Giant Kuantan

Semalam aku dah sampai Kuantan. Ingat nak terus pegi umah Makcu tapi Izan beria ria plak suruh jumpa dia dulu plus nak suruh teman beli cenderamata untuk reunion esok. Jadinya, dia suruh aku turun dekat kem kat Jaya Gading tu. Entah macam mana lepas je lalu dekat Gambang, aku tertido. Pacik bas tu ah salah. Dah la hujan dia bantai kuatkan aircond, mana aku tak lalok kan. Sedar sedar dah sampai Taman Tas. Ceh. Turun kat situ call Izan. Dia sampai then kitorang pegi Giant pasal dalam tu ada kedai cenderamata.

Rasa aku dah bertahun kot tak makan mendalah ni tetiba plak cam teringin

Kitorang buat foodcourt Giant tu macam hak sendiri pungpangpungpang macam ape. Aku nak cakap dia nak cakap. Berebut rebut macma ape. Ni belum lagi jumpa esok ni ramai ramai. Tak tau la camana plak tahap kekecohan dia. Waargghhh tak sabarrrr!!


Botol impian zaman SPM dah ditemui!!!!

Hahahahahhaha aku tak sabar ni. Lapan taun lepas kitorang, budak budak sekolah menengah janji lepas lapan taun nak buat reunion. Lepas tu hari last SPM masing masing kena tulis atas kertas impian masing masing dan kitorang letak dalam botol dan tanam dekat masjid sekolah. 

Tadi budak budak laki bagitau diorang dah gali balik botol tu. Hakhakhak. gila tak sabar aku nak tengok.  Yang pentinggg!!! Impian aku memang terkubur dah kot. Pasal masa tu aku rasa aku tulis nak jadi jururawat. Ceh entah apa apa. Tapi aku dah dapat panggilan ok tapi sebab mak tak benarkan, jadi jangan jadi anak derhaka. Pasal mak tau anak dia ni haram la nak lembut lembut. hahahahah. 

Esok! esok reunion!! Yeaaaahhhh!

Yang paling aku tak leh blah sekali nak tengok member yang kawin dengan budak sekelas. kehkehkeh. angin takde ribut takde tut tup aku dapat kad kawin diorang n dengar cite bini dia da sarat. muahahahhaha. hai apis & pojie *lambai lambai* kekekekeke

Haruskah aku mati?

Ni cerita dekat TV9 ni. aku duduk dalam bilik je. tapi sebab emak pasang tv kuat sangat, dengan aku pun terlayan sekali cerita ni. 

Ni ada lagi ke jenis mak mak yang dok percaya anak dia kena sakit buatan orang instead of brain tumor? bomoh pawang bagai. dah sampai tahap buta. tak kasi pegi hospital. dengan menantu sendiri haram dia benci. kata bini tu nak bolot harta bagai. tengok ah ending dia mesti mak dia insap nanges. tengok ah tak caye. kang abis cite aku update lagi. hahhahahaha.

Haih stress aku cerita ni! sakit ati kot ngan mak dia.  STRES!!!

Mak =  Wan Maimunah. (pepaham la cara dia berlakon kalau bawak watak perempuan puaka. hakhakhak)
Husband  = Zulhuzaimi (aku suka dia ni kalau berlakon jadi laki orang. romentik ok romentikkkkk!!!!!!!)
Wife = Fasha (boley laaaaa)

Oh sekarang lagu plak tak ley blah. Stok air mata. ceh ceh. Emaaaakkkk!!! boleh tukar channel lain tak? grrrr.

*Update
Ha!! Aku kata dah mak dia insap nanges nanges punya. Hahahahaha. Tapi menyampah la laki ni dok ikut sangat telunjuk mak dia sampai tak nak g hospital. patuh cakap mak pun berpada2 gak bai. ni kalau sampai main nyawa, takkan derhaka kot kalau tak ikut cakap mak?


First time pegi Kinokuniya kena beli buku mahal mahal?

Petrosains full. mana la aku nak heret anak buah aku ni. movie orang beratur macam ular terlengkok lengkok. Ok, masuk kedai buku. Terpusing pusing aku cari tempat budak budak punya buku. Mulut ni gatal sangat berjanji konon konon nak bawak dia pegi tengok dinasour. hamjadah nye. celah mana ada dinasour dalam KLCC tu pun aku tak tau lah. Padahal tengok dekat web, exhibition dia dekat Penang, jom lah kita. Tapi macam konfiden je ye ye ade. aku pun pegi.

