Nestea : Ice Tea Lemon Flavour

Shopping groceries dekat NSK Trade City ternyata lebih murah dari pasaraya Tesco. Ruang dia pun luas dan agak selesa lah. Bila masuk bahagian basah, daging ikan, sayur sayuran banyak gila choice! Ikan segar segar mata bebesar bulat cerah, daging ayam dah siap siap potong. Kau pilih je nak sekor, nak part isi saja, part tulang, part kaki, part peha, kepak? Pilih je laaaahhhhh.

Sayur dan barang barang kering pun banyak pilihan.
NSK adalah best untuk shopping barang barang dapur pasal walaupun ada jugak lah kedai kedai macam jual baju ke ape tapi tak berapa menarik perhatian. Jadi, duit akan terselamat dari spend dekat benda benda mengarut.

Tak macam tesco, elok elok nak beli garam gula beras sayur ikan, terbawak balik sekali patung mainan, seluar baju dan macam macam lagi lah. Kan? Dekat sini Cuma fokus barang makan sahaja. Walaupun terpengaruh terbeli botol air Nestea.


RM11 (kot) tak ingat dapatlah sebotol bekas ni dengan tiga paket nestea ni ha. Dia kata boleh gocang dengan air sejuk je. Jadi, balik basuh bekas tu terus la bubuh air, campur sepeket, goncang sepuas hati. Tu yang sampai berbuih tu. Tangan kecik tu pun sibuk lah nak minum jugakkkkk. Sedap memang sedap. Kandungan gula dia pun sedap la kan nak melepak dalam badan. Tapi sedap lah! Tak rugi beli.

Oh ye, jangan la tanya aku NSK tu ape pasal memang nama dia NSK dan tak tahulah NSK tu nama penuh dia apa. Dia tulis NSK Trade City. Yang kitorang pegi ni cawangan Selayang.


Nur Kasih..Kisah Cinta Teragung

Semalam terkocoh kocoh keluar dari rumah pukul 3:30. Show pukul 4 ni. Ni kalau jam mampus. Pukul 4 gigih lagi pegi beratur beli popcorn dengan air. Ni tektik. tektik nak menggagau kalau kalau ternangis karang. Tektik nak cover.



Masa dalam drama cerita dia, Sarah, adik Nur (Ummi Nazeera) suka kan Aidil (Fizz Fairuz). Aidil  suka kat Nur Amina (Tiz Zaqyah). Nur Amina suka kat Adam (Remy Ishak). Ha bersegi segi. Tapi Si Adam ni sosial. Memang stok clubbing, minum bagai la. Dia kawin dengan Katrina masa study dekat Australia. Nak baca sinopsis penuh dekat sini. Nak download full episod drama Nur Kasih kat sini.

Aku ikut tak ikut sangat lah. Tapi episod last dia kalau tak salah masa raya haji. Kitorang tengah buat bbq dekat kampung, habis semua pakat duduk tercongok depan tv. Punya lah suspen dan excited. masa tu Remy Ishak sangat macho, sexy dan hensem! Tapi apahal dalam drama ni dah macam a-bang-la heh? Gelap sangat! Nak kata Tiz tu putih sangat pun ye jugak. Mungkin hangus kulit kot shooting dekat tengah padang pasir.

Jadi, masa nak masuk panggung tu, yang tukang koyak tiket tu tanya siap siap "dah bawak tisu banyak2?" cehh! 

Start je movie, tak lama dalam 10minit pertama kot, aku dah berderai dah air mata. Apa kena sensitif sangat entahhhhhh.

Cerita dia, wife Aidil, Aliya mati. Khusyuk sangat kejar layang layang sampai tengah jalan. Depan mata Aidil jugak berdentum. Kena langgar. Mati. Dah la anak diorang, Ilyas dengan Maryam comel sangat. Bercakap pun petah. Lagi laaaaa. Lepas tu masa dalam kereta, Nur nak bagitau Adam dia pregnant, terbabas. Nasib selamat. Then ok la happy sekejap. Dah prepare barang barang bilik baby bagai, Nur gugur. Gila sedih! lepas tu bila Nur dah ok, diorang pegi la Timur Tengah. Masa kat sana, masa diroang dalam keretapi, keretapi tu eksiden. langgar lori minyak pak arab tersangkut tengah tengah rail. Masa tu Adam dah macam orang gila cari Nur. Dia sampai dah tahap berdoa, "Kau ambil lah apa saja, tapi bukan dia (Nur)" Nangis ok!  Dah jumpa Nur, diorang pun balik hotel. Tetiba Adam tengok cincin kat jari Nur takde. Dia rela pegi semula tempat kemalangan tu cari cincin tu. Lepas tu ribut pasir, Adam eksiden teruk. Patah tangan. Then ada budak budak arab kat situ bawak balik kat tempat tinggal diorang.

