menyirap je aku rasa.
Tunggu punya tunggu takde jugak bas pukul 6:30. Dengan magazine aku dah basah kena air macam haram betul. Rasa nak menjerit je kat situ. Geraaaaammmmmmm!!!!!!!

At last, bas sampai pukul 7:15 malam. Aku dah macam apa dah.Sekali seat belakang sekali yang tinggi sikit tu. Amik kot. Dah macam jadi tontonan umum aku rasa. Pelantak ah!! Bersila, on aircond kuat kuat, tutup muka dengan pashminar, tido. Lantak korang la nak tengok aku. Dengan bas terlambung lambungnya memang terbaik lah kan!


Sampai puduraya pukul 3 pagi boleh? Satu hal pulak aku nak suruh abang amik. Dah la stok jenis suka drop orang depan hotel pebende tah tu nama dia. Ancasa ke ape. Ape kau tak leh drop je depan Maybank? Satu hal pulak aku terkial kial nak jalan pegi sana. Dan terbaik lah kan hujan pulak tu. Yeaayy!!



He is a good boy actually.

Adam bukanlah budak yang jenis rebel. Semua benda nak mengamuk. He is very good boy. Dengar cakap. Tapi satu je pantang dia. Jangan tinggi suara dengan dia time dia tengah cool atau mencuba perbuatan baru. Malang akan menimpa kemudian.

Macam haritu, pegi raya dekat rumah Pakcik Muslihat (Ustaz yang ajar kami semua adik beradik mengaji masa kecik, dan sedara jugak lah) Kitorang Cuma lepak dekat beranda rumah. Almaklumlah panas. So bila masing masing dah galak bersembang, abang, kaklong dengan abanglong sembang pasal apartment yang dia beli dekat cameron, aku dengan kak nelly sembang apatah, so memang tak perasan la anak sorang ni. Sekali kak nelly dah nampak anak dia angkat balang kuih.

rasanya ini masa dia nak pegi dekat balang kuih kot. lupadah.


Niat dia nak cakap “Adam, pegang elok elok, kasi abah” Tapi lain pulak yang terkeluar. Sebab terkejut anak angkat balang kuih, dia terjerit lah “Adam!!” Yang budak kecik ni jenis dia kalau tengah pegang barang, then orang tegur dia terkejut, memang habislah dia akan campak barang tu. Hahahahahaha. Got what I mean? Yaaaa….maka lepas dah terkejut tu memang tercampak lah balang kuih tu kaaaannn…Pecah berderai.

Hahahahaha memang malu lah kan! Pegi beraya dan mempecahkan balang kuih raya orang. Dah lah tu bila balik orang kasi duit raya lagik. Memang ah! Mak adam sampai sekarang ralat gila pasal sebab dia terjerit kat budak tu tak pepasal je balang kuih pecah. Haha. Dah tak pasal raya haji ni kena datang beraya ganti balang kuih. Kahkahkah.

Well adam biasa lah dengan muka tak bersalah dia dan ini, sweet kan?


Moon Cake..Bole makan tak?

Moon cake atau kuih bulan. Memang dulu dulu cuak nak makan pasal isu halal haram. Tapi sekarang ni kan buat dekat kilang dan ada yang dapat cop halal. Tapi aku agak kembang tekak jugak lah bila tengok cop halal yang bukan JAKIM pasal dia konon konon untuk Malaysia & Asia.

Tadi colleague chinese kasi moon cake ni. Bagi yang main hentam je asal nampak logo Halal ok go on. Tapi aku adalah cuak. Adakah ini tanda halal yang boleh dimakan tanpa was was??

Lupa nak snap nama kilang yang buat. kot tak leh check kat website jakim. haih.

Kalau korang, makan tak?


Finally!! Remove IntenseDebate Comment.

Lepas dah berbulan aku stress nak delete intensedebate punya comment part, baru tadi boleh. Tak bukak mata luas luas sapa suruh. Ceh. Dan quite complicated jugak lah. Terbelit belit dengan wordpress lah apa jadah. Aku rasa memang betul dah username dengan password tapi tetap lah nak kata invalid, invalid juta juta kali!

End up, dua tiga ari lepas antar email dekat support@intensedebate.com berjela jela aku mengarang. BIla dia reply, rupanya solution dia senang gila ceh ceh. Aku tak click untuk login pakai wordpress. Hoih mana lah nak ingat. Dalam kepala otak aku blog aku guna blogger so menatang apa word press tak amik kesah pun. 