Bila dah takde, budak kecik ni tadi tukar plan dia nak beli buku dinasour. Sekali dia jumpa. Dia dah pegang kemas kemas buku tu. Aku ambik, pusing belakang tengok harga. Ergghhh!!! Tak leh jadi ni.

"Abang, jom kita pegi tengok dekat sana. sana tu lagi banyak buku dinasour yang best best. Yang ni tak best. gambar dia tak lawa" Aku terus heret dia sambil cuba berdiplomasi.

Sampai section belah sana, dia mengamuk tak nak, nak jugak buku tadi. Aku biarkan. Dah la membaca sepatah haram pun tak pandai lagi, komfem la dia tak jumpa kan buku tu. hahahha. tup tup boleh plak dia jumpa rak yang tadi tuh. fuh! kuat betul ingatan. Apa lagi, cepat cepat lah aku sorok buku tu. Bila dah tak jumpa dia menangis lah sebab memang dia yakin buku tu kat situ dan memang betul pun, cuma aku dah sorok. hahahaha.

Lepas tu aku gigih la belek belek buku, jumpa la yang aku berkenan, kena pulak dengan umur dia. 2in1. Buku merangkap puzzle. Harga pun not bad RM25. Auku tunjuk dekat dia, pujuk pujuk ok lah dia nak. So pegi bayar. 

Ini bukunya. Harammm la aku nak kata ada puzzle kat situ kalau dia tak find out sendiri. Malas aku..bukan dia reti lagi nak mempuzzle.
Ada empat bahagian. Underwater, Jungle, Polar, Safari. Masak aku bercerita
dan ingat nama menatang ni semua. haih.
Sengih tak sengih lepas paw mak sedara dia. eh tak, aku yang suruh dia pilih
buku kot. nak salah kan dia plak. hahahhaha.
Berbalik pada buku dinasour tadi, aku tak hilang akal lagi la nak beli buku ala ala sejarah dinasour dekat budak tiga tahun yang belum reti membaca. kalau sembilan ringgit tahan lagi. ni sembilan puluh ringgit hoi boleh beli mekap aku dua tiga bulan hokey!


Hantaran Kawin Ikut Birthday?

Haritu, ada lah kira macam sedara aku kawin. Aku nak gelak pun ade. Sadis pun ade.

Pengantin ni birthday dia 14 Disember. Tahun aku tak sure bila entah. Lepas tu aku usha usha la dia punya hantaran kawin. Sekali kakak ipar aku kata. Ikut tarikh birthday dia. RM14k. Mak aih. Ok lah yang tu, budak tu pun educated, kerja so macam fair lah kot. 

Yang buat aku nak gelak guling guling bila akak ipar aku cerita, kakak pengantin ni belum kawin. Lepas tu bila si boifren kakak pengantin ni usha usha wang hantaran, makwe dia ni kata la ikut birthday. Tepuk dahi la member. 
"Ah sudah. Kalau ikut birthday, birthday awak 31 Disember so kena RM31k lah?"
Aku berguling guling gelak. Sian doh mamat tu. sabar je la. anyway, joke je pun.

Jadi, kalau aku? RM7k je ah? Selamat la poket laki aku. ~


Penyakit bila berblog

Penyakit ni datang dua tiga bulan sekali. Penyakit ni memang aku tak reti nak ubat macam mana. Nama penyakit ni unsatisfaction-on-own-blog. Aku reka sendiri lah. Memang takde ubat punya. Perangai keji aku ni macam tak leh tengok benda yang sama lama lama. cepat bosan. tu kang mula la nak ubah itu ubah ini. bila tak reti stress. bila stress mula nak nak mengamuk. 

Ni sekarang dah nak menyampah dengan layout dan kaler blog. aritu dah macam azam tak nak blog layout atau kaler gedik gedik tapi bila pegi masuk blog yang comel comel ha mula la sawan aku datang balik. payah betul la macam ni. 

Cerita dia sekarang ni nak ubah ke tak nak layout dan kaler blog ni. Korang rasa ok ke tak layout dan kaler blog sekarang ni? Too simple? Tak best? Erghhh....migrain aku.


