Tolong Sebarkan!!!

Aku rasa sekarang semua orang tahu pasal krisis Mesir yang tengah hot skang ni kan? Mula mula kerajaan kata tanak kasi bantuan tanak bawak balik rakyat kita apa bagai la kan. Tapi since keadaan dah macam meruncing ni, diorang kata consider nak kasi bantuan.

Tadi, aku tanya kawan aku yang adik dia study kat sana camana. Dapat tak contact semua? Dia kata tak dapat contact baik internet ke handphone ke. semua dah risau gila.

Pastu aku baca satu blog ni, khas untuk update keadaan semasa dekat Mesir. Ini yang di pesan :
If you know anyone in Egypt, please pass this on to them. To bypass government blocking of websites, use numerical IP addresses: Twitter ”128.242.240.52” Fb ”69.63.189.34” Google ”172.14.204.99”. A French ISP offers free dial up internet access ~ +33 1 72 89 01 50 Login password: toto. Please pass this on and share.

-Akmal Aziz, Mansoura University, Egypt-
So, kalau korang ada sedara mara adik beradik kawan kawan tolong pass info ni so that kalau diorang dapat link dengan internet, dapat la kita tahu keadaan diorang kan.

Kalau nak baca update tu korang bole baca kat sini  : http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/


JB Sentral Dah Macam Lapangan Terbang Kau Tahu??

Last week, pegi JB. Ada hal sikit plus tengok nenek. Alih alih bawak nenek pegi specialist pasal mata dia. Lepas tu balik naik keretapi sebab kalau nak balik naik bas tengahari semua busy keje takde sapa nak hantar pegi Larkin.

So esok pagi tu kocoh kocoh la bangun. Tido dah la kul 3 selak sangat bersembang dengan sepupu. Bangun lak kul 4. Ambek kau. Mandi mandi pukul 5 gerak dari rumah. Sampai sampai stesen, sepupu cakap stesen dah tak macam dulu beratur kat bawah. Kali ni kena naik tingkat atas sekali beli tiket then turun bawah semula. Alamak! Dah la macam terlambat lambat.

Gigih naik sampai tingkat atas sekali, lepas tu mak ai tiket mahal gila kau. Naik separuh harga. Aku agak pasal dia dah naik taraf kawasan tu kot.

Eh JB Sentral skang memang tip top ok. Sumpah aku cakap macam KLIA. Cantik. Tempat menunggu pun lawa. Lepas tu nak departure plak memang macam nak naik katerbang kau! Fefeeling kat airport kejap aku dengan beg tarik bagai. Hahahaha. Padahalllll.

Masa nak depart tu, sepupu dengan makcik aku tak boleh ikut hantar sampai ketapi. Kira macam antar sampai kat tempat check boarding pass je. Kekekekek macam airport kauuuu! Hi hi bye bye kat situ je ah. Tak macam dulu tu bole antar sampai pintu ketapi. Skang ni tadak dah.

Tapi sebab first time masuk JB Sentral yang dah siap ni, menggagau lagi cari platform, dengan nak kejar train lagi, memang tak merasa la aku nak posing dalam tu. Takut terlepas train masak lah kau. Jadi, bergambar dalam train sudah.




Gambar JB Sentral yang aku rembat dekat internet :


























Ni ada artikel pasal JB Sentral. Pi baca. Jangan malas sangat. [ JB Sentral Bertaraf Antarabangsa ] dan [
  RM2 Billion Bina JB Sentral ]


Najwa Latif? Sapa Najwa Latif?


Carta Hati by Najwa Latif

engkau duduk di situ
diam tersipu malu
mahu mendekati aku

aku mula resah
hati ku jadi kebah
melihat dirimu aku rebah

tapi hati ini
kuat menyatakan
kau terkini
duduk di carta hati

lalu cinta kita bermula
dari mata turun ke jiwa
dari teman menjadi cinta
dan berjanji untuk setia

sehidup semati kita
menjanjikan bahagia
untuk kita berdua selamanya

jangan engkau jangan pergi
jangan tinngal ku sendiri
jangan tinggalkan carta hati

kau janjikan bahagia
ku janji kau tak terluka
teruslah berada di carta hati kita

Cer korang dengar lagu kat atas. best tak? best gila kannnnnnnnn. Lirik dia masuk je dalam hati. Nak nak yang terngah berkapelan tu . komfem layannnnn je. aku dok replay dah bape jam lagu ni. haih cik adik comel. dah la comel. pandai main gitar. suara sedap. buat lagu sendiri. nages lahhhhh. kalau masuk carta ni memang top chart la dia pegi ni. Silap silap taun depan menang AJL26. Sapa tau? Hehe.

Nama komersial dia NajwaLatif. Nama betul Imratul Najwa. Nama pun sedap. Baru form 4 kauuuuu..Alahai muda remaja lagik. Malas cakap banyak, aku nak pegi melayan youtube dia. Oh, ni blog dia : http://najwalatifs.blogspot.com/ dan jugak facebook dia : Najwa Latif Fan Page

Lagu Inikah Cinta tu bapak lah cool nyanyi tepi laut. Kau ada?