Sini : 
kelik yang dalam bulat tu dulu lah!  baru proceed username. cehs

Lepas tu senang sangat nak uninstall. Ikut je arahan berbahasa inggeris dia.



Majlis Perkahwinan Tasya & Joe, Enjoice!!!

Awas!!! Entry adalah padat dengan gambar!!

Ini masa dekat Masjid. Sekali tiga orang nikah. Kronologi :

1: Penutup muka yang last last habih berlemoih dengan kesan lipstick dan foundation. Pengantin ni tak pandai duk sengap. hahahhaha sya ;p
2: One shot! Tapi aku tak dengar pun lafaz dia even rekod pun tak clear sangat suara. Awat slow sangat Joe aih? Ketaq kaaaaaaa? :p
3: Oh sebak masa neh Abah peluk Sya menitik air mata T__T
4: Ehem!! Sah daaaahhhhhhhh
Mentang mentang dah sah, kemain tau pengantennnn...Siap touch up lagik. Tapi sweet!
Ini malam berinai / khatam Quran. Disebab kan aku tak komfem awal nak datang so takde baju untuk aku. Jadi, tambah lah manik sendiri nak rasa merah merah.
Pengantin lepas khatam terus pegi mandi lobak konon nak kasi badan tak peluh sangat untuk majlis esok. Sudahnyaaaa....tak peluh apa. Dah macam berlendir sya cakap. Aku pulak yang fefeeling penganten khatam quran masa ni. ceh. 

Pelamin tiga panel. Cantik! Besar tapi penyudahnya aku rasa membazir pasal tak boleh capture penuh pasal dengan depan ni ada tiang. so dia menghalang .

Bilik. Simple but sweet. Tapi loklaq gila pakej ni kasi cadar hat zaman purba mana entah. buruk bena.



Pengapit, bride to be, Kak Ngah ( Intan) & Basir
Aku rasa dalam mulut joe penuh nasik tu. Hahahaha

Amek berkaaaaatttt~

Naaahhhh duyung cantik terlepas ke darat berposing posingan~

Ini pulak masa dekat rumah Joe. Bunga tangan kristal tu sangat cantik. Dalam ramai ramai aku la paling masuk tema sekali. Brown+Blue. Padahal beli secara tak sengaja je baju ni. 

Atif hensem!!!!

A Happy-Go-Lucky Bride. Pelamin dia cantik kan? *grin*


Ok. biasa kalau silat kita tengok yang macam lawan lawan kan. Yang sini fun ok. Yan orang orang tua. Enjoy!:


Tasya dah terkekeh kekeh aku tengok. Itu dia, kalau aku, mau terbatuk batuk dah gelak kat situ. Takde cover dah kot.

Satu lagi, malam sebelum hari kenduri, abah pasang mercun kaw kaw punya. Yang 100 das lebih, aku dah rasa macam duduk kat medan perang. Nah:



Aku pun tak sangka aku akan berada dengan Sya masa nikah, khatam quran, berinai, inaikan dia, hari kenduri dan rombongan hantar pengantin (sambut menantu). Even bunga dekat kepala tudung tu pun aku yang letakkan. Oh mithali nya kawan mu ini syaaaa. Kahkahkah.  Takpe, hari dia, kita gembirakan dia. Aku pasti, hari aku nanti dia akan gembira kan aku pulak. Ye dak? 

Apa pun Sya adalah sangat cantik dan cun. Untung jugak kenduri lepas puasa. Masa puasa diet gila gila so badan cun ah. Joe bertambah comel aku tengok. Dulu kurus, hensem. La niiiiii. Hahahaha bambam pun masih comey jugak.

Diorang ni kapel since kitorang study lagi. Masa sem berapa entah. Dua kot. Sampai la ni. Alhamdulillah. Dalam dok gaduh gaduh sepanjang tahun tu, kawin jugak. Diorang ni mana pernah tak gaduh, habaq mai. Tak sah kalau tak gaduh dua orang ni. Tapi Alhamdulillah jodoh kuat :)

Untuk Sya & Joe, semoga korang tabah menghadapi kehidupan berumah tangga. Lepas ni dah tido sebantal harap harap perangai gaduh tu dapat kurang la eh. Dan cepat cepat la sikit timang baby. tak sabaq nak tengok. mesti comey aih!