Anak sulung dan anak kedua

Aku tak tahulah orang lain. Tapi ini jadi kat nephew aku. Dia ni kalau berkawan dengan anak nombor dua eh memang menjadi sangat sangat. Kamceng dan boleh ngam. Dengan abang aku, pakngah dia pun. Jadi, aku macam sedikit wonder lah. Macam aku, aku perasan, aku anak nombor tiga akan ngam dengan kawan yang anak nombor tiga jugak. mostly lah. ke kebetulan je hah?

Nah.Si sulung dan si tengah, Kak Ngah. Yang sulung adalah anak buah i pipi gemok macam buah epal masak ranum



Belajar Loghat Temerloh #1

Aku nak ajak korang mengenal loghat temerloh, pahang. Mana mana yang master loghat temerloh ni boleh la tolong tolong aku ye. Nanti kita boleh wujudkan kamus. Hehehe. Meh aku nak ajar korang. Mana la tau ada yang baca ni bakal mak mertua pak mertua orang pahang piaaawwww punya, kan ke senang esok nak ambik ati bertandang rumah diorang kannnnn?

Kita belajar dua perkataan je dulu ye. Yang paling basic. Tapi kalau aku salah tolong tegur ok.

Saya : Koi
Awak : Aok/Awok

Contoh ayat : Koi suke bace blog aok ni.
Maksud ayat : Saya suka baca blog awak ni.

Ok. Simple. Basic. Senang kan?
Bersambung…

Ejaan nama dalam bahasa jawi

Masa aku darjah dua, peperiksaan akhir tahun sekolah rendah agama rakyat aku dapat nombor dua, kalau tak salah. Tak berapa nak ingat dah. Tapi yang aku ingat, aku dapat hadiah dari ustazah-lupa-nama-dia. Dekat tudung tu ada sulam nama. Dalam bahasa jawi. Aku tengok pelik sangat ejaan nama aku. Sepatutnya kalau ikut logik dan yang macam selalu aku tulis ejaan dia macam ni:

Tapi bila dapat tengok tengok dekat tudung tu nama aku ejaan dia macam ni

Apahal ada AL AL pulak kan. Muka dah nak menangis mengadu dekat ustazah yang tu bukan nama aku. Ustazah plak stok lembut lembut punya. Baik je explain kat aku. Dia siap buat tanda bacaan lagi dekat nama tu so that betul nama aku macam tu. Maka, aku pun happy dan sampai sekarang ingat.

Tapi sayang..tudung tu tak tau hilang mana entah. Sumpah aku sayang gila dekat tudung tu. Mana nak jumpa tudung sulam nama sendiri? Nak pegi tempah semata mata pun orang tak hingin ambik aih.


Tomyam Dalam Kelapa

Pernah makan tomyam dalam kelapa?

Aku first time try. Camana rupa entah. Akak cadangkan satu tempat ni. Ok sedap lah jugak tapi macam manis sikit biasa lah dah letak dalam kelapa. Tomyam dapat. kelapa pun dapat sikit.

Ni emak punya. Bihun Tomyam. Aku kebuluran nasik jadi mari kita menggajahkan badan dengan nasik sepinggan.

Ini la ropenye. Duduk dalam kelapa. Surprisingly aku boleh habiskan kuah dia yang pedas pedas tu. Hahah dasar jakun tak pernah makan dalam kelapa. Dulu masa kat Sarawak makan dalam buluh, ni dalam kelapa, lepas ni apa pulak?

Bila dah masam dan  pedas, kenalah pandai match. Minum lah tembikai laici! Superbbbb!!

Yang ni tak payah cerita lah. Mana boleh tinggal ultraman dengan raksasa. ultraman dekat dua bakul besar dekat rumah. semua nama dia tau. aku pun tak kenal menatang nama raksasa tu. hish.

Ok, kalau korang nak try, kat mana?
“Lokasi : Bandar Temerloh. Bawah jambatan temerloh, kedai makan betul betul depan traffic light simpang tiga sebelah rumah rukun tetangga. Bukan depan traffic light tepi esso tu. Nama kedai aku tak pasti apa. TomYam Kung kot?”

I am the winner

Hari saja saja gedik masuk contest ambik gambar bunga paling cantik guna digital camera. gigih redah lecak sebab geram kan bunga tu. tup tup eh menang? hoho. Meh printscreen sikit dari blog owner dia, Syatoza a.k.a Zai

Hadiah? Topup RM10. Ok la tu kan. Kau ingat senang budak sekolah nak kasi topup free free kat orang?

Sila bersyukur dan berterima kasih sikit. Oh kalau nak tengok gambar bunga cantik tu sila klik sini.