Oh lagi, aku suka sangat dia nyanyi Kalau Berpacaran. Penyanyi asal pun kalah ok!


Lagu Daus - Kenapa memang terbaik dari ladang! Aku plak yang terbuai buai dengar dia nyanyi.


Ha last..Bole plak la nyanyi lagu cina. Kau ada? Nanges ok.


Untuk Adik Najwa Latif, semoga terus sukses ok! Good luck!

Budak budak kalau bercakap memang jujur. Kau tahan je lah.

Kakak aku, kalau bercakap dengan anak dia memang luhur dari hati. Stok anak plak cerdik. Memang tak payah kelentong, kena cakap yang benar je. Lepas tu jenis kakak aku ni islamik jugak lah. Dia ajar anak dia kalau nak beli makanan kena cek dulu, tunjuk dekat ibu dulu biar ibu check dulu makanan tu halal ke tak, ada kandungan lemak binatang haram ke tak. Maka :

Situasi : dekat pasaraya, aku tengah cari nuget masa tu. Si Syahmie anak buah aku ni tak ingat dia ambik makanan apa entah. Lepas tu cakap kuat gila macam kan satu pasaraya tu boleh dengar.

"Ibu!!!! Yang ini ada babi tak?" sambil bawak barang tu kat kakak aku.

Punya lah ikhlas dia tanya. Budak empat taun kan, kau expect apa? Terus lah menjerit kami semua. "Hesh! Abang sssyyuuussshhhhhhh" Aku dah mengekek gelak. Lepas tu dia tukar ayat. "Ibu, yang ini halal tak?" Phewww berderau jantung. Bukan apa..kalau dengar dek kaum lain bukan ke macam tak sopan?

Yang ini perangai sapa suka amik gambar macam ni eh. Susun barang barang then amik gambar. Kekekekkek menurun pangai aku la tu. Gigih kau kebas blackbery pakteh kau heh.


Happy birthday bakal doktor yang cantik manis






















Tadi blogwalking then eh eh ada blogger sambut birthday harini. Tarikh cantik pulak tu. 11.01.11. So tangan macam gatal nak kasi kad tapi tak leh curi gambar dia kat blog. huwaaa. So printscreen je yang mampu.

Cik ML, sudi la terima kad yang tak seberapa ni. Nak potong elok2 pun tak reti pasal gambar kecik sangat. Ah sudah la kau nurul. kalau tak reti jgn kasi alasan sangat. hahahhaa.

Sempena birthday ML ni, semoga ML berjaya menamatkan pengajian dan menjadi doktor yang paling best sekali, lebih murah rezeki, lebih bahagia, lebih sihat dan dapat menamatkan zaman bujang, amin. Kawin jangan lupa jemput ok.


Tawaran Pertukaran Pinjaman PTPTN 3% kepada 1%

Aku rasa semua sedia maklum yang PTPTN nak turunkan kos pentadbiran kepada 1%. Baguslah kan. Lagi nak bising bising. Time kau orang nak meminjam dulu diorang tak cakap banyak kasi je. Ni bila mintak bayar balik nak buat alasan apahal. Hutang beb hutang. Bayar je lah. Pandai pinjam pandai la bayar. Ceh emo. Ok takde nak tuju kat sapa sapa. ni tuju setepek dekat muka aku.

Petang tadi dapat poskad dari PTPTN. Katanya
Hasil semakan mendapati tuan/puan layak untuk dipertimbangkan pertukaran kepada pembiayaan Ujrah (1%)
Jadi, tadi aku dah kemaskini maklumat dan masukkan emel yang valid lah. Sebab diorang nak proses dulu then nanti setiap 10hb bolah check lah samaada layak ke tak untuk dapatkan 1% tu.



Eh cepat lah. Sebelum 28 Februari ok.



Ni carta alir cecara dia nak proses








































































Sapa yang bole apply? Ni yang aku print screen dari website dia lah.
Maklumat lanjut dan kalau nak tau details sapa yang bole pinjam apa apa semua tengok kat sini

Ni halaman utama. Klik.

Bye. Nak keluar. nak cepat.


Iman Adam : First time gosok gigi dua batang [video]

video

Suruh gosok gigi macam kena dera dia punya melalak. Apadah. Video ni masa dia umur dua belas bulan kot kalau tak salah. Sekarang gigi membesar bagai johan. Bapak..nala punya besar. tapi kalau dah penuh nanti mesti cantik dan comel macam makde dia eheks.

Pernah makan jantung pisang goreng?

Dah nak dekat pukul tiga, for sure korang semua dah lunch kan. So aku pun tak rasa bersalah sangat lah nak post entry ni. 

Well, pernah makan jantung pisang? Biasa orang rebus buat ulam je kan? Ni version cincang cincang then goreng pedas pedas. Tak pernah makan? Rugi je hidup lama lama tak pernah makan. Muahahahhaha.

Ok. ni jantung pisang. Dah kerat keras baru ingat nak snap. Buang kelopak dia sampai tinggal isi yang putih putih tu. Lepas tu kerat agak2 la dari tangkai dia macam ni ha.

Ha kenal jantung pisang?