Nur dah macam orang gila cari Adam. Sampai mintak tolong Aidil. Nasib la Aidil datang dan boleh cakap Arab, agak senang la keje diaorang nak cari Adam. Sampai kat satu kawasan, Nur dah nak pitam, Makcik arab tu pesan kat Aidil, bawak dia balik pasal Nur pregnant. Tapi Nur tak sedar masa ni. Still, dia tak nak balik selagi tak jumpa Adam. Tengah tengah padang pasir, diorang jumpa bapak dengan anak ni. Nur tunjuk gambar Adam diorang tak cam, lepas tu Nur teringat muka budak arab yang datang dekat diorang masa kemalangan keretapi tu. Dia lukis then budak tu pun cam, Hassan kata dia. Diorang pun bawak la Nur dengan Aidil pegi jumpa Adam. Meleleh lagi la masa Nur jumpa Adam tu. Then Adam sarung balik cincin kat Nur. 

Dah elok tu, ingat bahagia dah, balik Malaysia, Adam pulak masuk hospital. Kesan masa bomb dekat Mumbai dulu, ada apa benda aku tak sure macam benda tajam serpihan peluru ke apetah duduk dalam badan Adam. Doc kata bahaya kalau buang. Tapi sekarang benda tu dah sampai jantung. Tu pasal Adam selalu macam sakit dada. Makin lama, Adam dah tak tahan, Nur pulak dah sarat. Sampai satu hari, Adam kata dia nak balik kampung. Nur tak kasi pasal alasan dia hospital jauh. Then Adam kata "Abang dah sedia (untuk mati)" Dammnnnnnn meleleh leleh lah air mata aku. 

Last last, bila Adam dah nazak, ada budak remaja yang dia ajar tu mati kena belasah sebab selamatkan Aidil dah buat wasiat siap siap mintak dermakan jantung dia. Dapatlah kat Adam. Then tak jadi lah Adam mati. 

Bila tua, Adam mati, Nur hilang ingatan. nyanyuk ke apetah. Aidil setia lagi teman dia, bacakan balik kisah kisah diorang yang Adam tulis dalam buku tu. At the end, Nur pun ingat balik. Orang kata ending dia macam cerita The Notebook. entah. aku pun tak tengok cerita tu. 

Tapi siyes, meleleh leleh lah air mata aku. Pedih! Berat dada tahan sedu. Dah aku tak dengar orang teresak pun, takkan lah aku nak over kat situ. Haish. Ni kalau tengok dvd ni wajib teresak esak sejam aku sorang ni. 



Tak kesampaian

Kejap lagi nak menengok Nur Kasih The Movie. Kena prepare tisu banyak banyak kah? Bawak sapu dah lah eh.

Cuba tengok ni ha : 
Kekdahnye, kak ipar beli tiga set contact lens, satu tu yang aku punya ada power. Dah beli tiga set, bekas nya lupa nak beli lebih. Aku letak ler dalam mangkuk atas make up table. Memang dapat di capai dek si Adam. Puas beringat dah asal keluar tutup pintu.

Tapi dah nama benda nak jadi, pagi semalam masuk bilik tengok terabur atas meja. angkat angkat lens, dah tak dapat diselamatkan lagik dah. Koyak. Haih. Sengaja menempah kan. Kalau mak aku tu, memang aku yang kena basuh. Saja cari masalah.

Orang baru nak merasa feeling feeling mata hijau. Tak dapeekkkkkkk. 

Dah, sesiap nak menangis dengan Nur Amina.


Novel : Kasih Yang Suci

Mengada-ngada!

Novel english beli aritu pun baru sepuluh helai baca, dah tamak haloba beli novel lain.

Tak, bukanlah haloba mana pun. Cuma terpengaruh. 