The Most Beautiful Flower Contest (Using Digital Camera)


Ok, tak perlu nak bersedih sebab takde DSLR, kerana hanya dengan menggunakan kamera kecik kita, anda berpeluang untuk memasuki peraduan “The Most Beautiful Flowr er Contest” oleh adik Zai . Adik Zai lah ye sebab kamu baru tingkatan empat. Ahkak kamu ni da tua. Gitu~

Disebabkan ahkak kau ni tak busy hari ni, maka gigih ye aku pegi redah kemuncup dengan tanah lecak tengahari buta pukul 12 tengahari (time entry ni di taip) semata mata naik syok dekat bunga raya kaler merah menyala, combine pulak dengan warna putih biru langit, daun daun hijau, bunga loceng kuning…tolak kaler hijau daun tu, wahhh..tak ke engkau nampak macam ala ala kaler bendera malaysia dah dik? Kretif ahkak kau neh hokey. Sila kasi menang.

Ahkak kau ni dik pening hokey nak memilih gambar. Rasa nak tepek segala yang ada sebab semua comel comel gitu. Takpelah, aku tepek dua cukup lah ye. Mana nak bubuh yang belum edit lagi. Masak karang makan bunga semua.

Gambar 1 : Sebelum Edit 
Gambar 1 : Selepas Edit
Gambar 2 : Sebelum Edit

Gambar 2 : Selepas Edit
Nampak tak betapa comel ni? Ni kalau jual mesti ramai nak ni. Tak yah gigih sangat copy pastu padam nama blog aku tu ye. Nak mintak elok elok, aku kasik lima enam keping lagi. Gitu~

Sony Cybershot TX1
Ni ni yang penting, Digital Camera ye. Ini, makhluk pink kecik kesayangan ahkak kau neh.

Ingat nak masukkan lagu bunga raya yang selalu play kat tv tu. tapi tak jumpa lah pulak. Tak mengapalah.

Kagum dengan bunga pilihan akak? Cantik bukan bunga kebangsaan? Kasi menang cepat. Tunjuk semangat kenegaraan sikit hokey.


Doa Pagi ( Morning Du'a)

Sempena memulakan kerja pada permulaan tahun baru Islam pagi ni, aku nak share dengan kau orang zikir pagi. Sebelum buat kerja tu tak salah kot baca/nyanyi/alun zikir ni. Jom sama sama dengar.


bismikallahumma nada`u
in the name of Allah
dengan nama mu Ya Allah

fi ghuduwiw wa rawah
we pray,in the morning and evening
kami meminta pada waktu pagi dan petang

laka minna kullu hamdin
for u all the praise
bagi mengisi segala pujian

fi masaiw wa sobah
in the morning and evening
pada waktu pagi dan petang

hablana minka roshadah
give us the guide
kurniakan kepada kami dari sisiMu petunjuk

wahdiina subulasolah
show us the right path
tunjukkan kami jalan kebaikan

inna taqwa allahi nurun
truly, taqwa to Allah
sesungguh nya ketakwaan kepada Allah

wa toriqul lil falah
is the light and way to success
cahaya dan jalan kejayaan

Selamat bekerja :)

oh ..kalau kau orang nak download doa ni dekat sini, klik.



Scrub percuma untuk bakal pengantin

Dan yang bukan bakal pengantin pun boleh laaaahh.
Bakal pengantin yang busy, tak sempat pegi spa

Orang yang kedekut nak pegi spa

Malasnya nak pegi spaaaaa

Dan macam macam alasan lagik lah kau orang tu.
Ha memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah musim orang main kawin kawin, main kenduri kendara, sibuk segala macam, yang bakal pengantin mesti nak pasang badan kan? Nak body licin licin kasi clean and clear takda daki segala. Yang lelaki kadang kadang malu nak pegi spa padahal daki dah berkerak tu.

Sini ha akak engkau nak ajar camana nak buat scrub free free, jimat, mudah, ringkas, murah dan yang sama waktu dengan dia. Buat senyap senyap dekat rumah cukup. Yang tak bakal pengantin macam aku pun jangan lah nak kecik hati. Jom buat jugak.

Sila sediakan : Beras, Kunyit Hidup dan Lesung Batu.

Beras Kunyit tu bukan untuk merenjis kau orang bakal pengantin ni. Haih…sabar lah sikit kot iye pun.