*Pergh haiiiiihhh panjang gila entry. Ah layan sajalah*


Adam is a big boy already

Demam nak banyak bercakap

Hensem boy, aite?


Journey To BestFriend Wedding

Mula mula aku rasa macam tak syok je raya.Tiba tiba bila time raya jadi syok gila. Lepas tu aku terlupa yang malam raya ke dua aku kena pegi Kedah untuk attend wedding tasya. huwaaaa. Takpe lah, sedapkan hati, kawan kawin sekali ja :)

So tiket ke Baling dah ada dalam tangan. Masa tengahari pegi beraya dekat rumah Wan Kg Awah, stop lama plak kat situ. Aku dah fadeup dah. Lepas tu balik rumah Wan Bt 4 pun lama jugak. Dah petang pegi rumah Makcu, then rumah MakTam sampai Maghrib. Lepas Maghrib diorang plan nak pegi rumah Mak Andak. Aku dah sentap sentap pasal nak pegi rumah Mak Mertua abang nak amik baju raya aku, Kak Ipar lupa bawak balik. Pastu dari rumah Mak Andak dah pukul 9 lebih.

Lepas tu lupak beg ada dalam kereta Adik. Call dia, dia dah ada jauh. Takpe lah, suruh dia drop kat rumah akak. Nak pegi Mentakab 20minit. Sampai sana mandi mandi cari baju dah satu hal. Gerak dari rumah dia pukul 10 malam. Padahal bas jalan 10:15 ni. Gila kalut! Aku dah la mandi tudung pakai tak betul main selempang ja, pasal ingatkan sempat tukar baju kat rumah akak. Tak dan!!

Abang drift pecut terus drop aku kat bas, tengok orang dah ramai, dia patah rumah akak amik beg aku. Nasib rumah dia 5minit je dari bus stand. Aku punya cuak jangan cakap la. Macam haram! Dah la bas persiaran. Camana seat entah. Elok abang sampai, bas start penuhkan orang. Lega!

Naik bas, berlaga pulak seat dengan mamat mana entah. Aku dah sentap dah ni dengan konduktor bas tu. Last2 dia kasi aku duduk single seat kat belakang sikit. Nasib la seat besar. Terus aku duduk elok elok, tido. 

Sampai Sungai Petani, pagi buta pukul 6. Gila! Aku tak expect cepat ni. Dah la masa orang turun tu aku baru bangun. Gila gelabah. Aku tengok kat tepi kedai tu poskod Sungai Petani. Ah sudah. Kalut gila! Dah la drop tepi jalan. Miezan kata memang dia akan drop tepi jalan tapi kena jalan sikit untuk tunggu kat bas harian pegi Baling. Gila! Mana aku nak tau jalan dia. Dah la tak penah pegi situ. Pagi buta plak tu. Gelap! Kalau cerah gagah jugak aku nak menapak cari jalan. Last last aku decide aku turun Alor Star. Jauh pun jauh la kan. Dah nak buat camana? Dari aku merepek tak pasal pasal kat situ kena apa apa kan? 

Sampai A. Setar, letak beg terus pegi toilet. Lagi satu perkara kelakar orang Kedah. Kalau dah nama public toilet, lagi lagi kat bus stand, aku tak penah jumpa lagi la public toilet yang berkunci. Gila satu hal nak tahan kencing. Dengan muka dah tak serupa orang. Memang menyirap je pagi pagi tu. Pegi toilet lagi satu plak, dah la kecik, kotor, busuk bayar mahal pulak tu. Memang aku tarik nafas dalam dalam la tak nak memaki di pagi hari tapi terlepas jugak la sepatah dua kata kat facebook. 

Beli tiket ke Baling aku agak cuak lah pasal ingat ingat lupa. Dah kena marah dengan pakcik kaunter tu kata aku dok tagak tagak awat nya. Hoih pakcik! dia yang bukak kaunter lambat nak marah aku. Menyirap jeeeee! Dah la kena naik kat platform. Berkejar pulak pegi dekat Bas. 

Around 10am, sampai Kuala Pegang, call Sya. Dia amik. Sampai rumah dia terus mandi then teman dia keluar pegi mekap pulak. Memang huru hara betul aku. 

Bla bla blaaa...wedding. 

*sambung cerita balik KL yang jugak penuh pancaroba*