Ni ha, kang sekarang tengah top dan jadi trending dekat twitter pasal Nora Elena, Seth Tan. Drama yang diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci

Bila tengok drama tu, Si Siti Saleha jadi Nora Elena, oh sweet! Aaron Aziz jadi Seth Tan. Gila tak cair? Kalau tak cair pegi berenti jadi orang sekarang.

Lalu, atas desakan desakan sekeliling aku mula la gatal google sana sini nakkan novel tu. Jumpa lah pulak dengan blog dan facebook penulis dia. Aku pun takde lah banyak cerita. FB, Email, Maybank2U, bla bla bla hari Ahad setel, tadi pakcik pos laju terpacak depan rumah menghantar ini :

Tebal? Ada cerita dia.

Kak Meen pandai pancing aku. Aku dah fall in love jugak lah novel biru tu. Pastu dia kata kalau beli tiga free postage. Which, kalau aku beli dua, RM50 sekali postage cost RM5 each. So tambah RM10 untuk tiga novel jadi RM60 + free postage. Dah cane aku tak rembat tiga sekali? Bijak!

Oh yang best pasal dapat autograf lagik ok. Kau ada? Hahaha. Nama aku tu tak payah nak reveal sangat kot

Semalam keluar boleh pulak lupa nak tengok drama tu dekat handphone. Balik balik gigih pegi cari dekat tonton.com.my. Saspen ouh sambungan dia hari ni. 

Fast & Furious 5

Ok, Pantas & Garang 4 (hahahahah kak ipar aku la ni dok pantas dan garang pantas dan garang habis terikut) aritu aku tengok jugak. Tahap ke-nganga-an memang overdose.

Jadi, kawan kawan ajak pegi tengok yang part 5 pulak. Kebetulan orang yang bekerja cuti hari wesak. Jadi, nak bermidnite lah kononnya. Bincang bincang semua, jom lah kita tengok.

Kami ber-empat. First time aku jejak kaki dekat Tropicana City Mall ni. Lalu dah selalu tapi tak rasa nak pegi pun. Selalu OU OU OU.

Si Mya lah, dia amik aku kat rumah pukul 10:30 macam tu. Lepas dah pusing pusing terlajak simpang bagai pukul 11 collect tiket. Rupanya show kitorang pukul 12:30am. Ha mana nak lepak ni? Si Mei dengan Pak pulak 11:30 baru sampai. Last last pegi melepak hujung dunia kedai. Ada kerusi Gintel bebanyak. 


Start je movie aku dah mula buat perangai macam tengok tivi dekat rumah. Kaki naik atas seat. Mulut nganga suap popcorn. Pastu, habis. Aku mana reti nak review filem sangat. Dasar perempuan biasalah, tahap kecairan dekat Dominic Toretto memang tak dapat dinafikanlah. Brian O'Conner pun! Hensom!!  Perempuan suara serak yang naik motor  laju tu ape nama entah yang last tu dia bercinta dengan Sung Kang. Sung Kang pun ehem. Cool!! Lepas tu kecairan tengok kereta kereta mewah, aksi aksi drift well biasalah tu. Sapa tak gegar jantung berenti jadi orang please.

Lagi sekali Mya buat kelakar. Dia kata cerita tu sejam lebih je. Kami bertiga pun ok, percaya. Keluar keluar tengok jam 2:45 macam tu. Hahahaha.  Pasal masa kat dalam tu aku tak pakai jam, dan tak rasa lama pun. Terpesona sangat mungkin dengan jalan cerita dia. 

So, dah habis kitorang lepak dekat Kayu Nasi Kandar SS2. Ada orang kelaparan. hahaha. Aku takde la lapar mana tapi mengenangkan kalau makan lagi gemok dan bangun pagi esok sah sah aku kelaparan. Pelik! Tapi tu lah dia. Kalau makan kekenyang, nasik ke mee ke then tido, silap besar. Pagi nanti bangun akan kebuluran. Kenapa entah. 

Meet my new friend. Mya. Tudung pun dah tak serupa tudung orang T__T

Pukul 5 pagi gerak balik rumah. Lepas subuh ZzzZzzzzZzzZzzzzZZZZZzzzzz. Plan nak pegi Bukit Tinggi Pahang ranap. Tukar dengan ICity saja.





Ujrah

Kawan kawan semua dah bising pasal ujrah. Seingat aku, dah apply ni dulu. Diorang siap hantar surat kata permohonan tengah proses. Pastu tadi check :
tak layak kataya! sentaphatimaknoks!!