Kaedah dia sama je macam goreng sayur biasa tu. Tapi sebelum tu kau orang potong dua jantung ni then hiris. Jangan nipis sangat jangan tebal sangat. sedang sedang sudah. Lepas tu rendam dalam air garam jangan banyak sangat then ramas ramas dia pasal nak kasi hilang pahit dia. Ni petua mak aku. Ikutkan je la. Biarkan kejap then basuh dengan air bersih, toskan air dia. Lebih kurang macam ni la.

Nampak macam kena cincang cincang kan? Padahal hiris nipis nipis je

Pastu cam biasa la tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api kalau rasa takde buasir bole la bubuh segenggam. Lagi pedas lagi sedap. Then panaskan minyak, tumis bahan bahan tumbuk tadi. Dah pecah minyak tu masukkan la jantung pisang tadi.

Perlahan api supaya nak kasi dia empuk. Kalau nak lagi cepat tutup la dengan tudung periuk. Jangan lupa kacau kacau kan dia. Agak2 la tara mana dia masak. Tutup api, cedok la masuk mangkuk.

Lepas tu? 

Tanya lagi..makan lah. Makanan kampung memang umphhh. Makan dengan nasi panas panas dengan ikan gelama masin. Fuh. Dah tak payah nak kecur liur sangat. Hahahahha.

Eh mana nya gambar yang dah siap masak?

Amacam??? *angkat angkat kening*.


Macam mana nak handle ni?

Anak bujang  3 tahun 8 bulan. Mulut kalau tak payah cakap banyak la. Burung murai pun surrender. Dah macam mana. Asik tengok Astro Ceria, Hagemaru, Fukuchan bla3

Abang hebat. Bukan macam makde. Makde tu lemah.
Apaaaaa!!!??? Berani awak cakap dengan saya macam tu? Mintak maaf cepat!
Cepat lah!! Kita dah takda masa ni!
Huh!! Tak adil!

Ah macam macam lagi la perkataan perkataan yang jarang budak besar ni sebut. Yang best tu kena pulak dengan situasi dia apply ayat ayat ni. Sudahnya, nak marah pun tak jadi.

Tahun lepas, dua kali mak dia hantar pegi sekolah/taska. Sakit saja. Demam lah, sakit perut lah. Sekolah dua minggu cuti lapan minggu. dah macam mana. Lepas tu macam fobia suruh pegi sekolah."Abang tak nak pegi sekolah, sekolah tu tak best" "Abang tak suka pegi sekolah. Abang benci sekolah". Yang terbaru, "Abang tak nak pegi sekolah. Abang cuti" Kehkehkeh sabar je la aku. Bole dia bantai kata cuti. Nak nak pulak memang musim cuti sekolah kan. lagi kau nak kata apa? Kena ye kan je lah.

Ahad lepas dalam kereta, "Abang tak nak pegi sekolah. Sekolah tak best. Sekolah takde tv, takde CD, sekolah ada buku dengan pensel saja" hoiiii! memang lah! Nama pun sekolah. 

Semalam, pagi pagi kakak aku angkat dia bawak mandi, pakai baju terus masuk kereta hantar pegi sekolah. takde cakap banyak. Dia punya meraung jangan cakap lah kan. Bila akak aku nak ambik tengahari tu boleh dia cakap macam ni kat akak aku. 

"Ibu...ibu dengar cakap abang ni. Ibu kena mintak maaf dengan abang"


"Kenapa plak ibu nak kena mintak maaf?"


"Yelah. Sebab ibu bangunkan abang pagi pagi. Mandi dengan hantar abang pegi sekolah"

Hoiii!! banyak cantik muka kau orang plak nak kena mintak maaf.

Lepas tu tadi kak aku cerita, bila nak amik balik tu dia salam ngan cikgu dia. Kak aku suruh kata "abang balik dulu cikgu, esok abang datang lagi" Tapi, tau tak dia cakap ape kat cikgu dia? "Abang balik dulu cikgu. Esok abang tak nak datang sekolah dah" Wahahhahahahah. Terkedu cikgu dia. Hampeh punya budak. Dah tu bila balik rumah dok la mengekor akak aku pegi mana. Dah macam trauma. Kejap kejap kang termenung lepas tu cakap "Ibu...esok boleh tak abang tak nak pegi sekolah?"

Perangai sapa ikut ni entah. tak nak pegi sekolah. macam kan fobia apa entah.

So tengok je la tahun ni berapa hari pulak dia sekolah. Harap harap much better than last year. Amin.



Iman Adam 1st Birthday Celebration



Meet birthday boy. Hai Iman Adam. Harap kasut je cantek tapi haram tak pandai jalan. penakut sungguh la jantan ni

Tu dia hadiah dari pakteh. Besar punya. Hadiah aku tak siap. Stressssss!!!!!

Budak zaman sekarang punya birthday celebration

























First birthday memang mak ayah dia excited melampau kan siap banner bagai. Esok sambutan aku tak tau la macam mana. bunyi macam meriah. Tapi tak best sebab printed album dia dari umo sebulan sampai setaun tak sempat siap print. erghhh! tak leh nak berlagak tayang kat suma orang. haha.