Rumah kau orang ada beras? Isk…taste mat saleh betul lah engkau orang ni. Makan apa hari hari hah? Pizza? Megi? Dah, Kalau takde pegi mintak jiran sebelah secawan cukup. Tak jatuh fakir nye jiran tu kasi secawan beras kat kau orang. Dapat pahala lagik ada lah. Okay, alang alang dah dapat beras, mintak sekali kunyit hidup. Tak yah banyak, 2cm pun jadik lah. Lepas tu kalau rumah kau orang memang ada pinggang dan cawan semata, mintak pinjam lesung batu sekali hokay. Haih kau orang ni. Kesian sungguh.
Sila berkenalan dengan encik beras
Mula mula amik beras sikit rendam dengan air dalam mangkuk dalam anggaran satu jam. Kalau kau orang main nak tumbuk terus je percaya lah, kau orang akan tumbuk beras dengan linangan air mata sambil sumpah seranah pasal aku dah try dulu. Tak sabar 15 minit rendam dah tumbuk. Giloooo. Tak lembut lagik beras tu. Bukan tumbuk nasik kot. tumbuk beras.
























Bila dah sejam tu, toskan air beras tu, ambik kunyit hidup sikit kupas kulit dia. Tak kenal kunyit hidup? Pegi google. Malas aku layan kau orang ni.

























Lepas tu tumbuk dengan sepenuh tenaga sampai jadik hancur debu

























Agak agak dah siap letak dalam bekas, pegi bawak dalam bilik air.

Ha gosok, gonyoh la puas puas daki daki dekat badan kau orang tu. Takkan ini pun nak letak gambar jugak. Memang tau kau orang neh!

Hasil dia?
Percaya lah cakap aku ni. Di samping daki daki kat kulit kau tu hilang, kulit kau akan jadik licin.

Aku selalu buat tiap tiap minggu atau bila free. Ye lah, biasa mandi mengelat, bukan main kotor pun jadi mandi tak gosok beria. Wahahahha. Jadi kita ganti dengan ini tiap tiap minggu.

Beras segenggam, kunyit hidup seulas lahaaaaiiiii bape sen sangat lah nak banding pegi spa. Ye tak?

Eh, arini cuti kan sempena Maal Hijrah. Ha elok sangat la. Pegi buat sekarang. Nanti kasitau sini apa hasil dia. Kalau yang putih melepak tu aku tak jamin ah kalau kulit kau orang nanti kuning kuning macam kena jaundice. aku rasa tak da masalah pasal aku takde kesan apa pun eh tapi aku itam. tsk. ha,  kunyit tu jangan la melampau lampau sangat. 

Sila la try :)


Orang dulu dulu #1 (Ayam berkokok, anak dara bunting?)

Lepas je sesi family day dekat kampung haritu, aku, wan (nenek aku), mummy, mak de dan beberapa orang sepupu duduk lepak santai santai dekat anjung rumah bertemankan laptop masing masing sambil berwifi dan menyembang nyembang.

Tak semena mena bunyi ayam berkokok. Masa tu tengahari buta pukul 3 petang macam tu.

Tiba tiba nenek aku cakap “orang dulu dulu kata, kalau ayam berkokok tengah hari siang siang hari macam ni, petanda ada anak dara nak bunting”

Aku terus angkat kepala sambil bertanya dengan tahap ingin tahu yang tinggi “hah? Kenapa pulak?”

Terus aunty aku yang kitorang semua panggil mummy menyampuk “alah mak…orang zaman sekarang ni tak kira dah..ayam berkokok tengah malam pun ramai anak dara bunting”

Apa lagi..mengekek ngekek aku gelak. Ciskek betul aunty aku.  Eh tapi betul ape..skang ni tak tunggu ayam kokok nak tau anak dara bunting ke tidak. Kehkehkeh.

Nenek aku kata, mungkin kebetulan. Orang dulu dulu kan suka memerhati. Mungkin setiap kali ada ayam berkokok tak lama lepas tu dia dapat berita ada anak dara bunting. Hahahahah mana lah tau kan.

Tapi...akal logik aku sampai ke hari ni aku tak dapat jawapan apa kaitan anak dara bunting dengan ayam berkokok siang siang hari. Kamu tau?