Aku rasa ni mesti kes PTPTN bengang pasal aku amik scholarship masa sem 2. hahahaha. JPA da kasik 7k suruh bayar langsam yang pinjam kat PTPTN aku buat tamak haloba. Bayar tu bayar lah tapi bape sen je aku bayar. Yang lain habis pegi joli, beli handphone apa bagai kannnn. Eh tapi ok ape bertahan lima tahun k phone tu.


Jadi, atas dasar dengki dan sakit hati mula lah aku nak menggugel baik buruk ujrah ni. Jadi, ini dia :


&


Aku tak tahu mana baik mana buruk pasal fail bab kira kira ni. Jadi, pandai pandai lah kau orang.


IPC Shopping Mall

Lepas pegi ikea, kami merayap ke bangunan sebelah pulak, IPC. Masuk Brand Oulet tengok tengok baju. Orang tengah pokai macam aku takde dah nak pandang baju baju, tapi layankan je lah. Lagipun aku nak beli benda lain kot. Dah macam bosan dekat situ, kami keluar tinggal abang. Katanya nak pilih baju sehelai dua. End up, aku rasa bukan sehelai dua, berhelai helai kot. Sukatilah, duit kau kot.

Sebelum balik, sesi mendamaikan jiwa anak bujang sebab tak belikan toy untuk dia. Konon nak beli Barney kecik pasal dia sekarang kan addicted dengan Barney, hari hari kami, terutamanya aku, kena ulang tengok kadang kadang sampai lima enam kali pfftttt. Dialog dengan lagu tak payah cakap lah, dah hafal dan lali. Jadi, bila tak dapat Barney kecik, bawak dia naik menatang ni. Tapi takutlah pulak kan. Jadi, bapak dia naik sekali lepas indian gurl yang jaga tu kasi tau boleh naik sekali. Apa lagi kan…

mak bapak eh yang lagi seronok
ok lah, happy!

nah, amik makde kasi

Jadi, IPC adalah nama baru untuk Ikano Power Centre. Bukanlah nama baru cuba sebutan diperbaharui pasal senang sikit nak sebut IPC dari nama penuh, Ikano Power Centre.

Karipap Panas IKEA

Ikea…bukan pegi nak cari barang rumah pun. Just nak drop barang dekat kawan kakak ipar. Lepas tu kami pun exercise lah kaki dan mata sekali bertawaf keliling ikea tu. Sudah lah eskalator dari hujung sini ke hujung sana. Penat bawak badan je. Konon konon nak melantak meatball, tak dapekkkk..orang ramai yang amat. Kensel.

Sebelum keluar, lepak makan karipap dan minum kopi je lah. Karipap dah lah besar gabak. Makan satu kenyang gila. Er..dah la mesin kopi canggih yang amat. Main sentuh sentuh sumpah aku tak reti. Lama dok tenung mesin tu. Orang dah la ramai. Rupa rupanya orang keliling aku pun tak tahu jugak nak guna. Huahuahua…sabar aje lah. Oh well, ikea memang jenis, kau pilih barang, bayar lepas tu pandai pandai kau lah pasang sendiri. Bukan dia apply dekat perabot je, termasuk lah makanan sekali. Dia kasi kau cawan kosong ha pepandai lah pegi tuang air sendiri dan refill lah sampai pundi kencing penuh. Pffttt.

Mabuk Ultraman

Masuk je pasaraya baru tu, mak dia punya la kona kot lain tak nak lalu depan ultraman tu. Kalau dah mata ultraman tu.....macam ada magnet, ada laser ok! Dari jauh dah tarik tangan mak dia "Ibu, sini kejap ibu. Abang ternampak sesuatu la" Ya....sesuatu abah kau! Ni la dia yang ternampak tu. Terus la terbeli kannnnn. Even dah patah balik masuk kereta nak sampai rumah, mengamuk ngamuk. Last last patah balik la pegi beli   -_-" Hoih anak aku esok apa pulak la perangai. Pengsan!

Merasmikan pembukaan hypermarket baru dekat Temerloh, untung berganda ganda la tokey tu

Yang ni spesel untuk Kak Rai. Sila hafal bentuk dan nama ultraman ni senang nak bergaduh dengan affanurrahman nanti. Siap ada makpak ultraman. Hahahahha

Muka bahagia tak payah cakap

Sekotak ultraman dia saja. Sekotak lagi dah kena buang pasal dah patah kaki, patah tangan, putus kepala. takde badan macam macam. Duit mak dia agak beribu habis kat sini je.