Cara Menghilangkan Sedu

Sedu @ Hiccup. Pernah kena? Mesti menyampah gila kan. Nak nak kalau lepak dengan kawan kawan atau dalam kelas time lecture mengajar. mesti kena gelak, kena kutuk, kena nganjing kaw kaw nye kan. hahahaha.

aku baru je kena pagi tadi. lepas subuh hujan plak sedap sangat ah nak tido kan. sekali datang plak mendalah ni. ape aku buat?

ada orang kata pegi minum air. tapi aku malas nak bangun. jadinya aku tahan nafas dekat 30 saat macam tu.buat tiga empat kali. 

then selamat lah aku tido dengan aman.

So-called Mommy

Tadi pagi aku dah siap wangi wangi nak pegi keje, jenguk anak buah kejap. Lor..dah bangun. Buat susu, tengok tengok dia berak. Yang mak aku sakit belakang, demam segala bagai. Tak sampai hati plak kan. Sinsing lengan baju, angkut masuk bilik air, cebok kan dan terus mandikan. 

Semalam pulak, aku nak pegi keje, dia dok melalak depan pintu nak ikut. Bila balik kerja asal tak dukung dia sah menangis. Haih, drama betul. Tapi di sebalik drama ni aku rasa dah macam jadi emak emak pulak.

Mari berkenalan dengan anak harimau sesat buah i.

Hai Iman Adam!!!

Sebijik muka emak dia kalau menangis. Emak dia lah. Bukan aku.

Budak kuat mengutip. Jadi, rumah sentiasa kena bersih berseri

Happy Baby. Jarang buat masalah dia neh.

Hai uncle aunty (s), nama saya Iman Adam bin Sahariman. Nak ambik saya jadi model? Sila contact emak sedara saya ni.


Hukum baca fatihah dekat binatang

Tadi aku jalan jalan baca entry orang.

Lepas tu ada satu post ni pasal kucing dia mati. Lepas tu ada komen “alfatihah untuk kucing”

Erk. Aku macam…eh boleh ke fatihah untuk kucing?


Setau aku, alfatihah kalau kita nak sedekah, untuk orang je. Tak pernah dengar plak aku boleh alfatihah dekat kucing. Aku dah google jawapan tapi tak jumpa.

Jadi, Yang Arif, siapa tahu, tolong kasi aku jawapan.

Yang lagi confuse,
Nurul.

Kasrah Family Day #2010

Atas dasar banyak sangat cabaran dan rintangan yang entah apa apa entah, sudahnya family day “big family” 2010 buat kat mana tahu?

Yes..balai belia.  Sudah la panas terik bahang gila tapi tak mengapa. Dapat kumpul ramai ramai sekali sekala seronok jugak. Kumpul pulak time raya haji. Memang save bajet sebab lauk ambik dari lembu yang tok abah korban je.

Aktiviti pagi, kumpul adik beradik tok abah. Maksud dia tok sedara aku, mak sedara sepupu dan jugak anak anak diorang lah. Sesi bacaan yasin, kata kata aluan, ambil gambar, makan makan balik. Petang, sesi keluarga kami pulak. Kassim + Zaharah = KASRAH. Abang aku lah punya idea. Lekat sampai sekarang.

Ini dia Tan Sri dan Puan Sri Kasrah. Tok Abah dan Uwan aku.
Aku cuma nak kongsi gambar happy happy ja. Nak sedih sedih tak dak.

Main bola tengah panas terik atas padang futsal. Yeah selamat hitam ye semua. Mengagumkan, semua empat lima orang manusia di atas yang main bola ni dok ambik gambar main bola jadi profile picture facebook mereka. Awat bang? Rasa hot ah dok tepek gambaq main bola? Hahaha.
Aku suka gambar ni. Cuba kau tengok, dua manusia tak dak kepala. Hahaha.
Part ni budak budak suka sangat lah. Makan gula gula. Sapa tak mau? Aku pun dok rembat satu gula gula stoberi ni.
Budak budak dok main ulang alik bubuh ayaq dalam botoi tengok sapa penuh dulu menang.
Hat ni bapak main tipu. Jahat sungguh abang aku. Dok bawak lari tong ayaq tak kasi depa semua cedok dalam tu. Sakit perut dok gelak masa ni. Sungguh sungguh budak budak ni kejar abang aku nak cedok ayaq. Hhahaha.
Ni seronok. Part last sekali. Dok main poco poco. Pakteh aku yang rambut dah putih tu jadik leader dia. Merapu meraban aku ikut. Dah lama tinggai. Tak ingat langsung dah. Tapi funnnnn!!!!!!
Dok berpasang dengan budak budak kenit lari bawak bola pingpong dalam sudu. Kau tengok. Sikit tak agak yang pakai topi tu. Orang lain mana ada. Hahahaha. Orang gedik memang macam tu. Nasib lah.. Kalau dah hitam tu hitam jugak lah nurul oih..tak payah nak kaver kaver lagi dah. Kehkehkeh.
Golongan veteren dan beranak kecik kebanyakan tak mau turun padang pasai panaih sangat. Karang pengsan satu keja nak pi antaq hospital.

Gambar ada lagi juta juta. Cukup lah sampai sini. Muntah pulak kau orang karang.


Mandi kolah pagi pagi hilangkan demam

Dekat rumah sekarang ni semua orang nak berpenyakit. Demam, sakit perut, kembung, demam. Nasib lah aku dah makin sihat dan kuat. Dari emak aku, membawak kepada abang  dan anak anak buah aku.

Budak kecik kalau demam setau aku memang tak elok kasi ubat. Jangan dok biasakan. Jadi, macam mana nak hilangkan panas diorang tu?

Ni petua mak aku kasi lah. Bangun pagi pagi dalam pukul 7 pagi macam tu terus mandi. mandi air sejuk ok. Kalau air panas lagi ke demam aku rasa. Nak nak kalau yang stok kampung kampung macam aku ni boleh la cebok air kolah tu. kolah simen tu memang hilang akal mandi pagi pagi. Sejuk dia dah macam duduk dekat antartika. ecewah bercakap macam pernah pegi sana. Hahahah. tapi sumpah sejuk menyucuk tulang ok. tapi, bila dah basuh kepala tak rasa apa kot. 

Mandi pulak jangan lah terus cebok kepala. jirus dulu kaki naik slow slow kat badan baru la badan kau orang tak terkejut. dan kalau tak salah aku nabi pun ajar cara mandi macam ni kan. betulkan kalau salah ye :)

Mak aku punya gigih angkut anak buah aku dua dua tu masuk bilik air jirus pagi pagi buta. Dia orang punya menangis meraung jangan cakap la. boleh terkeluar anak tekak isi perut bagai kot. dengar sampai selang 4 5 buah gamaknya pagi pagi buta tu. Mak aku kata bila dah jirus air tu boleh rasa wap panas tu keluar. Eh bila dah segar macam tu telan ubat komfem tido lama dia orang tu.

Lepas tu nanti malam, lepas pukul 7 malam macam tu mandi lagi sekali. kaedah yang sama mandi air sejuk. InsyaAllah, dua hari macam tu baik lah. Hilang la panas. Tak payah makan ubat beria ia. Cuma kalau dah pegi jumpa doctor n doctor kasi antibiotik telan je lah.

Tapi aku rasa macam susah nak apply memandangkan rumah kau orang sekarang masing masing ada air panas canggih canggih kan? Kehkehkeh.

Ini salah satu cara nak mengubat lah. Cuba lah mana tau serasi. Kalau tak kebah jugak, sila la jumpa doktor ye :)


Gigit Kasut?

Kau orang percaya tak dengan cakap cakap orang lama supaya gigit kasut sebelum pakai?

Aku kadang kadang termakan jugak kata kata ni. Haritu, aku beli sandal baru. Dekat gerai gerai bawah kemah dekat TC je. Nampak macam style je. Rembat lah satu. Esok siang tu nak hang out lah dengan kawan kawan. Dah pakai sandal tu rasa selesa je. Kawan aku nampak aku sarung,

Kawan : Oih, kau tak gigit dulu kasut tu?
Aku : Tak ah. malas. ni sedap je pakai
Kawan : Ok. sukati kau lah.

Dah siap sarapan dekat luar, kitorang pegi lepak tepi pantai. Yang ini kena jalan jauh jugak. Masa ni aku dah rasa sesuatu. Demit! Belakang kaki aku dah melecet. Apahal ni?? Tup tup teringat. Ergghhh...takkan lah betul sungguh kot kena gigit kasut????



Nampak je stylo kain jeans. ciskek betul.
Mak aku pesan, zip belakang tu kasik tiaaauuu sekali dengan playar. habis cerita.
Jadinya sekarang, terpulang lah dekat kau orang nak gigit ke tidak kalau beli kasut baru. kalau ikut aku lepas ni insyaAllah lah aku gigit gigit dia.