Ke-addict-an terhadap menatang merah ni aku rasa start umur dua tahun lebih kot. Lepas tu aku gatai sangat pegi bukak utube tayang kat dia. apa nak kata, pantang bukak laptop mesti bergaduh.  Silap perhitungan betul lah. Menyesaaaaaallllll~ Mak dia pulak jenis beralah dengan anak. Beli beli beli. Sekarang ni la baru jenis reti nak beli yang berskru mahal mahal senang tak patah riuk ultraman dia bila lawan dengan rasaksa.  Ada tu, macam hak biru dalam kotak tu, RM30 hengget sekor. Dia mengamuk nak empat ekor. Tiga, Gaia, Mebius, Zoffy kot entah aku pun tak ingat. Yang tu getah. Tercabut pun boleh pasang balik memang berbaloi sungguh beli.


Jadi Kak Rai, hang beli la yang RM50 seko untuk afan pun takpa, tak sakit ati bila patah riuk. Hak RM30 tu memang puas ati, sampai terkencing kencing ultraman tu [padahal basah keluar air pasal bawak mandi siap, ceh]




Strawberry Triffle Pudding

percubaan kali kedua.

Ok la kan dari yang first time tu macam ape je jadinye. resepi sama macam triffle yang tak jadi tu cuma tukar mango dengan strawberry je.


Seafood di Pantai Remis

Ahad, sibuk sibuk nak pegi Midvalley. Mom & Baby Fair kononnya. Lepas tu roger roger dengan Yani yang dah pegi dulu, tak payah le. Orang dah macam ape bersesak sesak. So ikut plan diorang, nak pegi Pantai Remis katanya. Nak makan seafood. Eh, layan jugak. Nu ha kat area Kapar/Kuala Selangor nu ha.

Seronok betul makan sotong bagak bagak, kerang bakar yang umphhh!, ikan udang bebesar. Harga pun bole tahan divide divide dalam rm10-rm15 sorang.



Kesayangan semua orang! Yang tengah tu lah tapinya.

Meraikan ibu mertua abang. Dan jugak emak emak saudara. 

Oh, gambar makanan? Tak de makna. Semua dah kebuluran tak larat nak snap snap dah. Kbai.


Adam's Corner

 Balik kampung haritu kemas segala harta benda dia. Jumpa lah play mat ni dengan kemah yang pakteh kasi masa birthday. Teruslah aku buat satu corner untuk dia main. Tabur segala bola dalam tu. Bangun bangun tido suka sangat dia.

Minum pun nak atas mat tu. Tak agakkkkk.



Kat Mekah Ada Zoo?

Ahad pagi, mak dengan abah pegi kursus haji. Tiba tiba kaklong sibuk nak ikut sama. Syahmie bangun bangun tido cari mak dia takde.

Syahmie : Makde, Ibu mana?
Aku : Ibu ikut nenek.
Syahmie : Pegi mana?
Aku : Masjid
Syahmie : Buat ape?
Aku : Nenek pegi dengar ceramah
Syahmie : Ceramah apa?
Aku : Ceramah pasal haji. 
Syahmie : Haji tu apa?

Ok fine, mulut dia memang jenis potpetpotpet takkan puas hati selagi tak dapat jawapan

Aku : Haji tu nanti nenek kena pegi Mekah, naik kapal terbang. Sebelum pegi haji, kena dengar ceramah dulu (malas aku nak terang panjang lebar, bukan dia paham) Ah, kata je la kau tak reti nak terang nurul...... Hahaha.

Syahmie : Oh, Mekah. Abang pun dah pegi Mekah aritu.
Aku : Hah? Bila nya abang pegi Mekah?
Syahmie : Alaaa..aritu yang ada zoo tu. (dengan konfiden gilanya)

***********aku dah blur***********

Aku : Abanggg!!! Tu bukan Mekah ok!! Tu MELAKAAAAAAA!!!!!!! terguling guling aku gelak.
Syahmie : Eh, Mekah pulak. Melaka. Hehe

Letih tau dengan dia ni. Suka buat lawak tak bertempat. Terkejut aku zaman bila kau pegi Mekah entaaahhhh